468x60

.

Review J Revolusi: Filem Aksi Melayu Terbaik!

Wednesday, March 01, 2017


Sebenarnya dah almost sebulan jugak ni tertangguh nak cerita pasal filem J Revolusi. hahaha! 10 Februari yang lalu, sempat jugak menghadiri Malam Penghargaan Penaja dan Media untuk filem J Revolusi (thanks to Dhiya!) dan beberapa hari selepas tu pulak, menghadiri Malam Gala J Revousi (thanks to Dhiya and Hermy!). Punya sibuk dengan J Revolusi ni sampai dapat 40 tiket malam tu untuk diagihkan kepada semua social media influencer. Beramai-ramai kami layan filem aksi melayu yang hangat diperkatakan ni. Lagi hangat sebab aplikasi permainan mudah alih J Revolusi ni lagi awal keluar dulu sebelum tayangan filem ni sendiri. Setakat yang saya dapat tahu haritu, dah 90,000 orang muat turun aplikasi tu. Entah-entah sekarang dah ratus ribu? Fuh, best sangat ke J Revolusi ni?


 

J Revolusi mengisahkan tentang seorang ahli Unit Tindakan Khas (UTK), Jay Zulkarnain (lakonan Zul Ariffin) yang perlu menyelamatkan kakaknya, Dian Zulkarnain (lakonan Fazura) yang merupakan seorang ejen penyamaran yang telah diculik oleh seorang lelaki misteri yang pernah memerangkap Jay untuk satu kes pembunuhan. Jay berusaha untuk menyelamatkan kakaknya walaupun pelbagai rintangan yang harus dihadapi. Filem yang bergenre aksi dan drama ini merupakan arahan sulung dari Zul Azhar. Zul Ariffin telah dipilih sebagai peneraju utama filem ini. Selain Zul Ariffin, Filem ini dibintangi oleh Izara Aishah, Nur Fazura, Farid Kamil, Azad Jasmin, Iedil Putra, Peter Davis dan ramai lagi. Filem ini diklasifikasikan untuk tontonan 13 tahun keatas sahaja (P13) dan ditayangkan dalam bentuk 2D.

 


First of all, tahniah produksi filem ni, pengarah, penerbit dan kesemua pelakon J Revolusi. Ternyata, filem aksi J Revolusi  hasil kerjasama terhebat diantara Primeworks Studios, Grand Brilliance dan Infinitus Productiona ni memang penuh dengan babak aksi yang cemas dan mendebarkan. Ada kelainan dalam filem aksi J Revolusi ni dan lagi kagum bila dapat tahu rupanya filem J Revolusi ini juga merupakan filem terbitan bintang terkenal Hong Kong, Andy Lau yang pertama di Kuala Lumpur menerusi Infinitus Productions.

Pemilihan Zul Ariffin yang memegang watak utama iaitu Jay, memang satu pilihan yang tepat. Abam sado ni buat aksi stunt sendiri tau? Fuh, nak bagi yang terbaik untuk J Revolusi, sampaikan Zul Ariffin berani ambil risiko nak melakonkan aksi berbahaya tu sendiri. Tak percaya, lihat lah aksi Jay bertumbuk dengan Andra (lakonan Farid Kamil) atas besi tergantung pada crane di KLCC area tu? Gilaaaa gerun.

Filem ni banyak plot twist. Mula-mula tengok muka Iedil Putra yang memegang watak Jiman, kengkonon rakan sekerja Jay dalam UTK ni memang menyampah gila. Siap terfikir, aaaah konspirasi ni semua mesti si Jiman ni punya kerja. Dasar belot! Pemberi maklumat kepada musuh. Gituh emosi tengok J Revolusi. Rupanya orang jahat tu orang lain. Andra tu memang watak antagonis la, Tapi ada sedikit plot twist dan watak tu tak disangka-sangka rupanya jahat!



Tentunya filem melayu, tanpa suntikan lawak tak lengkap rasanya. Watak Skodeng atau Herman yang dibawa oleh Azad Jazmin memang terbaik! Takde lah rasa nak sakit jantung je cemas dan terkejut dengan babak penuh aksi kan. Sekali sekala mudah terhibur jugak dengan lawak si Skodeng yang selamba tu. Hackers dan pakar IT macam Skodeng pun suka buat lawak rupanya. Si Jay pun boleh tahan jugak muka serius, sekali sekala buat lawak bersahaja dia tu lah. Comel je semua. Mak si Skodeng pun boleh tahan kelakar. Watak antagonis Hans Isaac walaupun menyampah, tapi kelakar jugak sikit. Eh jap jap cerita komedi ke ni? Haha! 

Watak Eddie yang dibawa oleh Izara Aishah memang mampu mencairkan mana-mana hati lelaki kot? Gila tak cair tengok anggota UTK secomel Eddie? Ganas-ganas pun comel tu maintain boleh merecik semua jejantans. Fazura yang bawa watak Dian, memang akan dibenci ramai rasanya sebab sikit-sikit jeles dengan adik dia si Jay tu. Entah hape hape je. Kelainan buat Fazura yang selalu bawa watak baik, lemah lembut, ala princess tetibe dalam UTK jadi ganas gitu. Lasak! 


Bagi saya, sebelum korang tonton filem ni boleh clear up your mind dan cuba untuk tidak ingat filem Polis Evo kalau tak nanti mesti sibuk nak compare padahal jauh bebenor jalan ceritanya. J Revolusi lebih fokus kepada topik drama permasalahan keluarga, dan topik persahabatan. Aksi memang terbaik J Revolusi ni, tapi ada lah sikit slack sana sini. Terutamanya part ending entah macam mana babak Jay dan Dian tu dari siang ke malam tetibe. Lama bebenor kamu nak berborak dengan Dian tu kat tengah-tengah Jalan? Patut lah KL selalu jem! Adik beradik berbincang apa tengah jalan KL tu sampai ke malam? Haha. Tapi respek dan salut pelakon-pelakon J Revolusi. Bukan senang untuk membawa watak sebagai anggota UTK. Berat tugas ni. Betapa susahnya nak jadi UTK ni. 



Jangan lupa tonton J Revolusi di seluruh pawagam mulai 2 Mac 2017! 
Hah yang atas ni bukan Eddie dan Jay okayh?






2 comments:

  1. Anonymous said...:

    Nk download tp ragu2 takut terlebih over-rated pulak film nie. Yelah tengok diaorg komen kt tv mmg la semua yg positive..

  1. zack said...:

    Dah d.load..mmng best.

 
Design Downloaded from Free Blogger Templates | Free Website Templates