Review: Street Dance 2

2:46 am


Street Dance 2, filem berdurasi 85 minit ini dimulakan dengan watak utamanya Ash lakonan Falk Hentschel, sebagai Pop Corn Boy yang menjual popcorn dan juga penari jalanan. Ash jumpa Eddie yang kemudiannya menjadi manager Ash. Eddie berjaya memujuk Ash untuk kumpul beberapa orang penari dan kemudiannya jadi satu kumpulan penari jalanan dan masuk bertanding dalam satu pertandingan antara penari-penari jalanan. Maka, mereka mula menjelajah ke beberapa tempat seluruh Eropah dalam usaha mencari penari-penari yang berbakat.



Bila dah berjaya kumpul beberapa penari hebat, mereka buat latihan bersama, dan Ash pula cuba fikir beberapa idea baru yang boleh digunakan dalam tarian mereka. Ash cuba usulkan cadangan menggunakan tarian Latin yang digabungkan dengan tarian jalanan mereka untuk pertandingan yang akan diadakan demi mengalahkan juara tarian jalanan sebelum ni, kumpulan Invisible. Masa ni Ash berjumpa dengan Eva lakonan Sofia Boutella, penari Latin yang hebat dan mereka bekerjasama untuk menang. Tapi, Ash jatuh cinta pula dengan Ash. Tapi beberapa hari sebelum pertandingan, ada konflik antara Ash dan Eva. Berjaya kah mereka memenangi pertandingan tu?

Filem Street Dance 2 ni bagi saya biasa je kot? sama je jalan cerita macam berlatih ramai-ramai, lepas tu ada konflik dalam kumpulan, lepas tu last-last baik semula. overall, not bad lah tarian semua gempak, lagu best, dan filem ni mengajar kita bahawa, tarian adalah datangnya dari hati bukan akal fikiran. berapa bintang? 3 bintang dari 5 bintang :)

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S