468x60

.

SATU Tahun Buku Pojok

Monday, December 19, 2016





Buku Pojok, salah satu publisher buku alternatif Malaysia, yang mula menapak masuk industry sejak Oktober 2015 kini dah berusia SATU tahun. Tahun lepas masa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2015, sempat beli buku Kisah Laki Bini hasil tulisan Hamka Kereta Mayat dan Goji Bundy tulisan Riduan A. Dullah. Tak sangka Buku Pojok dah berjaya menghasilkan 18 buku dalam masa setahun, termasuklah buku SATU.
 

Sempena menyambut tahun kelahiran pertama Buku Pojok, buku istimewa SATU telah dilancarkan baru-baru ni kat Markas Kota Damansara. Punya lah selalu lepak Kota Damansara ni, kali pertama saya jejak kaki ke Markas. SATU menggabungkan 4 orang penulis iaitu Hamka Kereta Maya, Paola Kira Ewusi, Arlina Banana dan Riduan A. Dullah. Kiranya macam buku SATU ni hadiah special untuk semua penyokong Buku Pojok selama ni. Tahu kenapa special? Sebab ada 1,000 naskah je yang diterbitkan! Fuh, kena dapatkan secepat mungkin ni. Karang habis mula lah menyesal tak sudah.

Sudah saya baca buku SATU ni. Hamka Kereta Mayat masih mengekalkan jalan cerita dengan genre kekeluargaan apa lagi kalau tak cerita Si Laki dan Si Bini seperti bukunya sebelum ini Kisah Laki Bini dan Kisah Anak Bini? Paola Kira Ewusi juga masih kekal cerita sedikit sebanyak cerita berkaitan dengan kehidupan kahwin campur, dan hubung kait dengan bukunya sebelum ini iaitu Winter Di Afrika. Riduan A. Dullah masih terus depress, dan begitulah juga dengan Arlina Banana yang masih memujuk hati?


Hah yang pastinya buku SATU ni memang unik. Boleh baca pelbagai jenis cerita dalam SATU buku. Setiap penulis ada signifikasi mereka tersendiri tentang SATU. Untuk dapatkan buku SATU yang hanya berharga RM26 ni dan naskah-naskah lain dari Buku Pojok, boleh terus ke:

Facebook: Buku Pojok
Twitter: @Buku_Pojok
Instagram: @bukupojok






0 comments:

 
Design Downloaded from Free Blogger Templates | Free Website Templates