Gerhana Bulan Separa 4 Jun 2012, Transit Planet Zuhrah 6 Jun 2012

9:49 am



Sumber daripada Persatuan Falak Syari Malaysia mengatakan gerhana bulan separa akan dapat dilihat di seluruh negara ketika waktu Maghrib sehingga 9.18 malam pada 4 Jun 2012. Secara amnya, gerhana bulan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa sama bulan melintasi bayang bumi.


Gerhana pada 4 Jun ini akan bermula dengan fasa penumbra ( P1 ) pada jam 04:48 p.m. waktu Malaysia. Walau bagaimanapun semasa fasa penumbra ini, kesan kenampakan gerhana masih tidak dapat dilihat memandangkan Bulan merentasi bayang penumbra Bumi yang kurang gelap dan kebetulan juga pada waktu itu Bulan masih belum terbit lagi dari ufuk. Gerhana masih terus berlaku sehingga jam 9:18 p.m. tetapi fenomena tersebut tidak dapat disaksikan kerana Bulan berada di kawasan bayang penumbra Bumi yang kurang gelap

Fenomena transit planet Zuhrah pula akan berlaku pada 6 Jun 2012. Planet Zuhrah berada tepat di antara matahari dan bumi. Fenomena ini jarang berlaku. Planet Zuhrah akan muncul merentasi matahari buat kali terakhir pada abad ini pada 6 Jun nanti. Transit seterusnya hanya akan berlaku 105 tahun akan datang. Orang ramai boleh melihat satu titik hitam kecil bergerak melintasi permukaan matahari.Fenomena itu boleh dilihat bermula dari terbit matahari hingga tengah hari, dan keseluruhan proses transit ini hanya boleh dilihat di pantai timur Sabah terutama di Sandakan.

Sentuhan pertama apabila planet Zuhrah menyentuh cakera matahari berlaku pada pukul 6.10 pagi, sentuhan kedua pada pukul 6.27 pagi apabila Zuhrah masuk sepenuhnya ke dalam cakera matahari, sentuhan ketiga pada pukul 12.31 tengah hari apabila planet itu mencecah pinggir cakera matahari sebelum keluar dan sentuhan ke empat pada pukul 12.49 tengah hari apabila Zuhrah meninggal sepenuhnya cakera matahari.

Jangan lupa untuk solat sunat kusuf!




credit: myadha



You Might Also Like

1 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook