Pelajar UTP maut dalam kemalangan

1:00 am



Gua Musang (9 Mac) - Empat pelajar Universiti Teknologi PETRONAS terlibat dalam kemalangan maut yang berlaku di lebuh raya Simpang Pulai-Gua Musang tengah hari tadi. Seorang daripada mereka meninggal dunia, manakala yang lain cedera.


Mereka yang terlibat ialah Khairul Hakimi Bin Ismail, Hazwan Arif Bin Abd Ghani, Khairul Amin Bin Ahmad dan Mohd Khairul Azhar bin Aziz. Kesemua mereka ialah pelajar tahun akhir Kejuruteraan Kimia di UTP.

Mangsa yang meninggal ialah Mohd Khairul Hakimi Ismail (gambar) dari Kuala Terengganu. Hazwan Arif pula patah paha, manakala dua yang lain cedera ringan. Mereka dikejarkan ke Hospital Gua Musang, sejurus selepas kejadian.

Kesemua mereka dikatakan dalam perjalanan pulang dari kampus Seri Iskandar menuju ke Kuala Terengganu sempena cuti pertengahan semester. Namun, sewaktu di Cameron Highland, keteta yang dinaiki mereka berlanggar dengan sebuah kereta lain dari arah bertentangan, yang memasuki lorong mereka.

Pemandu kereta bertentangan juga maut di tempat kejadian. Kedua-dua kereta didapati remuk akibat perlanggaran yang kuat. Punca kemalangan masih dalam siasatan.

Waris terdekat serta rakan-rakan mereka dikatakan sudah bergerak menuju ke Hospital Gua Musang. - UTP Daily

*************************************************

aku repost entry dari UTP Daily. agak terkejut tengah hari tadi penuh timeline Twitter aku dengan tweet dari UTPian, inform ada yang meninggal accident. dah lah baru je ada UTPian yang kena langgar lari baru-baru ni. aku dah cuak sebab ramai kawan-kawan yang pulang ke kampung halaman hari ni sempena cuti mid semester. korek punya korek cerita dapat tahu Khairul Hakimi atau Kerol yang meninggal. Hazwan Arif pula patah tangan. tapi UTP Daily kata patah peha. aku pun tak pasti mana satu yang betul. aku tak kenal mereka. tapi Arwah Khairul Hakimi ada aku pernah jenguk di Facebook. Hazwan Arif pula pernah tweet dengan dia di Twitter. lagi sedih baca entry Hazwan Arif pagi tadi. Diucapkan takziah kepada mereka yang terlibat. Bersama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk Allahyarham Khairul Hakimi. Semoga cepat sembuh kepada mereka yang lain. :'((


contestDH2

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook