Aladdin - RELOADED! Teater Muzikal Komedi oleh Enfiniti Academy
9:25 pm
Setiap tahun, bakat-bakat seni yang hebat dari Enfiniti
Academy akan menceriakan musim cuti hujung tahun kita dengan
persembahan-persembahan yang hebat.Tahun 2013 dulu, ada Seussical Jr, diikuti
dengan Seussical The Broadway Musical pada tahun 2014 dan tahun lepas 2015,
Aladdin – A Musical Comedy. Semua persembahan teater ni memang sangat sesuai
ditonton oleh seisi keluarga. Seisi dewan bergelak ketawa menonton aksi dan keletah lucu barisan pelakonnya yang menggalas watak masing-masing dengan baik di samping selingan jenaka spontan menghiburkan. Malah sepanjang beberapa hari pementasan berlangsung, sambutan penonton tidak pernah hambar dan rata-ratanya memberikan maklum balas yang positif terhadap teater muzikal itu.
Dan tahun ini 2016, Aladdin – RELOADED! Ya, Teater Aladdin – A Musical Comedy akan kembali lagi hujung tahun ini atas permintaan ramai.
Dan tahun ini 2016, Aladdin – RELOADED! Ya, Teater Aladdin – A Musical Comedy akan kembali lagi hujung tahun ini atas permintaan ramai.
Aladdin – A Musical Comedy ialah sebuah teater pantomime
yang berasaskan cerita lagenda Aladdin, yang sangat fun, diceriakan dengan
muzik menarik, diselang seli dengan lawak jenaka, komedi slapstick, dan
lagu-lagu yang popular yang mampu buat para penonton semua gelak ketawa
terbahak-bahak, menyahut kegembiraan dan menari bersama. Aladdin – A Musical
Comedy ialah sebuah teater yang mengisahkan tentang cinta, kasih sayang,
persahabatan, semangat, magis dan juga adventure! Memang teater oleh Enfiniti
Academy ni sangat bagus untuk proses pembelajaran dan memberi pengalaman yang
baru untuk orang dewasa mahupun anak-anak kecil diluar sana.
Pemenang The Boh
Cameronian Arts Awards untuk Seussical the Musical pada tahun 2015, Enfiniti
Academy kembali dengan Aladdin - RELOADED yang diterbitkan oleh Enfiniti Vision
Media yang sesuai ditonton oleh semua peringkat umur. Siapa Enfiniti Academy ni
sebenarnya? Hah, Enfiniti Academy of Musical Theatre and Entertainment Arts
(ENACT) diasaskan oleh Tiara Jacquelina pada tahun 2011 dengan misi untuk
melahirkan lebih banyak talent yang berbakat besar di masa akan datang.
Aladdin – RELOADED diarahkan
oleh Joanna Bessey, dan pengarah muzik ialah Llew Marsh, dan choreography oleh J.
Redza juga dibarisi pelakon-pelakon hebat seperti Jason Phuah (sebagai
Aladdin), Rashid Salleh (sebagai Widow Twanky), Tria Aziz (sebagai Genie of The
Ring), dan juga Peter Davis (sebagai Abanaza). Aduh, siapa je tak kenal Peter
Davis, yang kacak sado femes dalam industry MMA tu? Tak sangka selain bertumbuk
dalam MMA, dia boleh berlakon jugak.
Bila lagi nak imbau
semula kisah Aladdin yang selalu kita dengar masa kecil dulu kan? Dan kali ini
dalam Aladdin – RELOADED, the wicked wizard si Abanaza tu mencari lampu ajaib
yang mengandungi semua Genie yang sangat berkuasa, untuk membantu Abanaza
menguasai seluruh dunia! Tamak betul Abanaza ni kan? Nasib baiklah ada Aladdin dan
Wishee Washee dan emak mereka Widow Twanky yang akan menyelamatkan dunia dan
menghalang misi jahat Abanaza ni. Apakah halangan dan dugaan yang bakal mereka
hadapi? Adakah Abanaza akan berjaya menakluk dunia? Jom kita tahu apa
kesudahannya dengan menonton Teater Muzikal Komedi Aladdin – RELOADED! Haritu tengok
diorang training di Enfiniti Academy pun dah teruja sangat tak sabar nak tengok
teater ni!
Tarikh: 2-11 Disember 2016.
Lokasi: PJ Live Arts,
Jaya One
Harga Tiket: RM43,
RM63, RM73 dan RM123
Sebarang tempahan dan
pembelian tiket boleh terus ke:
Dan untuk maklumat
lanjut boleh ke:
0 comments
drop your comment here!