Cuti MidSem + Hikayat Merong Mahawangsa

5:43 am





gambar mukadimah. 


hai korunkkkkkk! *geliewwww lewww aku taip macam ni* ok, aku baru je balik dari cuti midsem. phewww~ penat wa cakap lu. konon je. but memang agak letih. walaupun cuti hanya 4 hari. hari khamis tu aku sampai tengah hari. makan tart KFC kat KL sentral kejap dengan liyana, then terus bergerak ke times square. apa lagi? shopping benda merepek dengan bekas housemate tersayang, cik salmi nazlina.






hajat hati nak window shopping last-last tershopping sakan pulak =.= bukan aku la, tapi lina. habis semua benda dia nak beli. kurang hajar betul la times square tu. hahaha. standard lah perempuan masuk times square rambang mata beli baju kat kedai-kedai cina tu. bagi yang bersaiz lina lah, bukan saiz aku. haha! then kami makan tutti frutti. pergh rm13. boleh lah tahan sedap. *sedapkan hati sendiri* bestkan kite lepas rindu berdua, cik lina?

balik dari times square petang tu, terus mandi siap-siap nak keluar malam pulak. pfftttt... setiap kali pergi KL memang busy tahap gaban macam ni. untuk apa? ouh ada private event bersama blogger-blogger kacak jelita. private gathering BFF. kekekeke~ ini kan aktiviti wajib. kalau tak jumpa semua, mesti ada jugak jumpa sikit-sikit. gathering untuk apa? tengok movie! hikayat merong titiwangsa. eh bukan. mahawangsamaju. eh silap! hikayat merong mahawangsa.







Hikayat Merong Mahawangsa dari KRU Production not bad sebenarnya. graphic seronok...cantik sangat. cuma, storyline tu ditambah dengan skrip lucah agak seronok buat kami gelak. ala, kang buat cerita sejarah sangat korang bosan pulak kan? kekekeke.... dalam panggung aku duduk sebelah owner amanz.my ... pergh ada je bahan dia nak buat kami gelak. sabar je la. tapi happy sangat! *muka aku buruk gila dalam semua gambar sebab penat*

"sampai masa tibanya waktu..."

"empangan kalau dah dibuka, masakan tahan airnya..."

"selamat malam sayang, belum tidur?..."

"jikalau esok mahu meratah, apa salahnya melihat di bawah saji..."


maceh khai, eifa, amanz, julia, eny, zelo, paeh, namie, blowie, qiela, een, syah and zul sebab datang menggempakkan GSC Midvalley khamis malam tu. masa lepas tengok wayang sempat jumpa geng-geng morningrocket and Hang Dimas from Hujanband. okayh, mmg tahu pun diorang tengok cerita yg sama sebab ada kat twitter. terharu jumpa elmielmo yang comel. lupa mintak sign kat kaki. hakhakhak jangan marah elmi. si capik ikhwan tu buat-buat tak kenal memang bikin sentap. hang dimas tak sempat tegur sebab aku segan katakan. untuk beberapa orang yang tegur dari jauh je sebut nama Syahirah Sabri tapi aku tak berapa kenal, sorry ok? sayang korang. err....sorry jugak semua yang di dalam gambar atas ni, aku tak sempat nak lepak dengan korang sebab ada hal esoknya :)






ini lah hal penting datang ke KL. pegi amek macaroons yang da tempah siap dari Piqa Bakery kat Klang. semangat! beli sebab ada offer deal dari Milk A Deal haritu. mabeles gila rasa macarons ni. aku beli 24 bijik. 2 box macarons memang terbaik ah! sempat jugak kak nomie tunjuk-tunjuk camne nak buat macarons. teruja ok tengok macarons banyak-banyak kat rumah dia. anak dia kata dah bosan sah makan kek dengan macarons hari-hari. so comel anak akak nomie!






pergi Klang tu dengan Ayu and Angah. balik dari Klang, terus menuju ke Damansara. petang tu sampai Ikea, kami makan hotdog dan karipap. lepas tu pergi Ikano, The Curve dan e@curve hajat hati nak tengok wayang, terus text kak farah and dia datang jumpa kami. maka, kami pun tengok lah movie I am number four. best gila. kacak sungguh number 4 tu kan? nak jadi number 6 boleh? *perasan* . lepas tengok wayang, terus turun beli barang sikit-sikit pastu pegi pulak McDonalds. jumpa Khai Low kat sana, sambil joget-joget. ok, ini menipu. ada Mel B datang kat Fitness First tu. Khai teringin nak jumpa Mel B tapi kami siap heret dia pegi Ikea da masa tu sebab lapar. nak makan meatball sesangat dah. kat Ikea, lepak makan macam-macam *rasa semua menu kami nak try* sementara tunggu kak azie dengan kak lily. okayh semua nama-nama ni aku kenal dari twitter okayh? lepak, makan, amek-amek gambar lepas tu balik. dah malam kan? :)) *dah start malas menaip*

dah lah membebel. aku penat. assignment tak buat langsung ni. sebelum nak blah dari teratak usang aku ni, aku nak mintak tolong. boleh tak korang vote aku kat sini: Kotex Fresh


  1. click link:  Kotex Fresh
  2. click button : "Vote Now"
  3. search by name: Syahirah Sabri
  4. click gambar
  5. click button: "vote now"

please lah vote. cuti 4 hari aku tak sempat dah nak promote. tolong eh??? *buat muka seposen* okayh, sayang semua! ♥





contestDH2

You Might Also Like

3 comments

  1. wahh wahh! cuti sakaaannn naa..hahaha

    ReplyDelete
  2. bila la nk jumpe bro ek.. asik lalu je kan

    ReplyDelete
  3. aku baru je tgk HMM tadi.. er, mcm ok-ok je la.. hahahaha... xD

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook