Selamat Pengantin Baru Kila dan Kerol

9:09 am


pagi sabtu, 9 June 2012 semangat saya bangun awal untuk ke majlis resepsi Kila dan Kerol. katanya...cik hudaluna nak jemput saya dan dua bodyguard saya jam 12 tengah hari. malangnya, kira-kira jam 1.51 petang baru hudaluna dan bibiknya, bikpah selamat tiba di perkarangan mahligai kami di UTP ni. ish ish ish. itupun, kami sempat ke beberapa kedai, beli hadiah untuk Kila, kalut balut hadiah dalam kereta dengan pembalut hadiah yang tak cukup, tulis kad bergegar-gegar dalam kereta masa Fatul tengah pecut ke Manjung, dan macam-macam halangan lagi.


ini makwe cinta hati saya, hudaluna yang banyak cakap. kadang-kadang saya yang penat tengok dia cakap banyak. eh, padahal diri sendiri pun sama cakap macam popcorn. kekekeke~ hudaluna mokmok ni nak kahwin dah. next wedding rasanya pergi wedding diek lah kot?

oh, kami tiba di dewan IKM, Manjung tepat jam 3.30 petang. masa tu pengantin tengah siap-siap nak pergi outdoor photoshoot dah. sempat kami buat roadblock depan dewan. terus Fatul berhenti betul-betul depan tu. dalam dewan langsung takde tetamu dah. nasib makanan banyak lagi. sedap gila weyh lauk diorang sediakan. lauk je lah saya makan kan? hiks.



masa ni sangat tak senonoh. tangan semua kotor lagi, dah serupa apa semua nak bergambar. tahan Kila dari pergi photoshoot. haihs... girls biasalah. gegedik jumpa makwe-makwe kesayangan kan?




ni sesi meggedik atas pelamin. pengantin dah takde masa ni. kami borong semua doorgift dan bunga telur banyak-banyak. lepas tu huru-hara kan pelamin. huda ambil mood nak naik pelamin lettew. eececece....





lepas tu balik dari wedding Kila, pergi gegedik di Teluk Batik. yeayyy! best gila orang lain kawen, orang lain yang photoshoot. balik dari Teluk Batik, minyak nak habis! kalut cari stesen minyak. ingatkan dah tak sempat, nasib tak kena tolak kereta. hahaha~


baiklah, saya malas nak taip sebenarnya. sebab tu banyak gambar. mohon hudaluna cecepat transfer gambar dari camera beliau. gambar beramai-ramai banyak dalam tu. upload semua ye cik hudaluna?

SELAMAT PENGANTIN BARU,
KILA dan KEROL!

sila guna pakai hadiah yang kecil comel tu secepat mungkin 
(:

You Might Also Like

1 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook