Review: This Means War

2:10 pm


This Means War arahan McG ini adalah filem aksi komedi yang romantik lakonan Tuck (Tom Hardy) and FDR (Chris Pine), dua sahabat baik yang merupakan ejen CIA tetapi jatuh cinta dan berebut Lauren (Reese Witherspoon). tak ohsem ke tengok dua ejen perisik yang hensem lagi menawan kalbu, berebutkan seorang perempuan cantik?







cara diorang nak mengorat awek tu memang bukan macam biasa la kan. tahap dewa punya hebat guna kepakaran jadi ejen perisik tu, untuk buat macam-macam cara. sampai part tembak-tembak kapal terbang pun ada. Tuck sebenarnya duda anak satu dan cari jodoh dalam dating online website. lepas tu berkenalan la dengan Lauren. masa lepas first blind date Tuck dengan Lauren, Lauren ni ter berkenalan pulak dengan FDR kat kedai sewa movie. maka, dalam masa yang sama, Lauren dating dengan kedua-duanya. tapi, Tuck dan FDR memang tahu la sebenarnya. tapi semua huru hara sampailah Lauren dculik penjenayah dikehendaki. masa ni kedua-duanya cuba untuk selamatkan Lauren. 



kalau korang minat cerita aksi komedi tapi romantik, ini sesuai ditonton oleh semua peringkat umur. siapakah yang akan dipilih oleh Lauren? Tuck atau FDR? pegi tengok kat wayang dan cari jawapan. hehehe... berapa bintang? 4 bintang dari 5 bintang.

You Might Also Like

1 comments

  1. cite ni agak banyak kelucahan sikit..
    hek hek hek

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S