Kekal Bertenaga Dengan TAURUS Energy Drink

8:05 pm


Selalu sibuk dan penat dan juga tidak bertenaga seharian buat kerja? Ya, manusia robot macam saya memang kehulur kehilir ke pelbagai event. Lagi penat sebab takde kereta, naik macam-macam public transport untuk ke destinasi. Sebagai seorang postgraduate student Computer Science yang sedang pulun siapkan thesis master, nak kena develop sistem lagi, lepas tu kerja part time mengajar sebagai robotic teacher di International School, lifestyle blogger dan social media strategist/influencer yang perlu ke event sana sini dan juga backpacker yang tegar travel ke pelbagai negara…memang sangat penat menjadi seketul Neyra.

Tapi kawan-kawan yang selalu ikuti perkembangan di social media selalu bertanya “macam mana nak kekal bertenaga dan aktif sepanjang masa macam Neyra? Kita tengok pun penat tapi Neyra tak macam penat langsung!”.

Hah jawapannya tentulah TAURUS ENERGY DRINK!



 

Untuk keep fit memang kena exercise selalu tapi jadual kerja yang sangat ketat dan penuh, buat Neyra selalu ada kekangan masa untuk bersenam. Nasib baik lah ada TAURUS Energy Drink ni dengan size 250ml dan senang dibawa travel on-the-go, atleast satu tin TAURUS Energy Drink wajib ada dalam backpack Neyra sekarang bila kemana-mana. Bila rasa letih, Neyra akan minum TAURUS Energy Drink untuk kekal bertenaga dan aktif semula!



 TAURUS Energy Drink ialah minuman berkarbonat yang dirumus khas untuk membekalkan tenaga untuk semua orang. Bila minum je TAURUS Energy Drink bukan sahaja lebih bertenaga dan rasa macam refresh semula, tapi rasa macam dapat kekal fokus dan tekun buat kerja semula. Terus rasa bersemangat dan boleh buat coding misalnya. Untuk student IT macam saya, ehhhh mana-mana student lah! Mesti dah lewat malam baru lah nak hadap computer buat kerja kan? Hah macam tu lah saya. Konon bila malam baru rasa tenang tak diganggu tapi bila mata mengantuk menguasai diri mula lah menyesal. Lagi-lagi kalau ada dateline nak kejar, aduh…memang huru hara hidup sampai stay up kat office. Masa tu lemau semacam takde semangat nak siapkan kerja nasib baiklah ada TAURUS Energy Drink ni.

Buatan Malaysia, dan mengandungi Carbonated Water, Sucrose, Dextrose, Citric Acid, Taurine, Caffeine, Inositol, Vitamins (B3, B6), Flavouring Color (E102, E110), E211, E202…. TAURUS Energy Drink telah disahkan HALAL dari Jakim Malaysia. Ni no rujukan: JAKIM/(S)/(22.00)/492/2/ 1 004-06/2014.

TAURUS Energy Drink tidak sesuai diminum oleh ibu mengandung dan yang menyusukan bayi, yang berumur bawah 16 tahun, yang mempunyai alergi kepada kafein, pesakit kardiovaskular, dan ketika melakukan aktiviti sukan yang berat. TAURUS Energy Drink juga tidak digalakkan untuk minum lebih dua tin sehari tau!




 

Baru-baru ni sempat meluangkan masa bersama rakan-rakan untuk bermain laser tag di Laser Battle, Berjaya Times Square Kuala Lumpur. Fuh, memang seronok kami seramai 21 orang dalam dua team bertarung lawan sesame sendiri, sebanyak 3 games! Gila lama sampai 3 games kan? Peluh sakan tak payah cakap la macam mandi peluh dalam tu. Masa game kedua pun dah kepenatan berlari menembak laser sana sini. Nasib baik lah masa break each game tu kami recharge energy dengan TAURUS Energy Drink. Dari kalah Game 1, terus team saya menang Game 2 dan Game 3. Terus menjuarai Laser Battle malam tu secara keseluruhan. Yeah! Nasib baik team saya semuanya bertenaga lepas minum TAURUS Energy Drink ni.





Pulang dari Laser Battle, terus saya ke office untuk siapkan preparation saya untuk presentation Proposal Defense Thesis Master di UM keesokkan harinya. Memang tak terasa penat langsung sebab dah minum TAURUS Energy Drink sebelum tu kan? Bertenaga buat kerja malam tu. Sempat juga singgah ke 7-Eleven di bawah office untuk belanja rakan-rakan lain yang stay up bersama siapkan kerja. Dengan rasa ala-ala chewing gum gituh memang diorang cakap sedap betul TAURUS Energy Drink ni! Memang masing-masing terus energetic menaip coding di laptop masing-masing ha… idea creative datang dari mana pun tak tahu laju je taip coding.

 




Korang boleh dapatkan TAURUS Energy Drink ni di mana-mana 7-Eleven yang berdekatan. Harga asal ialah RM 4.80 tapi sekarang ada promosi hanya RM 4.00 setin sehingga 5 Disember 2016! Hah apa lagi? Cepat-cepat borong TAURUS Energy Drink. 


Jangan lupa check infor terkini tentang promosi dan lain-lain di:

Instagram @mytaurused
Facebook Taurus Energy Drink
Website: www.taurusED.com

Kekal Bertenaga Hanya Dengan TAURUS ENERGY DRINK!







You Might Also Like

1 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook