468x60

.

Warisan, Kini Selamanya - Bufet Ramadan The Everly Putrajaya

Saturday, May 20, 2017


Kira - kira seminggu sahaja lagi kita akan bertemu dengan Ramadhan kembali. Minggu pertama saya akan ke kampung halaman berbuka puasa bersama keluarga. Macam mana dengan korang, apa plan? Hah kalau takde plan lagi saya cadangkan ke The Everly Putrajaya untuk menikmati Bufet Ramadan mereka yang bertemakan "Warisan, Kini Selamanya".




Berbuka di rumah dan kampung halaman masih menjadi pilihan utama. Namun, bagi yang tidak berkesempatan berbuka di rumah atau di kampung halaman pada tahun ini tidak perlu risau kerana The Everly Putrajaya telah memilih tema "Warisan, Kini selamanya" yang pastinya akan membawa korang “pulang” ke kampung halaman untuk berbuka bersama-sama keluarga dan sahabat handai.

Melangkah masuk ke Fuze Restaurant, The Everly Putrajaya ini perkara pertama yang saya lihat ialah gerai "Nasi Ambeng Pak Adi". Aduh, betul-betul membawa saya pulang ke kampung halaman. Kami berketurunan Jawa, dan hidangan Nasi Ambeng lebih lebih lagi tersedia sekali Sambal Goreng Jawa betul- betul menggamkt memori berbuka puasa atay beraya di kampung halaman embah saya.



 Selain Nasi Ambeng Ayam Tempayan, antara menu istimewa yang disediakan buat para pengunjung di sepanjang Bufet Ramadan tahun ini adalah Kambing Golek, Sup Tulang, Sup Gearbox, Sup Ekor Utara, Shawarma, Murtabak, Roti John Precint 1, Rendang Tok Johan, Udang Galah Sambal Petai, Basmathi Briyani Gam Telur dan banyak lagi.



Seperti tahun-tahun sebelum ini, tahun ini pihak hotel juga menggunakan konsep gerai atau warung, di mana setiap gerai menghidangkan pelbagai jenis masakan dan juadah tradisi 1 Malaysia. Uniknya gerai yang terdapat di The Everly Putrajaya adalah di mana terdapat gerai yang menghidangkan “sayur campur panas” dan juga “crepe dan pancake”. Para pengunjung boleh memilih jenis sayuran yang diinggini dan akan dimasak oleh chef ‘on the spot’ di depan pengunjung. Jangan tak tahu mamak nak tengah tarik teh tarik pun ada! Betul-betul KAWWW teh tarik yang dia buat!




Di bahagian bakar bakar pula ada ikan bakar dengan sambal yang sangat sedap! Ditambah pula dengan satay ayam dan daging yang cukup rasa rempahnya dan tak boleh lupa ada Satar dan Otak-Otak! Gila betul teringat kampung halaman di Kuantan! Makanan wajib dimakan ni setiap kali balik. Dan ye, satar di sini tidak mengecewakan langsung sebab cukup rasa ikan yang banyak digaul dengan kelapa dan dibakar sebaiknya.




Selain warung yang dipenuhi buah-buahan tempatan, pencuci mulut yang pelbagai jua tersedia untuk dimakan. Kuih muih tradisional seperti popiah basah, kuih cara berlauk, kuih bom, kuih koci, kuih kaswi dan macam-macam lagi ada. Pencuci mulut moden seperti macarons, pelbagai jenis kek, dan pudding juga tersedia untuk ara pengunjung, 

Pengunjung juga dapat menunaikan ibadah solat dengan selesa dan bersih yang disediakan oleh pihak hotel yang datang bebruka puasa di The Everly Putrajaya, Dan sekarang ada promosi istimewa bermula 29 Mei hingga 2 Jun 2017 dengan hanya RM 78 bersih untuk dewasa. Manakala untuk 2 Jun 2017 dan seterusnya, harga Bufet Ramadan The Everly Putrajaya ialah RM98 seorang, Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungu 03-88922921 atau 03-88922929 atau 018-2231310 atau email ke [email protected] 

Berita baik, saya ada dua keping voucher Bufet Ramadan The Everly Putrajaya untuk giveaway secara PERCUMA untuk korang! Apa yang perlu korang lakukan:

1. Like FB Page ieyra.com: www.facebook.com/ieyradotcom

2. Comment  dan Share post ini (www.facebook.com/ieyradotcom/posts/10155368096763804) di wall FB korang dan public kan. 

3. Comment di bawah entry ni. 

4. Pemenang akan dipilih secara random menggunakan website random.org.



Goodluck! 
Tarikh tutup pada 30 May 2017 dan saya akan contact pemenang pada 31 May 2017. 









6 comments:

  1. sella said...:

    Hai! Saya lah pemenang bertuah anda!!

  1. Erah Soo said...:

    Saya nak menang voucher #BufetRamadanTEP

    💚💛

  1. Erah Soo said...:

    Saya nak menang voucher #BufetRamadanTEP

    💚💛

    - Erah Soo

    Keep it up on writing new articles! 😍😍

  1. Fara Hanis said...:

    Saya nak sangat merasa berbuka puasa di The Everly Putrajaya. Semoga ada rezeki ��

  1. @taufiqhelios said...:

    nampak sedap je ney bukak puasa kat sana. meh bagi saya rasa jugek! heheh #BufetRamadanTEP

  1. Saya sangat memerlukan voucher ni!

 
Design Downloaded from Free Blogger Templates | Free Website Templates