Gambar kahwin Tomok & Ayu dan Noh & Mizz Nina

10:18 pm

SELAMAT PENGANTIN BARU 
TOMOK & AYU, 
NOH HUJAN & MIZZ NINA!!




Hanya dengan sekali lafaz, Tomok atau Shah Indarawan Ismail, 27 kini sah menjadi suami kepada pramugari MAS, Rahayu Abas, 32 pada pukul 930 malam tadi. Majlis akad nikah yang berlangsung selepas solat Isyak ini diadakan di Dewan Serbaguna Taman Sri Keramat dengan bertemakan "Baby Yellow". Pasangan ini dinikahkan oleh Pegawai Pentadbir Agama/Pendaftar Kanan Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, Tuan Haji Daim Bin Haji Jajuli dengan mas kahwin sebanyak RM300 serta sebentuk cincin permata. Ayu menerima sembilan dulang hantaran termasuk wang hantaran sebanyak RM12697.11 manakala Tomok menerima 11 dulang hantaran. Pasangan ini mengenakan busana rekaan pereka terkenal Hatta Dolmat dari Hatta Dolmat Couture dan disolek oleh Saidatul Nisa. Manakala pelamin dihias oleh Nas Great Idea. lagi gambar perkahwinan Tomok dan Ayu...













 











---------------------------------------------------------------------------





Penyanyi Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Tan Sri Azman Hashim sudahpun selamat bergelar isteri dan permaisuri hati kepada Noh atau Mohammed Noh Salleh, dengan sekali lafaz, Noh melafazkan akad nikah di hadapan Tuan Haji Khairi dan disaksikan bapa Mizz Nina, Tan Sri Azman Hashim Ibu Mizz Nina, Puan Sri Arishah Tunku Maamor dan bapa Noh, Salleh Ibrahim ibu Noh, Dayang Soraya Abang Fadzail juga turut hadir menyaksikan majlis tersebut. Pasangan Mempelai Mizz Nina dan Noh Hujan telah dinikahkan di Ukay Heights, Ampang, Selangor.

Pihak Noh menyerahkan tujuh dulang hantaran yang terdiri daripada sirih junjung, set barang kemas, iPad 2, cincin dan kek lapis Sarawak dan wang hantaran sebanyak RM11,111.11 dan mas kahwin pula sebanyak RM888.88 . Manakala Pihak Mizz Nina membalas tujuh dulang hantaran yang terdiri daripada sirih junjung, sepasang kasut, dompet, sepasang baju bersanding, coklat, “Playbook” dan cincin. Semua hantaran disediakan oleh perunding majlis perkahwinan, Eddy dari Favors. lagi gambar kahwin dan video akad nikah Noh dan Mizz Nina...
















You Might Also Like

8 comments

  1. memang chantek giler baju isteri Tomok!!fuhhh

    ReplyDelete
  2. DORANG NI MG SUKA KAWEN DGN ORG BERUMUR EK ? HUHUHU

    ReplyDelete
  3. due2 bini diorang ni cun..geram aku..aish nak kawen jugak

    ReplyDelete
  4. purple cantek.........nak kawen jugak la!!!!!!huuu

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S