Backpacking: Bulan madu di Pulau Langkawi - Helicopter Tour & Day Trip Cruise

9:29 am


We both travel a lot. Kaki travel dari dulu berdua atau solo atau bersama kawan-kawan. So, a week after wedding, kami pulang ke kampung halaman Encik Suami di Alor Setar, Kedah. Alang-alang cuti raya Aidiladha kan? Tapi sebelum raya, honeymoon dulu!


Episod bulan madu kami ni banyak sangat, kalah romantika kat Astro haha! Sebab Encik Suami dah susun berderet travel plan sampai November. Entry ni tak sempat update kat blog, Ney update kat Twitter dulu buat thread tapi macam biasa lah, tweet tu viral lepas tu portal lain dah banyak yang update dulu. Haha! 

Honeymoon Episod 01: Pulau Langkawi.


1. Feri ke Pulau Langkawi

Kami bertolak dari Kuala Lumpur ke Alor Setar menaiki kereta. Tiba di rumah in law, kami rehat dulu kat sana. Esok lusa nya, kami ke Jeti Kuala Kedah, adik ipar hantar. Syukur sampai pun sebelum next ferry bertolak. Tapi, cakap je departure time 11.30 pagi, tapi dah tengah hari pun tak bertolak lagi. Hahaha!  Tiket dari Jeti Kuala Kedah ke Pulau Langkawi ialah RM23 seorang sehala. Untuk dua orang, dah RM46 lah. Kitorang naik Ekspress Bahagia dan perjalanan mengambil masa kira-kira 2 jam. 


2. Sewa Scooter di Pulau Langkawi

Keluar je pintu keluar jeti around 2 petang tu, kami diserbu dengan orang bertanya tentang nak sewa kereta ke tak. Hahahaha! Kami cakap nak sewa scooter dan akhirnya jumpa lah abang sorang ni. Sewa scooter untuk hari 2 hari setengah dikenakan harga RM70 sahaja. Mungkin mahal sikit sebab ramai orang bercuti sempena cuti sekolah dan juga weekend rate. Kami isi minyak RM5 sahaja dan terus gerak. Cukup ya RM5 ni untuk 3 hari. 

Rental Car/Scooter: Pak Su - 0172575331


3. Penginapan

Untuk 3 hari 2 malam di Pulau Langkawi kami duduk di 2 buah hotel berlainan. Saja lah nak try lain sikit. Malam pertama kami stay di T Star Cottage, Pantai Tengah. Harga untuk 1 malam cuma RM45. Alhamdulillah ada discount voucher, maka FREE la cottage ni. T Star Cotttage sangat strategik lokasinya sebab dekat je dengan Pantai Cenang, so senang nak pergi berjimba ye dak? Haha!



T Star Cottage ni menarik sebab dia macam banyak cottage tersusun dalam satu garden. Kalau korang nak Glamping (camping dalam khemah tapi ada tilam kat dalam) pun ada. Tidur dalam khemah, dalam bird park mereka. Bangun tidur, boleh breakfast dengan burung hah. Hahaha! But kalau nak more privacy, stay cottage la macam kami. 



Malam kedua kami stay di Langkawi Seaview Hotel di Kuah. Takde seaview pun, nama hotel je macam tu. Stay di Pekan Kuah sebab senang nak balik ke Jetty nanti. Bilik ni harga RM200 tapi alhamdulillah lah ada discount voucher, kami bayar RM100 je. Bilik gila besar dan selesa!

IKLAN: Kalau korang nak ke Pulau Langkawi, dan nak diskaun hotel, book di www.zenroom.com dan dapatkan 15% discount dengan menggunakan code ZENEYRA.


4. Pantai Cenang

Disebabkan dah petang sangat, lepas solat semua kami ke Pantai Cenang je. Lepak santai, bentang beach pario buat alas, Shafiq pulak setup inflatable sofa dia. Lepas tu kami chill ja sambil tengok sunset. Oleh sebab terlalu ramai manusia ketika cuti sekolah ni, nak mandi pantai pun tak berminat. Hahaha!



IKLAN: Customized Beach Hat dibeli di Instagram @designertravelmy . Korang boleh request letak nama ke apa ke, pilih symbol. Ada beach hat, ada boater hat, macam-macam ada!


Habis je sunset, buat timelapse semua, kami terus jalan-jalan ke Cenang Mall pulak. Jalan je la tak shopping pun. Kalau nak shopping cekelat ke minyak gamat ke I prefer to go to Pekan Kuah. Haha! Malam tu, kami makan burger tepi jalan je. Tapi mantap! Memang sedap.


5. Kota Mahsuri / Makam Mahsuri

Pagi hari kedua kami check-out awal dari T Star Cottage dan kemudiannya kami terus rempit ke Kota Mahsuri untuk melawat Makam Mahsuri. Wow dah besar tempat ni! Rasanya 20 tahun lepas Ney datang ada Makam dengan Perigi je 😅

Tiket masuk berharga RM12, masuk je ke dalam kawasan Kota Mahsuri ni, sempat Ney singgah dulu kedai jual Gamat. Beli 2 botol minyak panas gamat baru RM10. Kalau kat Haji Ismail Group, sebotol RM10!




Dalam Kota Mahsuri ni juga ada Perkampungan Kedah di mana semua rumah kayu versi lama zaman dulu kala ada sini. Korang boleh naik, and tengok sendiri macam mana orang dulu kala tinggal.

Bestnya kat sini, bila dapat jumpa makcik-makcik tengah buat demonstrasi membuat kuih tradisional sambil meniaga. Bayangkan lah kuih karipap, kuih loyang, kuih karas dan kuih peneram di masak panas-panas terus ngap dalam mulut!


6. Art's Cafe, Pekan Kuah

Sebelum check-in ke Langkawi Seaview Hotel, kami singgah makan di Art's Cafe dulu. Kedai faveret sinceast trip ke Pulau Langkawi bersama Berjaya Group tahun lepas. Tempat ni sangatlah artsy and banyak spot yang sangat instagrammable. Sama macam hipster cafe lain, kat sini a bit pricey la tapi puas hati! Pizza sangat recommended to try. Total spent: RM70.



7. Helicopter Tour

Disebabkan kami mahu kelainan dan bukan sekadar naik cable car di Gunung Mat Cincang tu, kami naik lebih tinggi dari itu dan terbang dengan helikopter!


Wahhhh wahhhhh mulut Ney tak henti duk sebut wahh wahhh kagum dengan kebesaran ciptaan Allah swt. Memang sumpah cantik Pulau Langkawi bila dilihat dari atas. Kami spent RM380 untuk 2 pax, terbang selama 10 minit. Totally worth it! Once a life experince.


8. Shopping chocolate di Haji Ismail Group!

Datang Langkawi ni malas serabut kepala, Ney shopping kat Haji Ismail Group je. Situ semua ada dan besar! Dari pinggan mangkuk, periuk belanga, luggage, minyak gamat, chocolate dan macam-macam lagi ada! Tapi kami pun malas beli beriye. Shopping apa nak makan je la.


9. Pasar Malam Pekan Kuah

Di Pekan Kuah ni, wajib pergi Pasar Malam nya. Memang besar dan panjang! Tourist pun ramai datang sini. Paling seronok, kami beli pelbagai jenis makanan di sini. Dah la hampir semua harga RM1! Gilaaaaa heaven. Ayam Goreng pun baru RM2!


10. Island Escape - Sea Splash Langkawi 

Hari ketiga kami di Pulau Langkawi, kami spend time untuk cruising whole day. Wooot! Pepagi buta dah check-out dan merempit ke Royal Langkawi Yatch Club. Kami sebenarnya dah beli siap pakej Island Escape Sea Splash Langkawi ni masa di Matta Fair Penang dengan harga  RM180/pax. Harga asal pakej ni RM265 seorang tau!



Tapi yang bestnya kebetulan takde guest lain untuk sesi pagi tu so guess what? Whole ship is for us! Yeahhh macam book private charters pulak untuk island hoping. Ney prefer charters macam ni sebab muslim friendly. Diorang tak serve alcohol macam charters lain. Lounge pun ada aircond,  besar untuk chill lepak, siap ada TV dan karaoke. Rasa macam pelayaran kapal mewah gitu.


Hah, maka cruising la half day dari pagi sampai tengah hari. So apa aktiviti atas kapal tu?




First of all, mestilah kelas Geografi! Hahahaha. Sesi mengenal nama-nama pulau dan mitos dan kisah lagenda semua pulau disini. Ada Ney pernah cerita sebelum ni, Langkawi ni mempunyai 99 pulau-pulau kecil. Sampaikan kapten kapal pun dah tak kenal apa nama pulau! Hahaha.


Aktiviti seterusnya merupakan Eagle Watching & Feeding. Yessss kami bagi burung helang sarapan pagi makan kulit ayam. Nampak lah semua burung helang akan berkumpul takes turn untuk turun makan kulit ayam yang terapung di permukaan laut. Fuh first time tengok burung helang dari jarak yang dekat.



Kemudian kami terus ke Fish Farm, dan dekat sini kami berhenti seketika untuk Fish Feeding dan Snorkelling. Kalau nak Snorkelling additional RM15 seorang ya! Taknak pun takpe. Tapi seronok tengok ikan besar betul kat sini! Tangkap kerapu tu makan setahun tak habis.




Bird feeding dah, Eagle feeding dah, Fish feeding dah. Next activity, kami pulak jadi ikan dugong terdampar tersekat di jaring. Ehhh . Ini Salt Water Jacuzzi. Baring atas net, belakang kapal sambil kapal tu bergerak. Awesome gila guys! Dah habis berendam tu, kami layan lunch yang disediakan oleh chef pulak. Memang best!

Sea Splash Langkawi: 0175469697 (Daffi)



Lepas habis cruising, kami terus rempit ke Jeti untuk pulangkan skuter yang kami sewa tu. Lepastu kami bergegas ke Dataran Lang untuk bergambar. Wajib katanya. Total cost kami habis untuk bulan madu di Pulau Langkawi ni ialah RM1277 untuk dua orang. Tapi sangat berbaloi lah kan sebab aktiviti lain dari yang lain? 🤭

You Might Also Like

4 comments

  1. Hi. Mcm mana nk book naik heli tu ye?

    ReplyDelete
  2. Hi. Mcm mana nk book naik heli tu ye?

    ReplyDelete
  3. hi , kat mana nak cari pakej heli tour for 2 pax tu ?

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook