International LEO Day Fiesta 2016 di Citta Mall. Let's Enjoy Ourselves!

6:28 pm




Siapa selalu pergi Citta Mall kat Ara Damansara? Neyra selalu ke sana untuk makan je sebab banyak betul cafe yang best kat sana! Hah, hujung minggu ni kalau takde aktiviti atau tak tahu nak kemana ke jom ramai-ramai datang ke Citta Mall untuk International LEO Day Fiesta 2016! Eh tak tak... bukan yang berzodiak LEO je boleh datang. LEO tu Let's Enjoy Ourselves! Hahhhh gituh. Memeriahkan hujung minggu bersama keluarga dan kawan-kawan di Citta Mall lah kita ya.

International LEO Day Fiesta 2016 dianjurkan oleh Selangor Leo Clubs, salah satu NGO Malaysia. Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk para pengunjung pada 3 dan 4 Disember 2016 dari jam 11 pagi hingga 6 petang!



Dari pagi International LEO Day Fiesta 2016 ada pertandingan mewarna, persembahan, pertandingan LEGO, Bengkel Sains, Bengkel Fitness, Games untuk kanak-kanak, Elctric Car Ride dan lain-lain lagi. Fuh, banyak jugak aktiviti untuk anak-anak ni. Yang lagi best, sepanjang dua hari International LEO Day Fiesta 2016 ni ada All-Day Bazaar dan Celebrity Pre-loved Store. OMG! Ini memang faveret ni. Bocor lah poket lepas dapat gaji.


Ada bakat menyanyi? Membuat persembahan? Menari? Main alat muzik? Hah apa sahaja bakat yang terpendam tu inilah masanya untuk dikeluarkan di atas pentas! Kalau korang rasa ada bakat terpendam apa kata cuba untuk masuk LEO Talent Quest sempena International LEO Day Fiesta 2016 ni. Maksima 15 persembahan akan dipilih untuk masuk Finals pada 3 Disember 2016 nanti! 

Untuk join, hanya perlu ikut step mudah dibawah:

1. Upload video persembahan korang tak kisah lah kat dalam bilik ke, atas pentas ke apa pun boleh di event page ini: 

2. Jangan lupa hashtag #LeoTalentQuest kat post korang tu. 



Untuk yang ada anak-anak berbakat mewarna tu pulak boleh la join pertandingan mewarna pagi 3 Disember 2016 nanti. Mana tahu anak-anak semua akan rasa seronok join pertandingan mewarna beramai-ramai macam ni kan? Lagi seronok kalau diorang terpilih menjadi pemenang! 

Untuk yang nak daftar anak-anak masuk pertandingan mewarna ni boleh terus mendaftar di: 

Saya akan ke International LEO Day Fiesta 2016 di Citta Mall pada pagi 3 Disember 2016. 
Tak sabar nak jalan-jalan kat sana. Kalau jumpa say hi okayh? 
Let's Enjoy Ourselves!

Tarikh & Waktu: 
3 & 4 Disember 2016
11 pagi - 6 petang

Lokasi: 
CITTA Mall
No. 1 Jalan PJU 1A/48, PJU 1A,
Ara Damansara,
47301 Petaling Jaya


Facebook Event Page:






You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook