EUPHONIOUS 2012

8:37 pm



EUPHONIOUS 2012 : Inter-University Band Competition telak diadakan di Chancellor Hall, UTP pada 16 June 2012, 8:00pm - 12:00am. Harga tiket masuk ke Konsert Euphonious 2012 ialah RM6 (for UTPian), RM8 (for non-UTPian) dan RM10 (for non-Student). hanya ada 6 finalist yang berjaya ke Finale iaitu BITS, Last Minute, BlackList, Threnody, Bro's Code, dan Athena. Guest Performance by Estranged dan Rosevelt! 




ini Euphonious kedua dan terakhir untuk saya di UTP. lepas ni dah takde lah boleh saya tengok sebab nak grad dah. sebelum ni, Euphonious 2011, happening juga. terbaik punya finalist dan guest performer gegarkan UTP. tahun ni, finalist-finalist nya boleh lah... biasa je rasanya. haha~ jum lihat muka-muka finalist!


Finalist pertama, Bro's Code. first song diorang tak best mana la perform. second song baru power sikit suara. errrr ke masalah audio system? mula-mula tu macam semacam je bunyi bunyian yang keluar dari speaker tu. ke sebab suara vocalist? eh eh. oppps!


Finalist kedua, Threnody. Band ni last year pun dah ada. memang lejen ni. lagi-lagi drummer dia. oh masa Threnody perform, memang best sebab vocalist dia lawak gaban betei. elemen drama pun ada. banyak gimik band ni. Drummer tu memang tak dapat sangkal dah kehebatan dia. siapa tak kenal Boss kan? hehe~


Finalist seterusnya, BITS. bebudak IT/IS ni. bawak lagu nostalgia gitu siap ada drama atas pentas. tapi best suara diorang! ehem, montage pun memang dah cantik. sebelum Finale Concert dah promote besar-besaran sampaikan Twitter flood dengan nama BITS. kemainn~


Next, Last Minute band. bebudak band Last Minute ni semua dari Borneo gitu. Sabahan dan Sarawakian. tak sangka Awang Nasuha comel jadi drummer. oh, yang ni suara vocalist dia memang mantap ah! tapi masa ni dah dapat agak dah memang tak menang kot band ni. eh?


Band Athena... tak tahu lah apa slack, tapi mungkin pemilihan lagu tak kena agaknya. hahaha sesuka hati je nak jadi judge. tapi Ainin, vocalist Athena ni ramai betei bebudak lelaki kat Twitter bagi puji-pujian. comel katanya. comel ke? TT____TT


ini finalist seterusnya, band Black List dari Indonesia! errrr ada bebudak dalam band ni saya kenal jugak itupun sebab choir sama-sama. tapi muka vocalist dia..ya allah memang hensem sesangat lah! pelakon sinetron naik pentas, semua perempuan dalam Twitter histeria. ala, kira adil what? bebudak laki suka Vocalist Athena, bebudak perempuan suka Vocalist Black List. tapi bukan sekadar rupa yang kacak, suara Iman ni macho gila. super bass derrr...budak ni pun memang budak choir masa kat Indonesia. haha~


ini finalist ketujuh...ehhh? tak tak. ini Vice Chancellor (VC) kami. sebagai tanda penghargaan kepada beliau yang sentiasa menyokong Euphonious selama 7 tahun, walaupun mendapat tentangan dari pelbagai pihak, Euphonious pun kasi lah bunga, tanda penghargaan dan macam-macam. ada silde yang comel dan saya pun baru tahun VC kami ni pernah menyanyi masa Euphonious 2008. dan, pada malam Euphonious 2012 dia nyanyi lagi sekali! katanya, ini Euphonious terakhir beliau. so sadd...masih adakah Euphonious lagi tahun-tahun akan datang? hiks.



masa sementara menunggu result Euphonious 2012, Chancellor Hall UTP digegarkan dengan persembahan dari Rosevelt dan Estranged. terbaik lah macam MTV World Stage katanya. ada jugak sekumpulan student head banging kebenda entah tepi tu. dah macam bebetul gig dah dalam Chancellor Hall tu. kemain memasing high ye? apa pun, Rosevelt dan Estranged terbaik!


so siapa menang Euphonious 2012 ni? *drum roll* alamak, takde drum pulak nak ketuk.


Champion - BITS
1st Runner Up - Threnody
2nd Runner Up - Bro's Code
4th Place - Blacklist
5th Place - Last Minute
6th Place - Athena

Best Male Vocalist - Hafiz from Bro's Code
Best Female Vocalist - Ku Eet Ying from BITS
Best Drummer - Drummer from Threnody
Best Bassist - Bassist from Bro's Code
Best Keyboardist - Hadryan from Last Minute
Best Accompanist - Amin from Bro's Code
Best Background Performer - Atika Abdul from BITS
Best Self-composed Song - Threnody
People's Choice Award - Threnody


BITS champion ooowhh! kalah Threnody yang IMBA itu. ahaks. ala, last year pun Threnody dapat 1st runner up jugak. nak tengok video BITS perform malam tu, boleh lihat di sini untuk lagu pertama, Billie Jeans dan lagu kedua, Jangan Tinggal Daku. Tahniah BITS!

credit: Cheryl, DaphneeAzraii dan Jackie. and thanks to Rohashnur Hazwan, sebab temankan pergi Euphonious 2012 (:

You Might Also Like

2 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook