carca marba hidup.

11:00 pm



hidup aku carca marba sejak akhir-akhir ini. ye, sudah tiada masa untuk melihat blog sendiri yang sudah bersawang sana sini. tapi tak mengapa, kadang kala Nuffnang baik hati dermawan juga bagi aku buffered. alhamdulillah dah banyak earning. cukup RM100 baru aku cash out pertama kalinya ok? sebut pasal cash out, ChurpChurp juga sudah berjaya aku cash out. nak masuk cash out kali kedua pun dalam masa terdekat. sebab tu aku sayang Twitter aku. siapa kata duduk online 24 jam takde hasil?

perihal chatbox. harap maaf. hampir seminggu aku takde masa nak blogwalking ke blog kalian. insyaallah aku balas kunjungan nanti. kalau aku rajin lah. chatbox aku pun dah terlalu banyak lalat menghinggap. makhluk-makhluk halus semakin suka berkunjung ke blog saban hari. terima kasih lah semua makhluk halus. aku pun semakin busy. rasa macam buang masa layan kunjungan UFO kalian semua.



ya, busy menghadap website PTPTN yang menghadapai masalah teknikal sampai aku dan rakan-rakan hampi masuk ke Hospital Bahagia gara-gara PTPTN. yang dalam Twitter dengan Facebook aku mesti dah selalu nampak aku meroyan sebab ini kan? lagi-lagi selepas kejadian menelefon HOTLINE PTPTN tapi pihak sana menjawab, "maaf. ini no telefon Hospital Pantai". apa perasaan korang? tiba-tiba rasa nak masuk wad kan?

sebenarnya macam banyak gila nak update sejak aku jobless ni. tapi iya lah, hidup semakin carca marba sehinggakan adrenalin aku memuncak laju. medula oblongata dah macam nama burger oblong je aku rasa sejak putus fius. sistem kardiovaskular pun dah kacau bilau. apa aku nak buat? aku rindu zaman kerja aku. terima kasih lah boss sebab bagi hadiah macam-macam, belanja makan semua. sorry, lambat update blog bagi boss glamer sikit. rindu boss.

kembali ke sekolah pada 17 July. dilema aku aku dah berakhir beberapa minggu lepas. ye, aku akan kembali ke sekolah dalam masa terdekat. sekolah baru aku, Universiti Teknologi Petronas trletak di Perak. fuhhh tak tahu lah boleh ke aku tahan duduk kat klon gurun sahara tu. panas gila vavi! kehidupan di kolej dan Universiti memang lain. aku tahu. doakan aku berjaya lah menghadapi hari-hari sukar di sana. mungkin blog akan semakin bersawang? mungkin, segalanya mungkin. aku memang bagi chance labah-labah buat kerja mereka. kang malas sangat, aku potong gaji!


sejak jobless ni, aku makin rajin baca buku. macam lah ilmiah sangat bunyinya. tapi takpe, aku nak jugak buat promosi percuma kat sini. buku SEMBANG KENCANG karya Fdaus Ahmad yang berharga RM20 ni memang berbaloi untuk korang beli. tak menyesal punya! bapak aku pun layan buku ni ok? adik aku siap buat tumpah sos sebab makan sandwich sambil baca sembang kencang. menyirap jugak darah aku tapi takpe lah. dah terjadi pun kan? dia kelepet kulit buku pun aku mampu senyum. heh? berbalik pada cerita pasal buku. buku sembang kencang ni memang terbaik. bak kata penulis, "korang memang koman kalau tak beli buku ni! best gila gua cakap lu!". korang siap boleh dapat autograph berupa tanda tangan dan cap jari anak penulis lagi. memang lawak gila. tapi sumpah, aku tak menyesal salurkan RM20 sejak duet mengalir macam air ni. macam mana nak beli? KLIK SINI. seminggu baru aku habis baca buku ni padahal takde lah setebal novel Harry Potter. cuma akibat kes berebut buku ni dengan adik dan bapak aku maka terlambat lah aku habiskan sesi membaca.



lagi satu buku, MEMOIR GONDOL karya Lucadeketiak. kecil molek buku ni aku beli dengan harga RM10 sahaja bulan April lepas. tak sempat nak review sebab aku terlupa. yang ni, satu hari je aku khatam baca. memang best jugak. geng si Fdaus jugak si Luca ni. aku beli buku ni, dapat poster dan penanda buku sekaligus. berbaloi-baloi bak kata Celcom. bak kata penulis, "siapa tak beli memang kodi!". macam mana nak beli? boleh lah pegi kat blog awek-awek Luca, KLIK SINI. korang nak beli 10 bijik pun takpe! dah 2 buku "siri kini semua orang boleh tulis buku sendiri" aku dah ada. bila siri no. 3 nak keluar bro?

aku rasa macam dah tulis karangan budak darjah 6 kat sini. aku ada beli handphone baru. rasa nak cerita tapi kang semua menyumpah pulak. baik aku stop. esok aku sambung lagi boleh? kalau aku rajin.

nota kaki wangi: buat twinnies, Khai, get well soon yunk! btw, lepas ni i tak panggil u gajah lagi. tapi penguin! sebab u jalan macam penguin lepas eksiden. hahaha~

nota kaki busuk: aku tahu kau jeles liza lepas tengok buku dua bijik kat atas ni. tapi kau tunggu pulak aku review zine-zine fragranfrantik pulak. sumpah kau jeles sampai meroyan


You Might Also Like

12 comments

  1. wakakakakakaak! bapak panjang.tp,sayangnyer semue cite dlm entry ni aku dah tau. aku kan sllu masuk kacau life kau.kahkahkah.

    sesungguhnyer aku JELES MELAMPAU ngan kau.semue buku ni kau ade. blanjer aku wei.wakakaka

    ReplyDelete
  2. gyahahahahahahh~

    org sakit gelak aje...
    org sihat plak main probook miss merlot..
    u masuk utp eh tgh july... so tak celebrate my besday la 23july ni? isk3...
    erm pasni jauh la u, ingat lepak KL terus...
    takpe, ada jerungku boleh jaga..
    gyahahahhahh~

    ReplyDelete
  3. sehari je lu habiskan buku gondol? pendek sgt ke karangan luca

    ReplyDelete
  4. luca; thanks visit.

    lizz; aku dah kata BELI!

    ann; BEST gilak

    syah; siot lu cakap pasal jerung. kahkahkah sensitip dowhh

    fndrocka; nipis je. so habis cept

    ReplyDelete
  5. rindu seri iskandar.
    err.belum beli lagi buku pidomat.

    ReplyDelete
  6. bestnyer die nk cash out churp2 2 x..uhuhu..yela..followers ramai kan..ekekekeke

    ReplyDelete
  7. nizam; belum beli?? pegi beli cepat!

    apiih; hahahah sikit je la..

    hentakberlipat; jum2..mcm lah dekat hahaha

    ReplyDelete
  8. thx u
    jgn lupe promote ya pasal gathering nanti
    ;)

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook