UTP Disaster

9:20 am


hujan luar biasa dan sangat lebat di UTP petang tadi. aku rasa, start hujan pukul 5 petang, masa tu aku dalam kelas PCS. 6.30 petang hujan dah reda sikit, aku tanggal kasut dan berlari berkaki ayam dari block 21 ke village 4. bukan sebab sayang kasut baru, tapi sebab jalan semua bertakung dengan air, dan aku takut jatuh tergelincir ibarat cempedak gemuk jatuh ke tanah maka aku sanggup berkaki ayam. macam shooting filem hindustan wooo~


then baca kat twitter, dengar cerita yang ada pokok tumbang di depan hostel V1D dan cafe V2. phewww~ dasat jugak lah disaster UTP yang melanda petang tadi. masa lepas balik kelas basic dance tadi aku sempat menjenguk-jenguk.aiyarkk~~ dengan akar sekali tercabut. besar wooo pokok tu! jum kita layan gambar..











Sebanyak 5 buah kereta rosak setelah dihempap pokok dalam kejadian ribut di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP). Hujan lebat bersama ribut selama dua jam bermula pukul 5 petang tadi juga telah menyebabkan banyak pokok tumbang.


Dalam kejadian itu, 3 buah kereta yang diparkir di hadapan kafe V2 telah dihempap pokok besar yang tumbang. Manakala 2 kereta lagi yang dihempap ialah di kediaman sisiwi V1D. Satu daripadanya rosak teruk. Namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.


di mana-mana sahaja bencana alam boleh terjadi tapi kira bersyukur bencana alam di negara kita tidak seteruk bencana alam yang sedang melanda Jepun sekarang ni. kita doakan sama-sama kesejahteraan mangsa-mangsa Gempa Bumi dan Tsunami di Jepun.





contestDH2

You Might Also Like

5 comments

  1. Ujian Allah dimana-mana sahaja dan bleh berlaku bila masa sahaja untuk peringatan kita

    ReplyDelete
  2. menakutkan kan bencana mcm ni.. kita nasib baik tak seteruk dekat jepun sana..

    ReplyDelete
  3. Tuhan Sedang menguji kesabaran kita.. Lebih banyak bersabar lebih baik..

    ReplyDelete
  4. teruk jugak eh. aritu bukak blog ni xleh tgk gambar. internet slow. harini baru nampak gambarnya. terkejut.


    http://zulaikhamohdnor.blogspot.com

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S