Glamorous Devotion - Koleksi Terkini Pakaian Muslimah Zacheela

2:03 am


Dah masuk bulan Disember 2016 rupanya. Dah tercapai ke azam  tahun 2016 masing-masing? Hah, belum la tu. Okayh ni nak cerita last weekend sempat saya ke Zacheela Glamorous Devotion Fashion Show 16/17 yang telah diadakan di Parkroyal Hotel Kuala Lumpur, Bukit Bintang. Memang meriah ramai betul tetamu hadir ke Grand Ballroom Parkroyal malam tu. 

Zacheela ni ialah satu jenama pakaian muslimah, yang dah ditubuhkan sejak tahun 2013 lagi oleh Tengku Shaheela Tengku Abd Malek, yang mulanya Zacheela ni online shop je. Tapi demi minat dalam dunia fesyen dan bisnes, sampaikan suami Tengku Shaheela, iaitu Zarkiah Awang Latif iaitu pengasas bersama Zacheela, turut tinggalkan kerjayanya dalam bidang oil and gas. Wow! Kagum betul demi minat kan? Fokus pada yang satu ni je. Dan setakat ini, dah ada dua cawangan Zacheela iaitu butik di Keramat Mall, Kuala Lumpur dan Bangi Snetral, Selangor dengan kekuatan pekerja seramai 16 orang.



Dengan tagline Beauty of Modesty, Zacheela mengetengahkan konsep Muslim Modern Wear. Siapa je pakai koleksi Zacheela ni memang akan sentiasa tampil anggun, elegan dan menutup aurat gituhhh. Fabrik yang digunakan juga berkualiti tinggi dan jahitan kemas bermutu tinggi. Dan koleksi terkini yang baru keluar ni ada lima koleksi fesyen terkini dengan 30 seleksi busana Muslimah. Fabrik yang digunakan ialah Rasetti Silk dan Korean Polyster dengan perincian mutiara dan manik premium, yang menariknya cuma ada 100 helai bagi setiap rekaan. Punyalah limited edition hah! Istimewanya, kali ini Zacheela juga memperkenalkan Anzalna Nasir sebagai duta eksklusif Zacheela. 






FIORELLA - handpainted bermotifkan flora dengan kombinasi warna ungu dan dusty green yang dilakar atas fabrik, menjadikan pemakainya kelihatan sangat manis, ayu dan kelembutan terserlah. Saya sangat suka Kurung Printed Fiorella ni! 



ALESSANDRA -  bercorak baroque, diinspirasikan daripada sebuah jenama mewah antarabangsa dan merupakan salah satu pattern yang sangat eksklusiif dan menarik. Memang nampak sangat mewah, glamour dan elegan dengan warna hitam dan emas nude kan?





SOPHIA - menampilkan motif negara Timur Tengah atau Moroccan dalam rona lembut dan suntikan penuh gaya. Sangat classy kan dress dan cardigan Sophia ni?


MALENA - bercorak abstrak dengan tema warna merah jambu yang merupakan signature Zacheela diilhamkan kolek sini untuk menyerlahkan lagi keanggunan pemakai.




BAHIRA - bercorak moden geometric kombinasi warna biru gelap dan putih, sebagai pilihan untuk wanita yang inginkan gaya berani dan lantang. Biru tanda berani mencipta sensasi pada si pemakainya. 





 BLISSFUL BLOSSOM -  keluaran eksklusif Zacheela, limited edition couture kombinasi polos peach pink dihiasi dengan swarovski crystal dan premium pearls ni memang direka khas. Kalau nak tempah dress ni kena tempah awal okayh? Sebab ini dress SPECIAL!



Pengasas Zacheela, Tengku Shaheela kata koleksi yang baru ni banyak bermain dengan keberanian yang bawa elemen inovatif dan trend terkini dan datang dengan pelbagai warna maka banyak lah pilihan untuk pemakain ye dak? Kalau tengok design pun semua unik dan apa yang menakjubkan Zacheela akan memperkenalkan koleksi baru setiap dua minggu. 

Saya dah rasa sendiri kualiti kain memang terbaik, dan rasa tak sabar pulak nak melawat butik Zacheela untuk mendapatkan sehelai dua baju-baju Ready-To-Wear koleksi baru ni! Jangan lupa untuk ke butik Zacheela juga okayh?

Butik Zacheela (KL)
GB07, Keramat Mall,
Jalan Datuk Keramat,
54000 Kuala Lumpur

Butik Zacheela (Bangi)
05-05-02, Jalan Medan Pusat Bandar 8A,
Bangi Sentral,
43650 Bangi, Selangor

Facebook: Zacheela
Instagram: @zacheela




You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook