Berbaju kebaya bersama Fasha Sandha di Rumah Kebaya Bangsar

6:36 am


Tadi dari pagi busy jaga booth di Selangor Makers & Innovation Carnival, lepas tu berlari pergi wedding kejap then sempat juga ke Rumah Kebaya Bangsar. Pelakon Lara Aishah Fasha Sandha pun ada tau sebab dia duta Syus Kebaya kan? hehehe...memang sempoi dia layan pengunjung Rumah kebaya Bangsar yang mula dibuka hari ini.



Rumah Kebaya terletak di Jalan Bangsar, memang saya pasti bakal jadi tempat tumpuan orang ramai yang nak cari baju tradisional kebaya untuk ke majlis kahwin atau majlis formal ke kan. Syus Kebaya pun ada keluarkan koleksi baru mereka iaitu My Kebaya yang mengetengahkan Kebaya Riau dengan pilihan warna terang iaitu royal blue, merah, kuning, hijau dan ungu. Warna hijau yang Fasha pakai memang cantik!


Selain baju kebaya, di Rumah Kebaya pun ada jenama tudung terkenal Benang Hijau. Hah senangla kan dah beli kebaya nak cari tudung yang sesuai, boleh beli sekali la tudung kat satu tempat. Eh pakwe yang temankan pergi Rumah Kebaya takde apa nak shopping ke? Jangan risau! Ada pakaian lelaki eksklusif jenama Qie Rahman untuk pakwe korang beli tau!




Material kebaya yang ada di Rumah Kebaya Bangsar ni memang sedap kain and tak mudah panas. Fuh, nak beli tapi tak tahu pulak raya tahun depan color tema apa. Tapi bila dah balik rumah terus rasa menyesal tak beli sebab tadi ada 50% kot! Arghhhh~




So apa lagi?
Jom ke Rumah Kebaya Bangsar beramai-ramai.
Kita back to classic pakai baju kebaya pulak.
Baru lah cun melecun kan?


You Might Also Like

1 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook