Tochigi Nikkori Pear & Ibaraki Sweet Potatoes kini di AEON BIG!

3:11 am




Siapa teringin nak pergi ke Jepun? haa Neyra pun teringin tapi entah abad ke berapa la nak sampai Jepun tu. Sempena Japan Fair di AEON Big Midvalley Megamall dan hasil kerjasama antara AEON Big, EUROFARM dan Zen Noh, beberapa hari lepas diorang launch sekali Tochigi Nikkori Pear dan Ibaraki Sweet Potatoes yang diterbangkan terus dari Jepun ke Malaysia! Wahhh tak payah susah-susah nak ke Jepun lah kan? Haha!




Majlis dimulakan dengan ucapan dari Mr Takeshi Takahashi dari syarikat JA Zen-Noh Tochigi, dan kemudian ucapan dari Mr Harumi Nakagawa dari syarikat JA Zen-Noh Ibaraki, dan akhir sekali dari Mr Mitsuru Nakata iaitu Managing Director, AEON Big. Mengikut kata mereka, mulai tahun depan lebih banyak produk makanan dan segar dari Jepun akan memasuki pasaran AEON Big seiring dengan permintaan masyarakat Malaysia yang kini mementingkan sumber makanan yang sihat dan berkualiti. Selain itu usaha ini diharap dapat memperkukuhkan lagi ekonomi, teknologi dan persahabatan antara dua negara iaitu Malaysia dan Jepun.


Tochigi Nikkori Pear
RM 22.90/pc.


Ibaraki Sweet Potatoes
RM 9.90/pack.

Tochigi Nikkori Pear dan Ibaraki Sweet Potatoes ni gila popular di Jepun! Tochigi Nikkori Pear ni ditanam, secara agriculture dan mula dituai sejak Oktober lalu dan diimport fresh terus dari Jepun. Tochigi Nikkori Pear ni besar sangat dan katanya berat hampir 1 kilogram. memang berat la juga dan berbaloi dengan harga nya. Ibaraki Sweet Potatoes pula datangnya dari wilayah kedua terbesar Jepun iaitu Ibaraki. Sweet potatoes menjadi pilihan utama warga Jepun kerana sumber karbohidrat yang mengenyangkan dan menyihatkan. nyummehh~ makan pear sebijik tu pun kenyang gila dah.


  

sumpah sedap gila la Tochigi Nikkori Pear ni. dah la besar, sedap, manis, juicy semuanya lah! siap share dengan housemate makan ramai-ramai sambil tengok drama TV3 petang-petang. haha! Ibaraki Sweet Potatoes tu plan nak bakar nanti. mesti sedap gila sebab i loikkkeee potatoes!

Okayh korang boleh dapatkan Tochigi Nikkori Pear & Ibaraki Sweet Potatoes ni di AEON Big Midvalley Megamall. ada banyak produk Jepun yang lain juga sempena Japan Fair. nyum nyum~~ enjoy!

terima kasih Broframestone sebab invite me to this event!


You Might Also Like

2 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook