kehidupan aku bukan lagi seperti dulu

4:16 am




ini adalah entri peribadi yang menjurus kepada luahan perasaan bosan dalam hidup. eh bukan kehidupan seharian sepenuhnya tetapi kehidupan sebagai seorang blogger, facebooker dan twitterer. sumpah, aku tersangat bosan dengan semua orang sehinggakan pada sesetengah blogger, aku mengadu aku mahu slow down kan penglibatan aku dalam dunia maya. perasan tak, zaman internet sekarang dah tak macam dulu? semua yang ada dalam dunia social network bukan lagi suasananya seperti dulu. penuh dengan bermacam ragam manusia yang sampai satu tahap kita dah penat bersabar.


aku tidak terus membabi buta tujukan entri ini kepada sesiapa. tapi, kepada yang tahu tentang keadaan ini contohnya: liza dan kak anne yang sangat-sangat memahami selama ni. penat bukan? kes sana sini macam-macam hal. terus buat kita kurang aktif tweet. eh ye ke? eh sama lah. hehehe.

banyak mahu ditaip di sini tapi rasanya, liza pun dah update kat blog dia sedikit sebanyak fakta yang sama. salah satunya, tentang twitter. sana sini aku lihat banyak twitterer yang mengutuk sesama sendiri dan kemudiannya bergaduh. jujur, aku juga begitu. khilaf besar itu datangnya dari aku juga. tapi, sekarang aku pun dah slow down. hanya tweet bila perlu. reply bila perlu. kalau aku rasa tweet itu menuju ke arah pergaduhan, aku tidak reply. dan aku dah serik. cukup serik dengan salah seorang twitterer yang penuh tanda tanya sorang tu menabur fitnah tentang aku sebelum ini sejak bulan Jun lepas. apa salah aku? tiba-tiba sahaja dia menabur fitnah dengan rancaknya tanpa berhadapan dengan aku dulu. dan ternyata aku rasa, dia ada masalah psikologi dan kekeliruan identiti kerana ramai twitterer juga sudah semakin musykil dengan dia.

konsep aku senang, kalau korang rasa korang mampu lihat timeline korang penuh dengan tweet aku, korang teruskan follow. kalau tidak, sila lah unfollow dan block. aku lebih suka mereka yang jujur buat pengakuan kepada aku sendiri. dan aku rasa, twitter ini hak masing-masing. tidak perlu mengikut kata orang lain semata-mata untuk menjaga hati mereka seorang kan? kadang-kadang sampaikan ada yang tak puas hati hanya sebab bermain dengan hashtag dan retweet tweet orang lain. oh! manusia, mengapa harus menjadi terlalu rumit?

tentang dunia blogger pula. sekarang ni sana sini kecoh tentang hal konspirasi blogger menipu identiti sebenarnya. maaf, sebagai contoh yang terbaru ni kes Fida Aishah, who is GF to one of my BFF, Ariff Shah. aku tak tahu nak komen ape tentang kes ni. aku keliru mahu berkata-kata tentang apa kerana aku mengenali Ariff Shah juga baru kurang setahun dan aku tidak pernah mengenali siapa itu Fida Aishah. hanya mengetahui tentang kewujudan dia dalam dunia blog daripada Ariff Shah baru-baru ini. setahu aku, dia memang tidak guna gambar sebenar dia dalam blog. maaf sekali lagi kalau aku salah. tapi aku rasa, itu hak dia untuk merahsiakan identiti dia. ramai je blogger lain yang merahsiakan identiti bukan? tapi, jika betul manusia bernama Fida Aishah itu menipu kalian, biarlah. itu kisah dia bersama sang pencipta. teringat kes menipu identiti setahun yang lalu. ye, dalam dunia blog dan twitter. kisah perjalanan hidup yang sama dan akhirnya dia mengaku dia hanya menipu semua. tidak mengapa, kita lupakan sahaja kisah itu.


itu baru satu kisah. belum lagi aku cerita kan kisah gaduh di antar pemilik blog yang ada. macam liza, aku baru sahaja 3 tahun dalam dunia blog ni. aku lihat terlalu ramai yang masih tidak berpuas hati antara satu sama lain. dan aku lihat ada saja puak-puak tertenu dalam dunia blog. kita sepatutnya sama-sama bantu membantu. tidak kisahlah pengguna platform blogspot atau wordpress. ada domain hosting atau tidak. tiada apa yang membezakan pun antara kita sesama blogger. cukuplah perasaan riak bangga dalam diri. mungkin, kali ini korang maju kehadapan tapi hari esok masih tidak tahu apa nasib kita bukan? fikir. tidak semua orang akan bernasib baik selamanya. tolong lah hormat perasaan orang lain. blogging dengan aman bukan dalam pergaduhan.


seterusnya dunia facebook. kisah yang berlaku pagi tadi. MasyaAllah, sesungguhnya aku tidak faham. hanya kerana mengambil gambar di hari graduasi juga boleh menimbulkan perasaan cemburu buta di hati pihak tertentu? gambar itu biasa-biasa sahaja tetapi kesannya terlalu besar. kepada pihak yang berkenanan, ketahuilah si dia masih belum tentu milik kamu di masa hadapan. tidak perlu untuk kamu menguasai minda si dia dengan perangai jelik kamu. bagi aku, tiada salahnya rakan sekelas mahu upload gambar di hari graduasi sekalipun gambar itu adalah gambar bersama teman kamu. ye, sedih aku lihat di album kamu hanya ada 4 keping gambar bersama famili di hari graduasi. maaf, bukan mahu riak disini tetapi itu adalah rasa persahabatan semata dalam diri kami. oh ye, bukan aku seorang yang kena. masih ada pihak lain juga terkena dengan perihal ini. buat yang terlibat, fikirlah sebelum berkata-kata. jangan terlalu ego dan meninggi diri. dan, aku juga tidak akan meminta maaf jika aku rasa perbuatan aku itu tiada salahnya. 


tentang status di facebook juga. kadang kala aku lihat terlalu ramai yang perli antara satu sama lain. baiklah, sememangnya facebook itu hak kamu untuk update apa saja. tapi kalau tidak puas hati sila lah berterus terang saja dengan pihak-pihak yang anda tidak puas hati. dan sila berlaku jujur tanpa mengaibkan sesetengah pihak. mungkin korang rasa korang betul, tapi korang kena fikir apa pula perasaan pihak yang korang tegur atau berterus terang itu. sekali sekala kita kena juga menjaga hati walaupun hati kita tidak terjaga bukan?

aku tidak sempurna. tiada satu pun ciptaan Tuhan itu terlalu sempurna. maaf andai mengguris hati sesetengah pihak. aku hanya meluahkan sesuatu yang aku perolehi dari pandangan mata aku. aku berharap sangat mesej yang cuba disampaikan ini difahami oleh semua. terlalu banyak yang mahu aku ceritakan. tapi, aku terlalu penat mahu terus menaip. maaf jika entri ini bosan untuk dibaca tetapi aku hanya meluahkan apa yang aku rasa. terlalu banyak, tetapi aku lebih suka menjadi pemerhati dari berkata-kata atau mencoretkan segalanya disini. wassalam.

aku yang keliru,
neyra


baca lain: entry liza

You Might Also Like

19 comments

  1. Setuju dengan twitter..kalau follower tu rasa tak boleh ikut timeline kita (asyik update memanjang sampai penuh notification), better diorang un-follow je. Bukan paksa diorang follow pun..

    ReplyDelete
  2. setuju dengan twitter.kalau follower tu rasa tak boleh ikut timeline kita (asyik update memanjang sampai penuh notification), better diorang un-follow je. bukan paksa diorang follow pun..

    ReplyDelete
  3. jangan kata entri ini bosan tetapi menjadi kenangan dan iktibar di masa hadapan...

    sedangkan saya promosi produk halal pun kena maki hamun.. apatah lagi blogger2 lain yg duk gaduh sana sini..

    ReplyDelete
  4. aku cume nak setuju dengan ape yg ko tylis cuz rasenye kau pun tahu ape aku nk komen kot.hahahaha!

    ReplyDelete
  5. nak komen lagi!!!hahaha. maceh sebab mengglamerkan name aku dalam entry kau.muahahaha!!!! pade aku, keep it simple. jaga perasaan orang lain. hormat org lain.if kite perli orang, cube bayangkan kite pulak kene perli. tak suke kan?? -___-

    ReplyDelete
  6. touching ouh baca entri ni. T_T mmg susah nak puaskan hati semua org,tmbh2 yg xkenal n ada sikap suka judge org.haih.

    ReplyDelete
  7. Komen yg jelas lagi terperinci. :)

    Like me, im jus a 3 month old kt dunia maya mcm ni, so belum ade musuh la kot IA,kawan ramai la hehe.

    but as u said, manusia jadi virtual, jadi hipokrit, tibe2x jadi cinderella whatsoever, lame2x kite penat, sb kite nk kenal org as themselves kan

    anyway, slm perkenalan! ^^

    yg ikhlas drpd sydney,
    izulman ;)

    ReplyDelete
  8. Pengalaman kau di dunia maya..kalau bikin filem atau drama bersiri pun okeh.mcm2 ragam.mesti byk garam kau dah telan.

    ReplyDelete
  9. nice sayang .
    realiti hidup sebenar kan ?

    ReplyDelete
  10. joe; pasal exclassmate ku ta puas aty ku upload gambar convo. awek die jeles haha

    ReplyDelete
  11. akhir nya eyra x letak lagu dah kekekeke dan x berat sayang eyra x0x0

    ReplyDelete
  12. makhluk bergelasr manusia dikurnia hati & perasaan.. x mustahil ader yag x puas ati, ader yg mrh..then jadikan twitter,fb, blog n yg lain sebagai perantara untuk meluahkan rs...pa yg kita mmpu cuma bersabar..redha..dan diam..penat org tu berckp..senyap la dier nnt..kite x perlu nk buat pape...doakan saje sahabat kita tu mendapat hidayah dari Allah..tu kan lebih baik..

    note:maz sekadar berkongsi bukan untuk tunjuk pndi or tnjuk alim, tak same sekali.. maz pun manusia..x sempurna..same mcm org lain.. (^_^)

    ReplyDelete
  13. life is great! look at the bright side. takde komen utk kes2 yg kau ckp tu. aku hanya menjadi silent reader di sana

    ReplyDelete
  14. biasa la manusia dalam dunia ni mana ada boleh tengok kita senang..TAPI bukan semua macam tu kan :)

    ReplyDelete
  15. salam singgah.
    1st time singgah sini~
    nk komen bole?

    *ape2 pun..sederhana tu indah~=)

    ReplyDelete
  16. Saya suka baca entry ini. Sabar je la...gitu la karenah manusia, macam-macam ada...

    ReplyDelete
  17. eyra! touching. sobsobsobsobsob.

    and I want you to know one thing, yan tak pernah bosan dgn timeline eyra kat twitter :)

    persetankan dorg tu. what goes around comes around :)

    chill kayh? :D

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook