SENYAP Vol 1.1

4:49 am


SENYAP atau nama penuh program ini, Social Enforcement For National Youth Awareness Program sebelum ini Kementerian Belia dan Sukan dengan Kerjasama Institut Penyelidikan dan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) menggunakan platform SENYAP untuk memberikan kesedaran IT dan merapatkan jurang antara blogger dan Kementerian. SENYAP 1.1 dibawa untuk semua selepas kejayaan SENYAP 1.0 diadakan di PWTC sebelum ini.


SENYAP 1.1 akan menampilkan penyanyi rap yang terkenal dengan lagu Syukur iaitu ALTIMET yang merupakan salah seorang dari Malaysian Youth Icon (MY ICON) dan juga Bro Framestone (Senyap Blogger). Kedua-dua ikon ini akan ditemubual buat pertama kalinya di Menara Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia, Vyrec memperkenalkan My Icon Bean Bag Talk Show kepada semua Belia-Belia diluar sana.

Kepada belia-belia yang berminat untuk menghadiri program ini sila lengkapkan borang penyertaan anda dan sahkan kehadiran anda di link yang disediakan dibawah. Jangan lepaskan peluang ini kerana hanya 200 peserta yang pertama sahaja akan dipilih.

Registration Form : Klik sini

RSVP : Klik sini

Program ini akan diadakan pada 11 April 2012 jam 9:00 malam sehingga 10:00 Malam bertempat di aras bawah Menara Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia Precinct 4 Putrajaya. Tarikh tutup penyertaan pula pada hari ESOK, bersamaan 9 April 2012. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan di page RSVP dan di page vyrec.


p/s: sorry guys. lambat promo sebab busy. credit: Vyrec

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook