Teater Muzikal Komedi: ALADDIN RELOADED memang menghiburkan!
5:46 am
Malam semalam berkesempatan untuk menonton Teater Muzikal
Komedi: Aladdin RELOADED! Aladdin RELOADED ni adalah pantomime muzikal yang
mengisahkan tentang lagenda Aladdin. Siapa je tak kenal Aladdin kan? Kisah
lagenda Aladdin ni selalu dijadikan bahan cerita untuk pementasan dan juga
pantomime lebih 200 tahun di United Kingdom. Bertemakan magik, romantik,
pengembaraan dan pelbagai lagi kisah tentang Aladdin ni membuatkan kisah
lagendanya sangat popular dan klasik. Sebab tu lah Enfiniti Academy juga buat
pementasan teater muzikal komedi Aladdin RELOADED ni! Kenapa Reloaded? Sebab
tahun lepas dah ada pementasan Aladdin ni Cuma kali ni dia buat comeback dengan
suntikan baru.

Semalam, masa sebelum menonton teater muzikal komedi ini,
memang saya akui saya ada fikir “Ahhhh mesti tipikal Aladdin macam cerita
Aladdin kat TV tu”. Rupanya TIDAK! Versi Aladdin oleh Enfiniti Academy yang menarik
dan menghiburkan dengan lawak jenaka topikal, komedi slapstik, dan lagu-lagu
yang menghiburkan buat kita rasa macam nak menyanyi bersama dan gelak ketawa
tanpa henti. Mudah terhibur betul lah! Haha.
Siapa sangka si jahat Abanaza tu
pun orang jahat yang menghiburkan hati? Dengan usaha dia nak mencari Lampu
Ajaib, dan mempergunakan Aladdin untuk mencapai misi tersebut, dalam masa sama tu
boleh pulak mak Aladdin si Widow Twanky tu nak menggoda dia? Tapi berjaya ke
Abanaza dapat Lampu Ajaib tu? Apa halangan dan dugaan yang Aladdin bakal hadapi?
Siapa pulak si kenit Jin Cincin warna hijau macam toyol tu? Kenapa ada misi
menyelamatkan Tuan Puteri Kim K? Apa yang terjadi sebenarnya? Hahhhhh tu
kenalah tengok Teater Muzikal Komedi: Aladdin RELOADED ni!
Percayalah, dengan lakonan hebat dari bakat-bakat hebat
Enfiniti Academy ni, lepas tu tambah pula dengan lawak jenaka oleh Widow Twanky
(lakonan Rashid Salleh), Abanaza (lakonan Peter Davis), Aladdin (lakonan Jayson
Phuah), Wishee Washee (lakonan Brian Chan), Won Ton (lakonan Nisya Aziz),
Princess Kim K (lakonan Alesia Dhana) dan lain-lain lagi pasti buat korang semua
gelak ketawa tanpa henti! Sumpah, cerita Aladdin versi Enfiniti Academy ini
memang berlainan sama sekali. Mana ada cerita Aladdin lain yang tetibe ada lagu
Backstreet Boys! Saya siap sing along sekali masa tu. Nak tengok kumpulan
tengkorak dalam Aladdin RELOADED nyanyi lagu Thriller? Hah tu pun kena tonton
teater sendiri lah! Dan yang bestnya, suara diorang memang sangat sedap!
Berbakat besar dari yang kecil sampailah ke besar.
Banyak pengajaran boleh kita belajar dari Aladdin RELOADED
ni! Teater muzikal komedi yang penuh dengan unsur kasih sayang, persahabatan,
kepercayaan antara satu sama lain, Aladdin RELOADED memang sesuai ditonton oleh seisi keluarga.
Sempena cuti sekolah ni boleh lah bawak anak-anak ke Teater Muzikal Komedi:
ALADDIN RELOADED!
Tarikh: 2-11 Disember 2016.
Lokasi: PJ Live Arts, Jaya One
Harga Tiket: RM43, RM63, RM73 dan RM123
Sebarang tempahan dan pembelian tiket boleh terus ke:
Dan untuk maklumat lanjut boleh ke:
1 comments
Awesome..thanks for this review
ReplyDeletedrop your comment here!