Fenomena Supermoon
4:03 amsudah lama tak menaip entry perhal astronomi macam ni bukan? kekangan masa, masalah hidup dan semakin banyak tidur dari menulis buat aku kurang menaip cerita-cerita serius macam ni. apa itu fenomena Supermoon?
Istilah Supermoon, Syzygy, dan Adi bulan
Supermoon hadalah istilah umum yang digunakan untuk menggambarkan keadaan di mana bulan berada pada kedudukan paling dekat dengan bumi (perigee). Istilah ini tidak diterima secara meluas, terutama dalam komuniti saintifik. Supermoon, syzygy , adi bulan merupakan istilah-istilah yang digunapakai untuk merujuk kepada fenomena berkenaan. Syzygy pula adalah istilah yang paling kerap digunakan oleh ahli astronomi bagi menggambarkan kedudukan objek dalam sistem suria, terutamanya yang melibatkan penyelarasan atau penjajaran tiga atau lebih objek dalam sistem suria atau dengan kata lain objek berada dalam satu garis lurus. Istilah adi bulan jugak turut digunakan bagi menggambarkan penomena tersebut.
Adakah Supermoon ini fenomena biasa?
Fenomena ini adalah fenomena alam yang jarang berlaku, tetapi tidak juga boleh dianggap luar biasa kerana keadaan itu boleh diramal berdasarkan pergerakan bulan dan bumi. Fenomena ini juga pernah berlaku beberapa kali, iaitu pada tahun 1955, 1974, 1992 dan 2005. Pada tahun ini, ahli astronomi meramalkan ia akan berlaku sekali lagi, iaitu pada hari ini, 19 Mac 2011. (waktu tempatan Malaysia dijangka pada pukul 2:10 pagi, 20 Mac 2011)
Bulan berada lebih dekat
Buat pengetahun semua, pada 19 Mac 2011 iaitu hari ini, dijangka bulan berada lebih dekat dari jarak biasa orbit. Iaitu pada jarak 356 577 Kilometer berbanding jarak purata adalah 384 403 kilometer. Oleh kerana jarak yang lebih dekat dan juga masa itu juga bulan adalah bulan penuh, ia dipanggil sebagai "Supermoon". Selalu nya aku tahu fenomena-fenomena macam ni dari ayah aku. sebab kat office dia banyak lah boleh lihat benda-benda macam ni guna macam-macam teleskop pelik tu. tapi yang pasti, masa fenomena Supermoon berlaku, bulan yang korang bakal lihat nanti adalah lebih dekat dan besar dari biasa.
Kaitan dengan bencana alam
Ada sumber mengatakan kedudukan bulan yang dekat menghasilkan tarikan graviti yang tinggi. Seperti mana kita tahu, tarikan graviti bulan mempengaruhi pasang surut air laut di bumi. Adakah akan terjadi kejadian tsunami lagi pada hari ini? Wallahualam. Tetapi, beberapa bencana alam seperti hujan ribut, gempa bumi diramal akan berlaku pada masa tersebut.
Penafian Ahli Astronomi
Ahli astronomi menafikan bahawa fenomena Supermoon ini tidak akan mempengaruhi mana-mana bencana alam. Maka, orang ramai tidak perlu risau akan kejadian ini. Dalam kata lain fenomena ini hanyalah bulan penuh yang biasa kita lalui setiap bulan. Pakar- pakar geologi dari USGS juga menyokong fakta sedemikian. Mengikut kata Prof Dr Chong Hon Yew, pakar astronomi dari USM tiada bukti saintifik yang memungkinkan kita semua perlu panik.
Bersediakah kamu?
Di saat begini elok sangatlah kita merenung firman Allah swt di dalam al Quran, surah az Zumar : 38..
Maksudnya :
Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang mencipta langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Katakanlah (kepada mereka): "Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu? Jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayaNya itu; atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatNya itu?" Katakanlah lagi: "Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri".
Ayat di atas memperlihatkan konsep tawakkal kepada Allah dalam semua keadaan. Kebaikan dan kejahatan adalah dari Allah. Dia yang menyebabkan segala-galanya. Dia yang berkuasa atas segala sesuatu, Subhanallah.
maklumat tambahan: Supermoon pada tahun 2014 adalah lebih dekat iaitu pada jarak 356 511 Km...
update: gambar-gambar bulan di New Zealand (from Masturah Idrus) dan di Skudai, JB (from Nur Hidayah Isa), di Natsepa Beach, Ambon (from Twitter) dan di Lincoln Memorial, Washington (from NASA):
update: gambar-gambar bulan di New Zealand (from Masturah Idrus) dan di Skudai, JB (from Nur Hidayah Isa), di Natsepa Beach, Ambon (from Twitter) dan di Lincoln Memorial, Washington (from NASA):
8 comments
erm... kawan pun ada cakap pasal nie... tgk la mlm nnt kalau2 boleh nmpak dgn mata kasar :-)
ReplyDeletefuh, ingatkan dengan kuasa bulan akan menghukummu:P
ReplyDeleteSupermoon berlaki? Playboy jgk bulan tu yek?
ReplyDeletenice info :)
ReplyDeleteklu bulan lagi dekat maknanya lebih dahsyat bencana akan melanda....
ReplyDeleteTutorial Photoshop - Movie Poster 1
kiamat semakin hampir dengan kita..
ReplyDeletebersediakah semua?
muhasabah diri sebentar...wallahua'lam
malas nak keluar bilik. ada ke tak ni dekat utp? haha
ReplyDeleteSubhanAllah...nice info...tq sharing.. =)
ReplyDeletedrop your comment here!