Jom Ke K-Street Carnival, Klang Parade

5:07 pm



Annyeong Haseyo! 안녕하세요! 

Hah sudah, kenapa pulak cakap Korea tetibe ni kan? Selalu travel tapi belum pernah jejak kaki ke negara Korea. Teringin? Mungkin dengan yang tersayang baru best kot pergi Korea? Eh~ Haha! Selama ni tengok Running Man, layan K-Drama bagai, makan makanan Korea, acah-acah K-Pop...  teruja tak kalau ada karnival yang semuanya tentang Korea? Hah, berita baik, Karnival K-Street akan diadakan di Klang Parade hujung minggu ini dari 18 hingga 20 November 2016!


Karnival K-Street akan mempamerkan pelbagai adat dan budaya dari Korea. Aktiviti-aktiviti menarik yang berkaitan dengan tradisi Korea juga akan dianjurkan sepanjang 3 hari Karnival K-Street ni. Sesuai ke bawa keluarga? Mestilah! Ada beberapa aktiviti yang memang sangat sesuai untuk seisi keluarga. Bila lagi nak beriadah bersama macam ni kan?


Yang paling menarik perhatian saya tentunya Shin Sun Mi Korean Market. Pasti banyak makanan Korea, dan pelbagai barangan dari sana yang akan dijual. Aduh, masa menulis entri ni pun saya menaip sambil makan Topokki! Tak sabarnya nak beli stok Seaweed dari Korea, Topokki, Ramyeon dan sebagainya. 

Untuk yang bawa anak-anak kecil, jangan risau. Aktiviti pertandingan mewarna atau sesi menari k-pop kanak-kanak pasti menarik perhatian anak-anak. Untuk yang suka makanan pedas, yang memang lidah tu tahan pedas kaw-kaw dah selalu sangat makan Samyang Ramen tu hah apa kata join masuk aktiviti Korean Spicy Noodle Challenge? Mana tahu ada chance menang ke?

K-Storm K-Pop dance cover competition, korean traditional games, korean arts & crafts workshop. korean bazaar, children dance along sessions, korean traditional apparel photo session dan banyak lagi aktiviti menarik! Wah bestnya kalau dapat pakai baju-baju tradisional Korea lepas tu feeling macam kat Korea kan? 

Jom kita ke Klang Parade untuk K-Street Carnival hujung minggu ni!
Untuk maklumat lanjut boleh terus ke Facebook:



You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook