Review: John Carter
12:35 amSebuah filem yang diadaptasi dari novel A Princess of Mars oleh Edgar Rice Burroughs yang diterbitkan seratus dahulu, iaitu pada tahun 1912. Merupakan percubaan pertama pengarah Andrew Stanton untuk mengarahkan filem bercorak live-action.
Dalam filem ini, Kapten John Carter adalah seorang bekas tentera yang gagah perkasa tetapi telah kematian isteri dan anaknya, merupakan penduduk bumi yang secara tidak sengaja terjumpa gua emas yang menjadi pintu rahsia perjalanan merentas masa dari bumi ke planet Marikh. Terjumpa dengan Therns iaitu utusan Tuhan kononnya, menggunakan medalion, Carter berjaya merentasi masa dan tiba di Barsoom, iaitu nama lain bagi planet Marikh.
Ketika Carter tiba disana, Barsoom sedang bergolak kerana peperangan dua jajahan di planet itu, Zodanga dan Helium. rakyat di Zodanga dan Helium seiras rupa paras manusia dan berdarah biru. masa Carter tiba di Barsoom, puak Tharks yang mempunyai rupa paras makhluk asing empat tangan menawan Carter. Tapi dengan keupayaan Carter yang boleh melompat tinggi dan jauh tahap luar biasa, berjaya menarik perhatian puak Tharks.
Carter berkenalan dengan tuan puteri Barsoom, Dejah Thoris. Puteri Dejah sangat berharap dengan kemampuan luar biasa Carter, dia dapat membantu menyelamatkan kerajaan Helium dari dirampas oleh Zondanga yang jahat. Carter berbelah bagi samaada nak bantu Helium atau pulang ke Bumi. Apa pilihan Carter? tonton di panggung wayang berdekatan. hehehe~ Filem adventure dan sedikit humour ringan pasti buat anda tak menyesal belanjakan tiket wayang yang mahal tu untuk filem ni. hikkk....berapa bintang? 4 bintang dari 5 bintang. selamat menonton! :)
0 comments
drop your comment here!