Review: Abraham Lincoln: Vampire Hunter

10:00 am


last weekend, pergi buang masa marathon movie. mula-mula plan nak tengok madagascar je, tapi dah alang-alang waktu tu macam ok je sambung tengok abraham lincoln terus. katanya, best cerita ni. hehehe...alang-alang dah tengok wayang kat GSC Ipoh Parade which is murah sikit, compare to TGV AEON Ipoh tu hah. errr..tapi madagascar malas nak review sebab dah lama sangat. hahaha...apa pun movie tu funny. best gelak-gelak segala. kasi 4 bintang daripada 5 untuk madagascar.

filem arahan Timur Bekmambetov ini menceritakan tentang kehidupan rahsia Abraham Lincoln  atau lebih dikenali sebagai Abe lakonan Benjamin Walker, salah seorang presiden US. Abe digambarkan sebagai pemburu pontianak dalam filem ni. tapi tu kerja full time diam diam la. kerja part time dia jadi budak stor kedai je. mula-mula ingat filem ni filem macam sejarah ke apa, rupanya dah diolah ceritanya si Abe ni jadi pemburu pontianak pulak. Abe ni nak balas dendam ke atas pontianak, yang membunuh ibu kandungnya. Beliau yang kebetulan berjumpa dengan Henry Sturgess (Dominic Copper) belajar cara-cara untuk membunuh pontianak.



Abe waktu muda remaja sangat hebat dan berjaya memburu dan membunuh ramai pontianak dalam satu pekan kecil ni, tapi tetap tak puas hati sebab tak dapat bunuh Jack Barts si pontianak yang bunuh ibunya tu. Konflik cerita ni, bila Abe mula dapat tahu cerita sebenar siapa si Henry ni dan Abe mula jatuh cinta pada Mary Todd. Lepas tu, macam-macam konflik dia hadapi sampailah ke tua. anak dia mati lah, negara kucar kacir la, terpaksa memburu dan membunuh balik la pontianak ni semua. so, apa jadi pada Abe akhirnya? Jack Barts tu mati ke? Abe berjaya ke menang pertempuran dengan pontianak nanti?

Filem ni best, penuh dengan saspen. kalau tengok 3D lagi best agaknya. berapa bintang? 4.5 bintang daripada 5 bintang. 

(:





You Might Also Like

1 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S