Pelajar UTP maut tercampak

12:14 am



IPOH: Seorang pelajar tahun akhir jurusan teknologi maklumat Universiti Teknologi Petronas (UTP) maut dalam keadaan mengerikan apabila mangsa tercampak keluar dari kereta dinaiki.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang kelmarin, Hafiz Abdul Hamid, 22, cedera parah dan meninggal dunia sejurus kereta Perodua Kancil dinaiki terbabas dan terbalik berhampiran kilometer 364.8, Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Slim River, di sini.


Ketua PolisTrafik dan Ketenteraman Awam Perak, Superitendan Wan Abddullah Ishak berkata, mangsa yang memandu kereta turut ditemani seorang lagi rakan kuliah, Mohd Fakrul Radi Hamthan, 22.

“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan mayatnya dihantar ke Hospital Slim River untuk dibedah siasat.


“Rakan mangsa hanya cedera ringan di kepala dan dihantar ke hospital sama untuk menerima rawatan. Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku selepas kereta terbabit terbabas akibat hilang kawalan lalu terbalik,” katanya.

Difahamkan mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kuala Lumpur. - HMetro Online

******************************

teringat kes kemalangan pelajar UTP pada bulan Mac lalu. Sekali lagi, kemalangan yang terjadi beberapa hari yang lepas buat aku terkejut. Arwah Hafiz, walaupun aku tak rapat dengan arwah tapi aku masih mengenali siapa arwah sebab arwah satu kelas dengan aku untuk subjek TTP. Aku pun masih ingat malam sebelum kejadian, roomate aku baru je meeting TTP dengan dia. aku pun masih ingat bila roomate aku beritahu arwah pulang ke KL pada hari kejadian sebab nak tengok match Chelsea lawan Malaysia malam tu....ajal tidak mengenal usia. bila-bila sahaja nyawa kita boleh dambil semula oleh-Nya. 

"Ya Allah, sekali lagi Engkau membuktikan kekuasaanMu, memberi petunjuk kepadaku bahawa kematian dan aku itu lebih dekat daripada jarak di antara dua jari... "

Al-Fatihah untuk Allahyarham Hafiz Abd Hamid. 

You Might Also Like

5 comments

  1. isk3. haru sungguh... T____T

    ReplyDelete
  2. Korang kenal ke arwah nie? Kesian...Al-fatihah

    ReplyDelete
  3. dengar kat berita tadi.katanya mangsa tak pakai tali pinggang kaledar...

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S