Sunway Pyramid Hotel Dibuka Kembali!

9:31 pm


Wakey! Wakey! Waking up to a brand new stay! Untuk pengetahuan korang, Sunway Pyramid Hotel atau dulu dikenali sebagai Sunway Pyramid Hotel East telah dibuka semula hari ini, 3 November 2016 selepas major renovation dari 1 April 2016. Renovation yang memakan belanja sebanyak RM125 million itu, dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir Januari 2017 dengan 564 bilik dan suite mewah, dan kini Sunway Pyramid Hotel bertaraf 4.5 bintang! Eh eh takpe walaupun tak siap sepenuhnya lagi semua bilik, tapi mereka dah buka dah untuk menerima kehadiran tetamu.



Mula-mula dibuka dulu, hotel ni dikenali sebagai Pyramid Tower Hotel pada Julai 2004, dan mempunyai 10 tingkat dan sentiasa dikunjungi ramai. Terletak di dalam Suwnay City Kuala Lumpur, Sunway Pyramid Hotel ni memang cantik, dihiasi dan didekorasi elemen yang up-to-date, baru, fresh dan moden. Nampak semua mozek, dinding main warna menarik, memang boleh attract orang nak duduk sini lama tau! Menariknya, selepas di renovate, semua guest boleh stay dalam upgraded deluxe rooms termasuklah family room dan suite yang tersedia. 

Setiap bilik akan telah di upgrade dengan teknologi tinggi, dengan akses Wi-Fi percuma dan juga wired broadband internet, smart lighing, USB charger port di tepi katil, 42" LED Smart TV, ruang bekerja yang luas dan fleksibel, high pressure walk in shower, dan pelbagai lagi fasiliti yang tersedia. Terdapat 564 bilik dan suite (sebelum ni ada 549 bilik je) yang terbahagi kepada 5 kategori:


 

+ Deluxe Room +
Katil: King atau Twin Super Single 
Max Kapasiti: 2 Dewasa & 1 Kanak-Kanak
Saiz Bilik: 24-30sqm





+ Deluxe Park View Room +
Katil: King atau Twin Super Single 
Max Kapasiti: 2 Dewasa & 1 Kanak-Kanak
Saiz Bilik: 26sqm


+ Deluxe Executive Room +
Katil: King atau Twin Super Single 
Max Kapasiti: 2 Dewasa & 1 Kanak-Kanak
Saiz Bilik: 30-32sqm


+ Family Room +
Katil: 1 King & 1 Bunk Bed
Max Kapasiti: 2 Dewasa & 2 Kanak-Kanak
Saiz Bilik: 27-53sqm

+ Family Suite +
Katil: 1 King & 2 Queen Beds 
Max Kapasiti: 6 Dewasa atau 4 Dewasa & 2 Kanak-Kanak
Saiz Bilik: 60sqm





Oh bukan sahaja bilik, semua lobi utama, coffee lounge, lift, koridor, semua telah di make-over cantik-cantik. Kami juga sempat merasa urban picnic breakfast pop-up yang disediakan oleh chef-chef hebat dari Sunway Pyramid Hotel, yang sebenarnya hidangan ni semua bakal dihidangkan di Kaffeinate - yang bakal terletak di lobi utama yang menghidangkan kopi, teh, cold-pressed juices, dan snek ringan untuk dinikmati. Kaffeinate akan beroperasi dan dibuka pada bulan Disember 2016. 

Sunway Pyramid Hotel kini dibuka untuk tempahan, di www.sunwayhotels.com atau hubungi 03-7492 8000, atau melalui email: [email protected] dari 3 November 2016. 





You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook