Hari Malaysia || Malaysia Day.

9:44 am

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun tetapi untuk apakah? semata-mata cuti umum atau apa? cuba tanya berapa orang yang tahu apa itu Hari Malaysia. terasa sadis aku tengok di Niteline TV3 tadi, tanay anak muda semua tidak tahu apa itu Hari Malaysia sehinggakan ada yang menjawab, Hari Malaysia itu tidak penting bagi dia kerana dia cuma anggap Hari Malaysia itu hari untuk bercuti tapi dia tidak dapat bercuti. sadis bukan?

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia. Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia telah melambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Bersatu padu lah rakyat Malaysia demi untuk keamanan negara. kita sudah lama hidup berbilang bangsa. Jadikan Hari Malaysia sebagai hari untuk anda menilai kebaikan dan keburukan sesuatu perkara dalam membentuk perpaduan di negara kita.








SELAMAT HARI MALAYSIA!

You Might Also Like

3 comments

  1. selamat hari malaysia gak. ngee :D

    ReplyDelete
  2. hahaha iklan belacan paling sempoi abad ni.. cayalah mamat boyot tu :p

    selamat hari raya..selamat hari malaysia..selamat hari hari hehe

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S