Malaysia vs Singapore Kelayakan Piala Dunia 2014

1:43 am



Peminat bola sepak dinasihat jangan membeli tiket di e-bay untuk menyaksikan perlawanan awal antara Malaysia dan Singapura pada pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 bagi zon Asia yang berlangsung di Stadium Jalan Besar, hari ini.

Timbalan Pengarah Bagi Pemasaran dan Pertandingan, Persatuan Bolasepak Singapura (FAS), Ridzal Saat berkata mereka yang gagal mendapatkan tiket boleh menyaksikan perlawanan secara langsung menerusi skrin besar yang diletakkan berhampiran stadium berkenaan. Bercakap kepada pemberita di Stadium Jalan Besar semalam, beliau berkata mereka tidak perlu membeli tiket di e-bay kerana harganya mencecah S$400 setiap satu.


“Kita tidak boleh berbuat apa-apa, namun peminat yang tidak mempunyai tiket dinasihatkan menonton skrin besar yang memaparkan perlawanan itu secara langsung,” katanya yang turut menafikan FAS mempunyai kaitan dengan penjualan tiket secara dalam talian (online).

Ridzal juga berkata pihaknya tidak tahu jumlah tiket yang dijual atau diletakkan untuk dibida menerusi laman web.

Jerry Jamal, 51, yang mendakwa sebagai peminat bola sepak warga Singapura berkata FAS tidak sepatutnya membuka talian bidaan bagi tiket berharga S$15 sehingga menyebabkan harganya melambung kepada S$400 bagi setiap tiket.

“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana boleh menyebabkan perlawanan tersebut diatur,” katanya. – BERNAMA


============================================



seriously, saya lihat di Twitter juga semua orang mula menjual tiket perlawanan malam ini dengan harga yang sangat mahal. kalau dah tidak boleh ke stadium tu, tonton sahaja live perlawanan Malaysia dan Singapura malam ini di skrin besar yang ada. 

Good Luck Malaysia!

You Might Also Like

2 comments

  1. uikk mahalnye...baik tgok kt tv je mlm ni..

    ReplyDelete
  2. thanks wei.. terharu aku. huhuhu

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S