apa kata mereka? isu UTP vs UTUSAN.

4:24 pm





email yang pertama saya perolehi adalah berbunyi begini (dari anak Pengarah Perkhidmatan Pelajar):




Maaf menganggu. Just nk sampaikan pesanan ringkas jap kat semua. Nie msg from my dad; Mr MNR; Director Student Services.



Askm. Bapak dh suruh mpp gerakan cyber attack to Utusan. Minta stud lain pun serang jgk tapi JANGAN guna email UTP. Bapak amat marah akan article Noraini tu kerna banyak kandungan tak benar & memburukkan UTP secara keseluruhan. Walaupun UTP dah memohon maaf kpd Utusan bg pihak stud tersebut tp pada hari selasa dia masih mengeluarkan rencna biadap dia yg telah dikeluarkan pada hari Ahad lalu. Jelas membuktikan dia memang nak memburukan UTP. ini satu penghinaan yang tak ptut pada UTP. Imej UTP dh jatuh dan persepsi awam serta majikan kpd UTP x baik. Rencana tu mberi gmbaran seolah semua stud UTP penipu dan UTP uni yg melahirkan penipu wlhal sorg saja yg buat dan sememangnya UTP Tronoh dikenali sbgai Tronto dikalangan staf dan stud UTP. Minta smua stud buat statement bahawa rencana tsebut tidak benar dan berniat buruk. Juga baca Utusan hari ni. D muka depan cita staf Utusan mnyamar jadi pengemis tipu orang awam. Bukankan ini juga pembohongan dan x bermoral? Apa beza dgn kes stud UTP myamar uni tronto? Utusan juga penipu besar mainkan emosi org awam & ambik duit org plak. Tapi di ingatkn JGN guna email UTP. Guna email lain. Salam.




*abaikan Bapak tu. mls nk tkr. hehe. btw, ni 2 msg tp ak mix jd 1.
buatla ape yg ptut. mnagement utp mcm dh mrh gle kat utusan. huhu.

--


Nur Liyana Mohamed Noor Rosli
Business Information System
Universiti Teknologi PETRONAS




dan apabila email sudah hebat di foward kan di laman google group (yang memang kegemaran pelajar UTP) maka terlalu ramai pula yang bertanya, betul ke statement di atas? maka, ini pula email kedua (dari Pengarah Perkhidmatan Pelajar menjawab kemusyiklan pelajar tentang email pertama):



Assalammualaikum Sdr Saiful.



Semoga sdr sentiasa dirahmati Allah.



Memang benar mesej asal tu dari saya. Saya berpendapat kita keluarga UTP harus mengambil pendirian tegas dalam hal ini. Ini adalah kerana ia berkaitan imej dan maruah UTP serta masa depan saudara-saudari sekelian. Dayuslah kita kalau kita hanya berdiam diri setelah ada pihak menyatakan perkara tidak BENAR akan Universiti kita yg kita cintai.



Tetapi saya tidak bermaksud "cyber attack" atau serangan siber spt dlm mesej itu. Pilihan perkataan itu tidak tepat dan saya sendiri tak faham pengertian istilah tersebut. Yg saya maksudkan ialah kita semua (MPP, ISC, RM, RCSU, SRM, FiRC, semua badan pelajar serta persatuan dan kelab) mesti menyatakan pendirian kita bahawa kandungan rencana Utusan pada Ahad lepas oleh Cik/Puan Noraini Abd Razak tersebut adalah TIDAK BENAR dan tidak patut diterbitkan setelah pihak UTP telah memohon maaf bagi pihak pelajar yg dipersalahkan oleh Utusan. Nak apa lagi kalau maaf dah dipinta dan diberi.



Sebagai institusi yang bertanggungjawab kita tidak mahu bermusuh dgn sesiapa pun. Kita nak adakan hubungan baik dengan semua pihak termasuk Utusan dan lain-lain akhbar dan media. Tidak ada faedahnya bermusuh dengan sesiapa pun. kita sentiasa diajar berbuat baik dengan semua insan. Kita juga mesti tegas dalam menegakkan kebenaran dan tidak boleh membiar kita diperbodohkan.



Sesungguhnya rencana Utusan itu telah membentuk persepsi negatif masyarakat, industri serta majikan terhadap UTP. Setelah 12 tahun kita berusaha membina imej baik UTP di bumi Malaysia dan dunia dengan mudahnya ia dihancurkan oleh pihak yang gagal mengawal emosi marahnya dan rasa dendamnya hanya kerana perbuatan kurang matang seorang pelajar yang nakal tetapi tidak berniat jahat kpd sesiapa.



Oleh kerana rencana itu telah memburukkan UTP, semua keluarga UTP mesti buat pendirian bahawa:


1. Rencana Utusan tersebut adalah tidak benar dan memberi persepsi negatif terhadap UTP.


2.UTP adalah sebuah institusi pengajian tinggi yang berprestij, dinamik dan sentiasa melahirkan graduan yang serba boleh, berilmu, beriman, bermoral serta berguna kpd masyarakat dan negara.


3. Staf serta pelajar UTP adalah golongan manusia yang berwibawa, bermoral, bertanggungjawab, berpandangan jauh serta patuh kepada Peraturan Universiti dan Perlembagaan Negara.


4. Kita semua sayang dan cinta Universiti Teknologi PETRONAS, Syarikat PETRONAS, penaja-penaja kita, agama dan bangsa kita, kaum keluarga serta rakan-rakan dan negara kita Malaysia.



Kalau perlu karanglah dulu ayat yg hendak dihantar ke Noraini dan Utusan dan dll pihak. Tetapi jika penyataan rasmi seperti dari MPP, Alumni mesti dapat kelulusan UTP. Jika hantar secara individu ke mana-mana blog / website boleh saja teruskan.



Mesej ini adalah untuk semua pelajar dan alumni UTP dari semua bangsa, agama dan nasionaliti.



Marilah sama-sama tegakkan kebenaran untuk kebaikan UTP. Buktikan siswa UTP adalah siswa yang matang.



Sekian, terima kasih. Salam untuk semua.




Mohamed Noor Rosli Bin Baharom
Pengarah Perkhidmatan Pelajar
Universiti Teknologi PETRONAS




dan kemudiannya, datang pula email ketiga dari seorang pelajar bernama Hanif. siapa yang tak kenal dia ni angkat tangan! (memang korang tk kenal kalau korang bukan pelajar UTP kot? hehehe):




Assalamualaikum wbt. / Salam Sejahtera,



Merujuk kepada email dibawah. Warga UTP sedia maklum bahawa kita dikejutkan dengan rencana dari UTUSAN (10 Oktober 2010) mengenai Kreativiti Menipu, Tronoh jadi Toronto.



Saya yakin dan percaya warga UTP sekalian tentu sekali tidak berpuas hati dengan keadaan yang berlaku. Kita semua maklum di ucapan rasmi, perbualan seharian, dalam majlis dan lain-lain perkataan Toronto acapkali digunakan oleh kita di dalam UTP. Hanya kita yang tahu bahawa perkataan Toronto itu telah sebati dengan diri kita di Tronoh ini.



Lantaran dari itu, seorang sahabat kita telah menghantar gambar kelasnya ke Utusan di dalam slot Salam Perantauan dan tidak sangka akan terpilih dalam slot tersebut. Sahabat kita itu menyesal dan menghubungi pihak Pengurusan. Lalu pihak Pengurusan telah meminta maaf kepada pihak UTUSAN. Tidak cukup dengan itu, Rencana berbaur marah, emosi telah dikeluarkan. Dek kerana marah, rencana tersebut disiarkan dan telah melahirkan persepsi kepada masyarakat satu Malaysia bahawa UTP melahirkan graduan-graduan penipu.



Apa yang perlu difahami di sini ialah



1. Perlukah disebabkan oleh seorang pelajar UTP, penipuan itu telah diGeneralizekan kepada semua pelajar UTP. Perkara ini semestinya memberi impak kepada masyarakat, industri dan sebagainya dalam penerimaan mereka kepada warga UTP.



2. UTUSAN perlu tahu kelemahan editor yang tidak membuat semakan sebelum mengeluarkan gambar-gambar yang tidak tahu dari mana puncanya. Kredibiliti sebagai salah sebuah akhbar utama Malaysia patut di persoalkan.



3. Kesalahan telah diakui oleh pelajar dan juga pihak pengurusan, maka perlukah untuk kita perbesarkan isu tersebut?



Jadi saya menyeru warga UTP termasuk pihak UTP untuk kita bersatu dalam menyatakan pendirian kita kepada UTUSAN.



BELIA BENCI UTUSAN



Muhammad Haniff Bin Humam
Pelajar Tahun Akhir
UTP


Email balasan MNR pula:

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera.

Saudara Hanif,

Saya merujuk email saya sebelum ini berkaitan isu rencana Utusan baru ini.

Saya mendapat maklumat bahawa mesej kita dalam hal ini telah tersebar meluas dan telah dapat memberi kesedaran kepada ramai pihak terutama pelajar UTP dan mereka yang cintakan kebenaran. Dalam hal ini saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang bersama kita dalam menghadapi isu ini. Sesungguhnya saya amat bangga dengan semangat kekitaan ('esprit d' corps') yang ditunjukkan oleh pelajar UTP serta lain-lain pihak yang faham permasalahan yang kita hadapi.

