(Live Update) Keputusan Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-25 #ABPBH25

6:19 am



Pengacara:

Didie Alias, Sharifah Shahira, Zizan Razak, Raja Azura

Persembahan:

Persembahan pembukaan malam anugerah oleh Stacy dengan membawa lagu Thriller besama Michael Jordan Asia.

Persembahan kedua dengan lagu Bad Romance dipersembahkan oleh Alyah bersama Maria Farida dan Watie.

Persembahan ketiga oleh Lisdawati dan suami, Fauzi Nawawi dan juga Ezlynn diiringi nyanyian lagu Queen of The Night dan Falling in Love With You oleh Datuk Siti Nurhaliza dan V.I.P.

Persembahan seterusnya oleh Tam Spider, Dato M Nasir dan Aizat dengan lagu Tanya Sama Itu Hud Hud.

Persembahan hebat oleh Dato Sheila Majid dengan lagu Antara Anyir & Jakarta dan Sinaran.


Persembahan khas oleh Aaron Aziz, Maya Karin dan Lisa Surihani untuk sketsa dari filem Ombak Rindu, dan persembahan lagu Ombak Rindu oleh Hafiz dan Adira.

Persembahan lagu-lagu lagenda; Tunggu Sekejap dan malam Di Pagar Bintang oleh Anuar Zain dan Dayang Nurfaizah, Seiring Sejalan oleh Najwa Latif dan Black, Merisik Khabar oleh Bob, Nirmala oleh Shila Amzah.

Persembahan oleh Azhar (Bintang Idola) dengan lagu Keabadian Cinta, Menaruh Harapan oleh Jaclyn Victor, Anggapanmu dan lagu Untukmu oleh Azlan The Typewriter dan Ziana Zain.

Persembahan lagu-lagu dangdut Shiha, Mas Idayu, Ramlah Ram, dan one Nation Emcee.

Persembahan penutup oleh Salma, Hazama, Faizal Tahir dan Man Kidal.

Penyampai Anugerah:

Nora Danish dan Adi Putra menyampaikan anugerah untuk kategori  Artis Berkumpulan/Duo Popular dan Artis Baru Wanita Popular.

Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik menyampaikan anugerah untuk kategori  Penyampai Radio Lelaki Popular dan Artis Komedi Wanita Popular.

Dato Seri Normala Samsudin dan Nurul Syuhada menyampaikan anugerah untuk kategori Pengacara TV Lelaki Popular dan Artis Baru Lelaki Popular.

Neelofa dan Ridzuan Hashim menyampaikan anugerah untuk kategori Pelakon TV Lelaki Popular dan Penyampai Radio Wanita Popular.

Chad, Kamilia dan Deen menyampaikan anugerah untuk kategori Pengacara TV Wanita Popular dan Artis Komedi Lelaki Popular.

Mustapha Kamal dan Erra Fazira menyampaikan anugerah untuk kategori Anugerah Seri Perak.

Rosyam Nor dan Fazura menyampaikan anugerah untuk kategori Penyanyi Lelaki Popular dan Pelakon Filem Lelaki Popular.

Dato Yusof Haslam, Shamsul Yusof, dan Syafiq Yusof menyampaikan anugerah untuk kategori Pelakon TV Wanita Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular.

DJ Dave dan Wan Maimunah menyampaikan anugerah untuk kategori Penyanyi Wanita Popular.



Keputusan:


Artis Berkumpulan/Duo Popular - Jaclyn Victor, Shila Amzah, Ning Baizura (3 Suara)

Artis Baru Wanita Popular - Tasha Shilla

Penyampai Radio Lelaki Popular - Faizal Ismail

Artis Komedi Wanita Popular - Didie Alias

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat - Dato Sheila Majid

Pengacara TV Lelaki Popular - Zizan Razak

Artis Baru Lelaki Popular - Johan Ariff Asaari

Pelakon TV Lelaki Popular - Fizz Fairuz

Penyampai Radio Wanita Popular - Fara Fauzana

Pengacara TV Wanita Popular - Fara Fauzana

Artis Komedi Lelaki Popular - Johan

Anugerah Seri Perak - Datuk Siti Nurhaliza

Penyanyi Lelaki Popular - Hafiz

Pelakon Filem Lelaki Popular - Aaron Aziz

Pelakon TV Wanita Popular - Fasha Sandha

Pelakon Filem Wanita Popular - Maya Karin

Penyanyi Wanita Popular - Yunalis Zarai

Anugerah Bintang Paling Popular 2011 (87,689 undian) - Aaron Aziz

You Might Also Like

2 comments

  1. Byk part yg tak best utk siaran tv abpbh kali ni..

    ReplyDelete
  2. gandingan pengacara mantop..tapi yg x tahan clothes tu..muahaha..dan bynk yg x expect boleh menang..btw aaron aziz menang..yahoo..

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S