Lepak Ipoh, Kuala Kangsar dan Taiping

3:32 pm


kita mulakan entry dengan mukadimah gambar saya. ehem, minggu lepas, saya ke Ipoh dalam masa tiga hari berturut-turut. Jumaat menonton Captain Amerika (saya malas buat review), Sabtu ke Ipoh sebelum ke Kuala Kangsar, dan Ahad pula ke Ipoh, sebelum ke Taiping. meronda-ronda negeri Perak kah?

tiada pun gambar posing comel-comel untuk hari jumaat atas sabtu. yang diatas ini satu-satunya yang saya snap untuk Twitter. hari sabtu ke Ipoh untuk teman Reezluv shopping (ramai gila orang ok!) sebelum ke Kuala Kangsar untuk bertemu dengan kawan lama yang tak jumpa iaitu Amirul Faiz a.k.a Scromix. lepas tu lepak-lepak makan laksa di kedai makan Laksa Pak Ngah, oh ya! saya tak makan laksa. maka, saya makan mee rebus sahaja.


Hari ahad, sebenarnya saya dan Reezluv bercadang untuk pergi makan mee udang di kuala sepetang (tapi ini plan berminggu-minggu yang lepas la mahu jalan-jalan melantak makanan) tapi tetibe terjoin sekali dengan mini gath budak-budak blogger perak yang tinggal area Taiping. maka, sempat kami culik Ain di Ipoh, sebelum bergerak ke Taiping. tunggu budak kecik ni punya lah lambat, sempat saya dan Reez melantak KFC dulu di Silibin. 

kemudian, kami terus gerak ke Taiping. rasa benci pula ke Taiping ni bila teringat dah berkali-kali ke sini, tak ketemu juga dengan scandal whatsapp saya, Shibli.  berkumpul di Taiping Sentral, selepas kalut masing-masing susah cari parking, kami terus ke pusat karaoke. siapa yang terlibat? saya, Reez, Reena, Azqar, Angah, Touya, Aliaa dan Ain. saya tidak lah menyanyi, hanya menonton sahaja. dah penat pulak membebel. mari lihat gambar? (saya malas edit)













itu lah dia. menyanyi sampai ada yang tertidur padahal satu jam je pun duduk dalam tu. yang paling terbaik, suara Reena Tan! sebijik macam suara Siti Nurhaliza. kami sebulat suara mengatakan suara Reena adalah tidak ori dan suara itu adalah dari suara Siti Nurhaliza yang sebenar (hasil pakatan dengan staff karaoke untuk menukarkan suara). kemudian, dah menyanyi, mereka mahu bermain boling tapi atas sebab kelaparan dan tidak sabar makan laksa yang Reena masak, semua bergegas ke rumah Reena.

Laksa lagi? oh saya tidak makan laksa. akhirnya saya dan Angah (yang juga tidak makan laksa) hanya menonton mereka makan laksa dengan lahapnya. best juga layan mama Reena yang sempoi gila! nanti raya boleh la datang rumah Reena, kumpul duet raya kan? kuih-kuih raya tu semua pun nampak sedap je. eceeeehhhhh..... dah sebelum nak balik tu, kami sempat photoshoot beramai-ramai. mari kita lihat gambar-gambar gedik yang ada. 






memang gambar terakhir itu dah macam poster filem gangster mana entah. tapi inilah family saya. Blogger Perak, We Are Family. happy to lepak-ing with your guys, and selamat berpuasa everyone! much much love from me, neyra shazeyra  ♥


You Might Also Like

16 comments

  1. seyes suke gile gmbr kite ramai2 2!!!!!

    ReplyDelete
  2. Gambar ke sebelas... Muka akak sebelah kak Ieyra tu macam Rosma la.. hihihi.. Kenal Rosma AF? (bini Khai AF)

    ReplyDelete
  3. muka ain ye daus? tu anak cina sesat hahaha

    ReplyDelete
  4. ko lupe part paling awal sekali kat roundabout...haha

    ReplyDelete
  5. ramai jugakye blogger perak..
    akak pun orang perak..
    :p

    ReplyDelete
  6. muje. malassss hahahaha

    sis diana; jemput join kami ye kak.. : https://www.facebook.com/groups/135625429838608/

    ReplyDelete
  7. even sekejap.. tb best jumpa korang~ :)

    err.. mana ada pakat laaaa dgn staf tu.. huhuhu!

    ReplyDelete
  8. ada 2 orang je yang KA kenal dalam picture tu :)
    hepinya nampak,

    ReplyDelete
  9. takde gambar dgn cik reena kan huhu

    ReplyDelete
  10. yg penting pic gua macho..ahaha..

    p/s;selamat tggal makanan sedap2...:D

    ReplyDelete
  11. tetibe rasa macam nak nangis kejelesan...

    ReplyDelete
  12. kenapa gambar ak x miss setiap entri gath tepen nie?? hahahahhaah adoii!!

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S