Memandangkan suara UTP untuk menegakkan kebenaran sudah didengar maka saya memohon agar isu ini tidak dipanjangkan lagi. Pihak saya bersama MPP dan Alumni akan bersama mengambil langkah konstruktif untuk membetulkan keadaan ini. Insya Allah, kita berdoa semoga Allah sentiasa memberi kita taufik dan hidayah serta kekuatan dalam menghadapi ujian ini. 

Oleh yang demikian, pada pagi Jumaat yang mulia ini, marilah kita sama-sama memohon maaf antara kita serta memaafkan mana-mana pihak telah melakukan kesilapan kepada kita. Ini adalah langkah yang terbaik untuk kita terus maju kehadapan. Saya minta agar dihentikan segala usaha dalam memanjangkan isu ini. 

Marilah kita sama-sama berusaha membina Universiti yang kita cintai untuk mencapai wawasan kita menjadi Universiti kejuruteraan dan teknologi yang terunggul di Malaysia dan dunia. Marilah kita sama-sama berusaha untuk melahirkan siswa-siwsi yang serba boleh, berketrampilan, berilmu, beriman serta matang yang dapat kita banggakan.

Minggu ini kita menyambut konvo kita yang kesepeluh. Ini satu kejayaan yang patut kita banggakan dan raikan bersama. Kita berdoa agar tradisi kecemerlangan UTP dapat diteruskan. Insya Allah.

Kepada semua pelajar UTP, Alumni UTP dan mereka yang telah sama-sama memberi kerjasama dan sokongan dalam hal ini saya ucapkan ribuan terima kasih.

Terima kasih dan salam untuk semua.

(mohon disebarkan mesej ini kpd semua UTP)

Mohamed Noor Rosli Bin Baharom
Pengarah Perkhidmatan Pelajar UTP



MAKA, APA PENDAPAT KORANG? AKU NO KOMEN PASAL ISU NI.

AKU HANYA SHARE KAT SINI SEBAB RAMAI BLOGGER LAIN DAH POST ENTRY YANG SAMA. SEBAB TU AKU PON POST JUGAK WALAUPUN DAH BERJAM-JAM DALAM EMAIL AKU. MALAS NAK AMEK PORT SEBAB AKU RASA, MASING-MASING SAMA JE MANUSIA KAN? MASING-MASING BUAT KESALAHAN. ITU MEMANG TIDAK DAPAT DIELAKKAN. BOSAN SEBENARNYA ISU INI SEMAKIN BESAR.


OH YE, UTUSAN JUGA SUDAH REPLY TENTANG ISU BARU INI. SILA KE MEDIASIBER.COM UNTUK MELIHAT BALASAN DARI PENGARANG KANAN UTUSAN TENTANG ISU INI.


SEKIAN, TERIMA KASIH.


TEHEEEE~

You Might Also Like

11 comments

  1. Damn, lagi sarcastic.. gyahahhhahhaa

    ReplyDelete
  2. Yeah..Belia Bendi Utusan!!!

    I Support U!!!

    ReplyDelete
  3. well done.

    let us stand firm for utp sake.

    ReplyDelete
  4. nice one :D

    p/s: siapakah haniff humam? nama mcm familiar... hmmm..

    ReplyDelete
  5. ak mmg da lama boikot Utusan. AKU BELIA BENCI UTUSAN MALAYSIA.i'm with u haniff~ yeah~ XD

    ReplyDelete
  6. Eyra,delete statement email from MNR bahaya tu. nanti orang salah faham. ok bye.

    ReplyDelete
  7. aku publish sini sebab dah banyak blogger lain publish. so aku pun share mende yg sama. UTUSAN pun dah reply pasal MNR ni. sila baca di: http://mediasiber.com/

    ReplyDelete
  8. spe yg post pic tu kat utusan mmg xptot wat cmtu (kalo btol yg sume dlm pic tu xbersepakat). n utusan pon xptot besar2kan mende cmni.

    *sigh~

    ReplyDelete
  9. Saya pernah jadi panel interviewer untuk graduan UTP berapa tahun lalu. Apa yang saya boleh katakan graduan UTP berkebolehan tapi semasa yang company saya tak lama kerana kebanyakkan diorang ada schoolarship Petronas. Bila Petronas panggil diorang pun tinggal kami kerana contract. Graduan IT UTP pun bagus cuma diorang tak kekal dengan kami.

    ReplyDelete
  10. walaupun aku benci utusan... dlm kes nini.. pelajar utp dan PENTADBIRAN bersama BAPAK tu adalah bodoh... ko nak sistem cakap camana.ruangan salam perangai tu tmpt bersantai warga malaysia yg x dpt beraya... yg ko jeles sngt tu apsal.. sapa suruh x apply ke luar negara.. pastu jeles plak.. nampak bodoh sngt

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S