Enjoy sakan di K-Street Carnival, Klang Parade

7:00 am


Last weekend sempat ke Klang Parade untuk rasai sendiri kemeriahan K-Street Carnival. Wah, kalau sebut makanan Korea, memang fav saya! Pagi tu dari KLIA2 terus gigih naik KTM ke Batu 3 Shah Alam seawall jam 8 pagi! Kat KTM, Blogger Broframestone jemput dengan anaknya, Fisha. Terus kami bertiga menuju ke K-Street Carnival dengan perasaan teruja nya!

Ye la lagi-lagi sekarang tengah popular pasal Kang Gary keluar Running Man, Lee Min Ho dalam K-Drama terbarunya, dan paling menarik, Lee Kwang Soo dari Running Man akan melawat Malaysia lagi minggu hadapan! Wahhhh mesti ramai peminat serbu ni.



Masa kami sampai tu around jam 10 pagi lah jugak. So aktiviti pagi tu dimulai dengan pertandingan mewarna kanak-kanak. Menarik tengok kanak-kanak yang sertai pertandingan tu mewarna, memang skill lain sungguh! Saya dulu kecik-kecik bantai je kot warna lukisan. Ni apehal siap ada berus cat, kain buruk, span apa bagai? Hahahah! Dah macam payah dan rumit nengok diorang mewarna. Gigih tekan crayon macam dah nak patah dah tu. Tapi memang berbakat mereka ni mewarna lukisan dua orang gadis Korea yang memakai pakaian tradisional Korea, Hanbok.












Saya memang dah target pagi tu cuma nak shopping di Shin Sun Mi Korean Market je. Dalam kepala duk ingat Topokki Hazwan kirim, Banana Milk Aza kirim dan stok seaweed untuk diri sendiri. Tapi dah macam rambang mata tengok pelbagai makanan terjual yang datangnya dari Korea, aduh. Beli seaweed dan banana milk je. Habis lupa Topokki si Hazwan haha! Tapi memang murah. Seaweed paket kecil-kecil saya selalu beli RM2 sepaket. Di K-Street Carnival, saya dapat seaweed 10 paket dengan harga RM8 sahaja! Lepas tu Korean Banana Milk pun dapat beli dengan harga 3 kotak RM10!







Jangan tak tahu selain jualan makanan dan produk dari Korea, ada pelbagai aktiviti lain seperti pertandingan menari tarian K-Pop, pertandingan makan mi pedas Korea atau lebih popular sekarang Samyang Spicy Noodle! Tapi bila dah sampai ke booth jualan barangan kecantikan, haihhhh ranap poket. Terbeli Shills Extreme Lift Eye Gel yang harga asalnya RM59.00 tapi harga promosi sempena K-Street Carnival ialah RM5! Meroyan habis terus terbeli. Haha!



Sebelum balik, sempat pulak singgah ke booth memakai pakaian tradisional Korea. Bestnya pakai Hanbok ni dah lama teringin tak sangka senang dipakai. Rasa macam ala-ala princess sangat tau! Dan sebab rajin snap gambar guna props, dapat jugak lah voucher Karaoke RM20 dari KSong Family KTV Klang Parade. Thank you! Happy nya lah pergi K-Street Carnival ni. Harap-harap tahun depan atau bebila masa lagi akan datang akan dianjurkan lagi K-Street Carnival ni.



Jom ratah seaweed!
 Nyummms~


















You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook