Fenomena Bisnes Dropship

2:58 am



Formula yang mencetuskan fenomena di dalam dunia perniagaan masa kini ialah perniagaan yang menggunakan konsep dropship. Apa itu dropship? Drop shipping merupakan satu konsep perniagaan di mana anda sebagai penjual tidak perlu menyimpan stok dan menghantar produk kepada para pelanggan tapi anda akan dapat produk tersebut dengan harga borong. Barangan yang terjual akan terus dihantar kepada pelanggan, oleh pihak pembekal. Salah satu pihak yang menawarkan servis drop ship untuk anda berniaga ialah Sinar Niaga


Contohnya, servis dropship ditawarkan kepada Ahmad dengan menawarkan harga borong bagi sepasang kasut, RM30.  Sebagai penyedia servis dropship, Sinar Niaga menyediakan beberapa gambar bagi tujuan untuk membantu ahli dropship iaitu Ahmad. Ahmad ambil beberapa gambar tersebut dan upload ke laman Facebook miliknya dengan harga RM60 sepasang + + RM7.00 kos pengeposan dan kemudiannya tag gambar tersebut kepada kawan-kawannya yang berpotensi untuk membeli. Dan apabila salah seorang rakannya membeli kasut itu dan membayar RM67, tugas Ahmad ialah  hanya membayar RM30 + RM7 kos pengeposan kepada pihak Sinar Niaga dan menyimpan baki RM30 yang diperolehi sebagai keuntungan.


Pihak Sinar Niaga pula akan memproses tempahan Ahmad dan terus menghantar kasut tersebut kepada pembeli. Ahmad hanya perlu ulang cara yang sama untuk menjana lebih banyak pendapatan dalam perniagaannya. tidak semestinya menggunakan Facebook sebagai medium untuk promosi barangan. anda juga boleh promosi di twitter, forum, blog atau web milik sendiri.



Kelebihan perniagaan berkonsepkan dropship ialah:

  • Dapat produk setelah ada pembelian. anda tidak perlu simpan stok untuk menjual produk  fizikal maka risiko dalam perniagaan dapat dikurangkan. hanya promosi produk melalui gambar, dan pembekal akan uruskan segalan proses pengeluaran produk setelah ada pembelian. 
  • Harga borong tanpa minimum order. Kalau diluar, anda perlu beli produk yang banyak untuk dapatkan harga borong, tapi dengan bisnes dropship, anda tetap dapat produk dengan harga borong walaupun anda hanya membeli satu produk sahaja. 
  • Keuntungan anda yang tentukan sendiri. Contoh, jika harga borong dari pembekal ialah RM20, maka anda sendiri tentukan berapa ringgit yang anda mahu jual selagi harganya berpatutan dengan harga pasaran. 
  • Tidak perlu fikir tentang penghantaran produk. Pembekal sendiri akan menghantar semua barangan yang dibeli, terus kepada pembeli. anda dapat menjimatkan masa dan kos untuk segala proses ke pejabat pos dan sebagainya. semua produk yang dihantar juga akan tertera nama anda sebagai penghantar. 

Bagaimana untuk menjadi ahli Sinar Niaga?

Untuk menjadi ahli Sinar Niaga, anda perlu mendaftar secara online di laman web Sinar Niaga iaitu www.sinarniaga.com di ruangan daftar dan anda dikehendaki melengkap bayaran untuk yuran pendafataran dan yuran bulanan. Sinar Niaga menyediakan tiga pelan pembayaran yuran bulanan buat anda iaitu 3 bulan, 6 bulan ataupun 12 bulan dan setiap pelan akan menjanjikan penjimatan yang berlainan.

Yuran pendaftaran – Bayaran yuran pendaftaran ialah RM100 sahaja. Bayaran untuk pendaftaran adalah sekali sahaja seumur hidup.

Yuran bulanan – Bayaran bulanan pula sebanyak RM20 sahaja untuk beberapa fungsi tambahan yang disediakan untuk anda. Namun bayaran bulanan akan berkuat kuasa selepas 30 hari anda menjadi ahli.

Formula bisnes dropship adalah satu formula yang paling ringkas, mudah, dan praktikal untuk dilakukan bagi menjana pendapatan yang lumayan. berapa banyak keuntungan yang anda inginkan juga adalah ditentukan oleh anda sendiri. Jadikan formula ini sebagai satu fenomena dengan Sinar Niaga. Sepanjang promosi Ramadhan Sinar Niaga, anda bakal menerima sebua akaun dropshipper (RM100), Yuran bulanan dikecualikan selama 3 bulan (RM60), temubual eksklusif 3 usahawan produk fizikal (RM150), tiket percuma untuk hadiri seminar pemasaran (RM200). Dapatkan akaun Sinar Niaga anda beserta bonus bernilai RM410 dengan harga RM99 sahaja di SINI. Tawaran ini terhad sehingga 29 Ogos 2011 sahaja dan promosi ini akan ditutup sepenuhnya selepas jam 12.00 tengah malam 30 Ogos 2011. tak salah untuk mencuba perniagaan berkonsepkan dropship bukan? :)




You Might Also Like

3 comments

  1. peluang ini harus diambil oleh mereka yg berminat utk berniaga tanpa perlu menyimpan stok...

    ReplyDelete
  2. berminat gak . tapi tgh pikir2 nk join ke x . . huhu

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook