Malam Lailatul Qadar

7:08 am



sudah minggu ke berapa Ramadhan? sekejap ke rasa bulan Ramadhan ni bukan? sedar atau tidak, Ramadan tetap akan meninggalkan kita lagi.Pada malam akhir-akhir di bulan Ramadhan, terdapat satu malam yang disebut oleh Allah SWT dengan jelas sebutan namanya yang mulia dalam satu surah yang pendek, malam yang diturunkan padanya kitab suci al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia menuju jalan kebenaran dan keselamatan di dunia dan akhirat, iaitulah malam yang sangat dikenali dengan Lailatul Qadr - atau diterjemahkan sebagai malam takdir. Ianya adalah malam misteri yang dirindui kedatangannya.


Dalam al-Quran, Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!” (Quran, Al-Qadr 97: 1-5)


Dalam firman Allah ini jelas menunjukkan tentang kelebihan malam lailatul Qadar, iaitu lebih baik daripada seribu bulan. Berdasarkan ayat di atas dapat dilihat bahawa malam al-Qadar disebut juga dengan malam yang penuh keberkatan. Sebab pada malam itu Allah mencucuri pelbagai rahmat, keampunan dan keberkatan kepada orang yang beramal dengan khusyuk dan berdoa dengan penuh keikhlasan.Bagi yang tidak terlintas langsung di benak pemikirannya tentang hal ini, amatlah kasihan kerana tidak berpeluang untuk menikmatinya. Namun, agak sedih juga bagi yang menyedari akan hal ini tetapi mencarinya dengan hanya memerhatikan tanda-tanda terjadinya Lailatul Qadar.


Bilakah Waktu Sebenar Lailatul Qadar?

Ia berlaku setiap tahun, bukannya hanya pada ketika ia diwahyukan atau tahun ayat itu diturunkan sahaja. Pertamanya, Lailatu Qadar hanya akan berlaku dalam bulan Ramadhan. Kedua, kebanyakan ulama berpendapat bahawa Lailatul Qadar berlaku pada sepuluh malam terakhir Ramadan. Ini adalah pendapat yang paling rajih (absah). Ketiga, ia berlaku pada malam-malam ganjil iaitu malam 21, 23, 25, 27 dan 29
Ramadan.


Kenapa Lailatul Qadr Dipilih Ianya Berlaku Pada 10 Malam Terakhir?

Inilah kebijaksanaan Allah s.w.t.. Setelah 20 hari berpuasa, manusia sudah mempunyai kekuatan tahap kerohanian dan tingakat kesedaran yang tinggi serta momentum yang diperlukan untuk mempertingkatkan ”gear tertinggi” dalam amalannya. Malaikat turun pada malam tersebut sehingga terdorong orang mukmin melakukan ibadah dengan izin Allah s.w.t. dan merasai sejahtera dan selesa hingga pagi.


Tanda-tanda terjadinya Lailatul Qadar

Seperti diriwayatkan oleh Imam Muslim, Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi, bahwa Rasulullah SAW pernah bersabda: “Pada saat terjadinya Lailatul-Qadr itu, malam terasa jernih, terang, tenang, cuaca sejuk tidak terasa panas tidak juga dingin. Dan pada pagi harinya matahari terbit dengan jernih terang benderang tanpa tertutup sesuatu awan”.


Apakah Amalan Pada Malam Lailatul Qadar?

Amalan yang mesti dilakukan pada malamnya ialah memperbanyakkan ibadah, membaca Al-Quran, beriktikaf dan berdoa. Dalam sebuah hadis daripada Aisyah r.a. berkata:

``Ya Rasulullah bagaimana kalau saya bertemu Lailatul Qadar? Apa yang harus saya ucapkan pada malam itu?'' Baginda bersabda: Ucapkanlah: ``Ya Allah kami bermohon pada-Mu, Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, suka mengampuni (hambahamba-Mu), maka ampunilah (dosa-dosa) kami.'' (Riwayat Tirmizi, Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad).

Doa lain yang baginda baca ialah seperti berikut yang bermaksud: Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan kebajikan di akhirat, dan peliharalah kami dan siksa neraka (QS Al-Baqarah [2]: 201).


Kaifiyat atau rukun menunaikan solat sunat LailatulQadar:

Niat : ushalli sunnatan fi lailatil qodri arba’a roka’atin lillahi ta’ala.
Bilangan rakaat : 4 tanpa tahiyat awal.
Bacaan di setiap rakaat: Al Fatihah 1x dan At Takatsur 1x dan Al Ikhlas 3x


Kita mesti bersedia dengan sepenuh persediaan amalan ibadah untuk mendapatkan malam Al-Qadr. Rugilah mereka yang tidak mengejarnya untuk mendapat keberkatan, keampunan dan keredhaan Allah s.w.t.Semoga tahun ini kita mendapat rezeki untuk bertemu dengan Lailatul Qadr, iaitu satu malam yang penuh dengan misteri, supaya pahala amalan kita dilipat gandakan oleh Allah dan dikira sebagai amal-amal yang soleh, InsyaAllah.


You Might Also Like

4 comments

  1. saya komen saya komen
    hehe

    malam ni 25
    jumaat
    tinggi tu dia punya percentage nak malam qadar ni
    =)

    ReplyDelete
  2. asl smua ckp sy komen?. haha. lawl.sme la. ngee. btw pose pnuh ke beb?. haha!. oke2. mlm lailatul qadar mlm yg pling bgus. harap xterlepas. huhu

    ReplyDelete
  3. teringat lagi, di malam - malam bulan puasa ini, terkenangkan seseorang yang mempunyai nama lebih kurang ngan lailatul qadar ni..angau sekejap masa tu..haha..skang ni ntah mane ntah dia pegi

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook