Twin Towers @ Live Concert 2012 - Girls Generation SNSD in Malaysia

11:09 am



PETRONAS buat concert? Girls Generation SNSD datang Malaysia? Twin Towers @ Live 2012 Concert? apa saya kisah? SNSD tu apa pun saya tak tahu. Pagi 23 Mac 2013, kira-kira jam 11 pagi Kfag berbaju pink mula memenuhi kawasan depan pentas. Jam 1230 tengah hari saya turun melawat kawasan. kelihatan Kfag semua terbaring sana sini, berpayung menahan terik matahari dan memegang banner besar-besar dengan bahasa korea yang confirm saya tak faham. sambil lihat jam dan berkata dalam hati, "lagi 8 jam kot concert...apa jadah semua dah camping kat depan pentas? pagar penghadang pun tak sempat pasang lagi ni!".


iklan: ittew jumpa shumacher dengan rosberg sebelum tu. auwww~~



niat hati memang tak nak pergi walaupun dari pagi bos dan officemate hangat berbicara pasal artis korea seksi nak joget atas pentas tu malam nanti. tapi akhirnya, mak angkat kat office berkata: "Jum pergi level 60, kita amek pass free concert malam ni. nanti pergi dengan anak akak" hah sudah! terus laju jugak naik level 60 dan  amek beberapa keping pass free. kalau tak, kena beli merchandise RM150 baru dapat tiket ni. dah muka menaruh harapan minta saya teman anak dia yang dikhuatiri hilang di tengah lautan Kfag, maka saya pun setuju untuk pergi concert malam tu dengan syarat, lepas Kpop tu perform, balik!


lihat yang ramai-ramai tu? semua yang takde pass. katanya concert free kan? hah, yang free tu yang kat situ la kena duduk. sian diorang. depan ISetan kot. stage nya depan entrance Dewan Filharmonik tu. sampai ada pergaduhan tumbuk menumbuk. rusuhan oleh Kfag tak puas hati. kami yang ada pass 10 keping ni pun terkontang kanting cari mana lah entrance pada mulanya. apa punya management lah macam ni. tak teratur langsung sistem nak masuk kawasan concert.

 

saya kesana bersama UTPian, Officemate, dan anak staff company saya. ada lah dalam sepuluh orang. kat sana pun jumpa officemate lain pulak. memang ramai muka se-company sebab company kami paling banyak tiket free tak habis. masa ni dah start dah semua jerit "So Nyuh Shi Dae! So Nyuh Shi Dae!". dengan muka blur, Aqilah bertanya... "apa tu?" . terus Abid tepuk dahi sambil berkata, "hoi! pergi balik lah kalau tak tahu" . sebenarnya saya pun nak tanya tapi tak terucap. terus Abid, Kfag sejati mula membebel. nak buat camne, memang kami bukan Kfag macam semua orang.


seramai kira-kira 68000 orang memenuhi kawasan concert malam tu. bila Girls Generation SNSD keluar, meroyan habis. saya yang tak paham langsung lagu diorang cuma mampu duduk diam sambil tweet dan sambil memerhati muka Abid, dan Jackie tengah eksaited melompat-lompat sambil miming lagu mereka. Aqilah yang pening pun dah lari jejauh sikit masa tu. lagi-lagi bila semua atas stage tu cakap korea. "ni drama korea apa sedang berlaku?" si Tiffany sorang je boleh cakap English lepas tu tolong translate apa kawan dia cakap? selama 30 minit, dan 6 lagu dipersembahkan. masa lagu Mr. Taxi ni diorang nyanyi, saya cakap kat Abid, "aku baru tahu lagu ni lagu diorang. rasanya macam pernah dengar lagu ni" . masa ni, Abid dah rasa nak campak saya keluar kawasan Premium Fan Zone tu.

Overall, boleh lah memuaskan hati Kfag semua malam tu kot? sambil tengok concert pun, krew semua check wristband kami, dan tiket kami. rajin betul krew ni. habis je  Girls Generation SNSD perform, semua cabut lari. takkan semua datang nak tengok  Girls Generation SNSD  je? kesian Nicole malam tu. heee~ so, Kfag semua, had fun enough dengan last minute planned concert ni?


You Might Also Like

5 comments

  1. nice entry. youre so lucky to have those free passes. :)

    and sorry, whts with the kfag ? are you calling names. thats not really nice. yeah i know, youve the right to write what you want, but better, think abt others.

    thanks ! ;)

    ReplyDelete
  2. HAHA....mna ada miming~~ *cover*

    thx neyra 4 the tickets! haha...ktorg hepi giler kot tym tuu..

    ReplyDelete
  3. kalau tak salah, selain Tiffany, Jessica pun fluent english juga tapi tak tau lah kot2 dia pemalu ke apa nak bercakap HAHAHAHA

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S