Tradisi Kad Raya

9:17 am



first, aku nak tanya, bagi korang masih relevan ke orang pos kad raya zaman sekarang ni? zaman teknologi la katakan ye? bagi aku, tradisi meng-pos kad raya pada kawan-kawan patut terus dikekalkan. tolong lah weyh. aku paling tak suka zaman IT sekrang ni, semua nak tag-tag nama kita kat kad raya yang di-upload di Fesbuk tu je. apakah? korang ni memang takde sentimental value langsung.

memang, sekarang ni macam-macam kad raya digital dah wujud. ye lah, zaman moden. tapi bukan lah aku kuno sangat kan. cuma aku lagi suka pos kad raya. by the way, memang la nanti mesti ada yang cakap, "dah orang nak tag kat Fesbuk tu bersyukur je la. dari takda yang beri?" tapi korang ada pikir tak, 1 kad tu sampai 50 kawan di-tag apa rasa? best ke? then bila-bila boleh di-delete atau ter-delete ye tak?

kalau dapat kad raya yang di-pos, sekurang-kurangnya boleh jugak korang simpan dalam kotak then bila ada masa terluang, belek semua kad tu semula. mesti korang teringat kawan-kawan yang dah lama korang tak contact ye tak? then, dapat kad raya boleh jugak korang gantung-gantung masa hari raya ke apa. bukan nak tayang, tapi ada semangat hari raya la sikit. baru meriah! seronok je zaman dulu-dulu. sekarang?

aku teringat bila aku kata nak beli kad raya sebab nak balas kad-kad yang sampai kat rumha, kawan-kawan aku gelak sakan perli aku; "hey! ni zaman IT la. ko duduk zaman batu ke apa nak main pos guna setem? Fesbuk ada, Twitter ada, Email pun ada lah!" perggghhhh menyirap tak? aku saspek, mak bapak dia tak pernah ajar dia pos kad raya. sedih betul hidup kanak-kanak dia kan? sememangnya semua kad raya sekarang ni boleh diganti dengan kad digital tapi korang pernah tak rasa satu perasaan teruja setiap kali posmen hantar surat atau kad raya ke rumah korang and korang rasa sangat tak sabar nak bukak kad tu sebab nak tahu siapa pengirimnya?

kadang-kadang kan, aku kesian gak posmen sekarang ni dah macam takde kerja lak sebab dah kurang orang pos kad raya. ye, setem untuk hantar kad raya dah naik harga. ala, apa lah sangat 50sen tu korang nak berkira sangat kan? aku ingat lagi dari zaman 2002 aku aktif aktiviti pos-pos ni. pos surat, pos kad, pos hadiah. masa tu zaman kumpul penpal. alhamdulillah sampai sekarang masih ada yang aku contact. untuk sesiapa yang mengenali miesha azriena (nama pena aku dulu) dan baca blog ni, sila lah contact aku semula ye. ramai dah menyepi.

and....aku selongkar koleksi kad and surat aku kumpul dari tahun 2002 hingga 2010 tadi. alhamdulillah, aku tak pernah lupa korang. semua aku simpan lagi sebab aku hargai korang semua. tak percaya? tengok bawah ni. maceh!



rindu korang semua! teheeee~ ♥


p/s: tengok cerekarama Ar-Rayyan tadi? best kan? hensem tak Geofrey Perrin Williams? moga dibuka hatinya untuk memeluk Islam sebab comment-comment kat Fesbuk dia tadi dia kata not yet convert but on the way Insha'Allah. aminnn...

mutiara kata:
I've discovered Allah, faith and love - Rayyan Zickery
(Rayyan adalah pintu syurga buat mereka yang berpuasa)


You Might Also Like

12 comments

  1. setuju2...xsuke ar org duk tag2 kt fb tu ucap slmt hari raye cam x bermakne je...menyampah pulak mAK ! hahaha

    ReplyDelete
  2. btol2... kasi kad raya lagi bermakna... ;D
    nak kad raya! hehe...

    ReplyDelete
  3. nak kad raya.

    jum kita tukar2 kad raya.

    hehe

    ReplyDelete
  4. u... jom msk contest... actly saje je tag u.. xtaw nk tag sape da.. hahahah :P

    ReplyDelete
  5. wah kad raya ek. hehe. lme xdpt kad raya. hntr sekali2 kt tersyng feel jgk kn? :P
    haha. wei nk kad raya gk. xmau ekad. grr.

    ReplyDelete
  6. kad raya sgt bermakna..tp tulah, zaman skang kan IT kan..hehe.. :)

    ReplyDelete
  7. i pon dpt tag dlm fesbuk,ramai plak tu ,tapi nohal sbb semua kad raya digitalnya cantik2 belaka.......eheh


    banyak nye dpt kad raya,artis ni....ehehhee

    ReplyDelete
  8. alamak!!! u dah update rupanya pasal kad raya..seyes i ingat u x update lagi...hehe..i bwu pas update...tgk2, rupanya u dh update..adehhh..

    ReplyDelete
  9. aku pun sokong agr tradisi pos kad raya ni dtruskan..
    sentimental value tu...
    huhuh

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S