Jom tonton Alice in Wonderland di Resorts World Genting

10:30 pm



Siapa je tak suka kan alam fantasi penuh magis seperti Alice in Wonderland? Dari kecil saya memang suka betul tonton kartun Alice in Wonderland. Memang lejen berapa zaman generasi dah kisah si Alice ni. Disebabkan Alice in Wonderland ni memang sentiasa di hati semua orang tak kira yang kecik atau pun besar, maka Sino-Canadian team akan membawa alam fantasi Alice in Wonderland ke Resorts World Genting. Apa kelainan dan keunikan Alice in Wonderland kali ni?



Alice in Wonderland oleh Sino-Canadian Coorperative Multimedia Musical akan menggabungkan muzik, tarian, dan multimedia dipersembahkan sepenuhnya dalam Bahasa Mandarin dan memaparkan watak animasi 3D dari produksi China. Jangan risau, ada subtitle English. Kalau tak, takde lah beriye nak ajak korang pergi tengok Alice in Wonderland di Resorts World Genting ni ha. Menairknya, animasi 3D Alice in Wonderland ini telah ditayangkan di lebih 10 negara termasuklah lokasi seperti John F. Kennedy Centre di Washington, ACT 3 International Festival di Singapore, Vancouver Symohony Orchestra di Canada, Guangzhou Opera House di China, dan Sai Wan Ho Civic Centre di Hong Kong.

Uniknya, persembahan muzikal multimedia yang menggunakan teknologi interaktif dan ilusi visual audio seperti ini sukar dilihat di mana-mana persembahan pentas atau tetaer muzikal. Penonton mesti akan rasa kagum, dengan semua teknologi yang diorang ni guna. Alice in Wonderland akan dipersembahkan kepada umum di Genting International Showroom, bermula 17 Mac hingga 26 Mac 2017, jam 8 malam setiap hari kecuali pada 19 dan 26 Mac 2017, tayangan jam 4 petang sahaja. Tak sabarnya nak tengok watak-watak seperti Alice, Cheshire Cat, Red Queen, Caterpillar, White Rabbit, dan lain-lain versi Mandarin!


Pelakon-pelakon yang akan membawa watak-watak comel di dalam Alice in Wonderland ni ialah Xie Xing Yi, Xu Xin, Zhang Shuhui, Yang Guanyu, Liu Yang, dan Li Xiang. Diorang ni semua berbakat besar da nada yang sudah popular di industry filem dan teater di China. Wow mesti best kan!

Persembahan muzikal Alice in Wonderland di resorts World Genting ini tetap akan mengekalkan tema Alice in Wonderland yang asal, iaitu macam mana si Alice ini mengejar White Rabbit sebelum jatuh ke lubang rabbit dan landing di  dunia lain yang aneh dan penuh fantasi. Sama je kisahnya, minum air akan buat orang jadi kecik, makan cake walau secebis pun akan jadikan orang tu besar macam giant! Ha, sama je konsepnya kan? Tak lari pun hah dari tema asal. 10 lagu asal Alice in Wonderland juga akan dipersembahkan termasuklah In a World of My Own oelh Alice, I’m Late oleh White Rabbit, We’re not Waxworks oleh Duchess, Painting the Rosses Red oleh Knave of Hearts dan What Genus Are You oleh Caterpillar. Lagu latar persembahan muzikal Alice in Wonderland ini pula dari German Radio Orchestra.

Tiket Alice in Wonderland di Resorts World Genting ini ialah RM268 (VIP), RM168 (PS1), dan RM98 (PS2). FIT Early Bird promo yang beli tiket sebelum 31 Januari 2017 akan menikmati 10% diskaun (RM241.20 untuk VIP, RM151.20 untuk PS1, dan RM88.20 untuk PS2). Genting Rewards Card Members pula akan menikmati 10% diskaun tapi yang book tiket awal sebelum 31 Januari 2017 akan dapat 20% diskaun (RM214.40 untuk VIP, RM134.40 untuk PS1 dan RM78.40 untuk PS2)!! Tiket boleh dibeli di www.rwgenting.com. 

Jom kita ramai-ramai naik Genting tengok Alice in Wonderland!!




credit gambar: Diary Mama


You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook