Majlis Berbuka Puasa Bersama Blogger Perak

2:49 am



Jumaat lepas, Blogger Perak mengadakan majlis berbuka puasa bersama-sama di Lanz Cafe, Seri Iskandar. Hampir 30 orang blogger dari komuniti Blogger Perak hadir memeriahkan suasana. heh, kenapa skema sangat ayat saya ni? ok ok, antara blogger yang datang kebanyakkannya dari kawasan Tronoh dan Seri Iskandar dan ada ramai juga yang datang dari Ipoh, Taiping, Tanjung Malim, Manjung dan sebagainya. tak sangka semangat semua datang dari jauh. Menu malam tu nasi putih, sayur kailan, daging masak merah, tomyam, telur dadar dan air gelas besar setiap sorang. tapi, saya kan unik sikit tak makan nasi. saya makan mee kungfu dan banana juice malam tu. hehehe~~ terima kasih Rasyid sebab belanja saya malam itu. jum lihat gambar-gambar lain?












cukup lah gambar yang ada. tuan punya blog punya gambar memang kena tepek banyak-banyak. cinta hati sekalian haruslah sabar ye. hahaha. lepas makan-makan, tiba-tiba ada suprise birthday party yang telah dirancang baik punya oleh Qusya untuk Jackie. which is, saya memang tahu dah awal-awal pasal ni sebab tu saya bawa hadiah siap-siap untuk Jackie. kesian dia terpinga-pinga terkejut sampai blushing. memang unexpected la sebab birthday dia lambat lagi kan? harapnya Jackie suka lah dengan hadiah comel tersebut.




selepas acara makan-makan, kami ke masjid dan surau berdekatan untuk solat maghrib sekaligus solat isyak. ada juga yang pegi terawih terus. kemudian, kami terus kan acara lepak RBTM di Restoran Al-Bayan, Taman Maju. masa ni dah tak ramai la sebab ada yang dah balik, ada yang masih terawih dan sebagainya. dan masa ni jugak saya dah berjaya memuntahkan segala Banana Juice yang saya telan sebelum tu. haih~~ setiap kali gath mesti sakit.



selepas gath sekejap di Al-Bayan, saya dan rakan UTP lain terus pulang ke UTP. dengarnya, pagi tu diorang ke kedai mamak pula untuk acara sahur. tapi saya tidak dapat join bersama kerana perlu simpan tenaga untuk ke BarcampKL, di MMU Cyberjaya pagi itu. entry tentang BarcampKL akan di update kemudian selepas gambar-gambar berjaya di copy kan. terima kasih kalian, yang datang untuk berbuka puasa bersama. sayang korang ketat-ketat. by the way, ada gambar lagi dibawah ni.


selepas beberapa hari kecoh hashtag #UTPBest di Twitter, hingga dapat top 20 trending topic Malaysia, saya rasa #UTPFail hari ini sampai Twitter, Gmail, Blogger, dan Facebook saya kena hacked. biasanya memang kami ada masalah kekeliruan identiti sekali sekala bila guna LAN UTP ni tapi hari ini sangat IMBA sebab habis ada orang melucah guna account twitter saya, ada orang delete email-email yang ada dan lain-lain. paling IMBA bila ada jugak yang memandai update entry bila dapat access account orang lain. kesian dashboard blog saya dicabul. teruk betul. haihh~~




You Might Also Like

10 comments

  1. nasib baik ada gambar penyu. tak jadi nak sentap. hahaha

    ReplyDelete
  2. comel gila ain la, ada jerawat besar gitu. xD

    (kata pisyek)

    ReplyDelete
  3. @fadil; tak nampak ke gambar kamu banyak bebenor tu? lebih2 plak ter post heee


    @pisyek; ahaks

    ReplyDelete
  4. Mana gambar gua ni apasal takde, seperti biasa gua disisihkan

    (ayat sedih tacing ngada-ngada)

    ReplyDelete
  5. auuww.. thx bagi hadiaahh..
    buku kentang kau bila nak amek? haha

    ReplyDelete
  6. bgus la cam ni..kih kih kih.. brpersatuan..

    ReplyDelete
  7. faineeeeeee, gambar guwa takde. sentap mak.

    ReplyDelete
  8. tiqa and rjuna mengada2.

    jackie, nnt la.. hujan ni hahaha

    arul; :p

    ReplyDelete
  9. Hahaha. Comel aje Jackie, beriya2 nyanyi happy birthday siap tepuk2. Pastuh terus blushing. Hahaha

    Ieyra, sepatutnya haritu celebrate besday ko skali, tp ko post kat wall cakap xdatang so aku igt bg hadiah jela,xjoin surprise jackie tuh.lg sejam nak amek cake, baru ko ckp datang.zzzz haha

    ReplyDelete
  10. xpe, mmg tak pernah sambut bday :)

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S