Aktiviti menarik di International LEO Day Fiesta 2016

5:49 am




Tahukah korang CITTA Mall mengadakan Chill Out Saturday? Hah Chill Out Saturday ni macam satu platform yang dianjurkan oleh CITTA Mall dalam usaha mendekatkan diri dengan komuniti masyarakat (terutamanya yang berkeluarga) dengan mengadakan aktiviti-aktiviti menarik di CITTA Mall. Chill Out Saturday ni kalau boleh dijadikan aktiviti bulanan di CITTA Mall. Sabtu lepas, sempena Chill Out Saturday ni jugak, International LEO Day Fiesta 2016 telah diadakan di CITTA Mall sepanjang dua hari. 

International LEO Day Fiesta 2016 dianjurkan oleh Selangor Leo Clubs, salah satu NGO di Malaysia. Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan untuk para pengunjung seperti pertandingan mewarna, persembahan, pertandingan LEGO, bengkel Sains, bengkel fitness, games untuk kanak-kanak, electric car ride, bazar jualan dan celebrity pre-loved store.


8 LEO Clubs dari seluruh negeri Selangor telah bersama-sama menganjurkan International LEO Day Fiesta kali ini di CITTA Mall. Melalui International LEO Day Fiesta 2016 ini juga, ahli LEO berharap dapat menguar-uarkan tentang aktiviti-aktiviti komuniti LEO terhadap masyarakat dan dalam masa yang sama mengumpul dana untuk rumah-rumah kebajikan yang memerlukan dari hasil kutipan jualan bazar makanan dan permainan, dan juga jualan pakaian terpakai selebriti. Hari Sabtu tu baru masuk tengah hari dah berjaya mengumpul dana sebanyak RM2,000! Hebat bukan? Lagi kagum, International LEO Day Fiesta 2016 kali ini diketuai oleh seorang budak perempuan berumur 15 tahun! Wow!

Hasil sumbangan kali ini telah disalurkan kepada Rumah HOPE dan Rumah Penjagaan Kanak-Kanak Cacat Taman Megah dan juga CITTA Mall bekerjasama dengan Tan Sri Tan Foundation iaitu sebahagian besar dari Tan Chin Tuan Foundation dari Singapura untuk menderma sebanyak RM10,000 untuk setiap rumah kebajikan tersebut, dalam persediaan mereka untuk menyambut Hari Natal dengan gembira. Ni semua usaha dari ARA CARES, inisiatif oleh ARA Asset Management iaitu owner CITTA Mall ini.


Pagi tu sempat lihat sendiri kanak-kanak yang menyertai pertandingan mewarna memang hebat-hebat belaka! Kagum tengok betapa kreatifnya minda kanak-kanak sekarang. Lengkap segala peralatan mewarna di bawanya. Apa yang penting, dorongan keluarga yang menyokong minat anak-anak.







Sempat juga ke Celebrity Pre-Loved Store dan jalan-jalan melihat koleksi pakaian terpakai Amber Chia, Adibah Noor, Dina Nadzir, Baki Zainal dan lain-lain selebriti di Malaysia. Ada juga pakaian terpakai, anak patung, barangan bayi, lukisan, buku dan macam-macam lagi! Di bazar jualan pula terdapat pelbagai jenis makanan dan permianan kanak-kanak yang dijual. Sedap betul beli cookies RM2 hari tu. Demi menyokong usaha LEO Clubs dalam mengumpul dana, sempat lah shopping sikit kan?

Bagus usaha yang Selangor LEO Clubs dan CITTA Mall buat ni. Harapnya lebih ramai komuniti masyarakat diluar sana yang prihatin terhadap mereka yang memerlukan. Sama-sama lah kita membantu mereka!


You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook