Mary Kay Makeup Clinic

12:42 pm



hari sabtu yang lepas, kak Laila who is beauty consultant from Mary Kay Malaysia ada sms invite ke makeup clinic. dah berapa kali event Mary Kay asyik tak jadi pergi atas kekangan masa, kali ni saya free so saya pun pergi lah bersama Lin. kemain pepagi sabtu bangun macam nak pergi kerja. agak tabah juga menanti KTM untuk ke Kepong, dan kemudian gerak bersama-sama Lin ke Jaya 33, Petaling Jaya. sampai sana, blur pulak macam mana nak naik lif. tekan-tekan tak boleh, rupanya kena pergi mintak tolong pakguard. masa ni jugak lah my cousin, Anis and friends datang setelah mereka hampir sesat.


so, firstly kami kena remove makeup dulu. sangat seronok ok pakai makeup remover diorang. licin je rasa kulit muka sebab remover tu ada collagen. lepas tu Kak Aishah suruh kami sapu foundation kat muka masing-masing guna brush. foundation tu pun best. FYI, saya sangat anti foundation sebab last saya pakai foundation jenama ZA, rasa macam tak best. semua foundation saya pernah pakai pun rasa melekit oily semacam. then, kami register and dapat zip file setiap sorang. dalam tu ada few forms, pen, and cermin. table pertama kami pergi adalah tempat errr tak tahu macam mana nak describe. tapi kat table tu Kak Wawa ajar kami macam mana nak pakai benda-benda untuk ditepek di pipi seperti foundation tadi tu, bedak, dan blusher. mine is beige 5 foundation, and cranberry cream blusher.


kat table kedua, untuk bahagian mata. Kak Laila ajar kami macam mana nak apply benda-benda yang perlu untuk mata. ada lah eyeshadow, brow gel, eyeliner, mascara semua tu. first time saya dengar pasal brow gel tu. dah macam letak wax jugak lah kat kening. eyeshadow? saya tak suka pakai. tapi bila dah ada chance macam ni, tepek je ikut suka hati. comel jugak rasanya mata, sampai kawan kata bulu mata saya fake. hewhewhew. i choose brown eyeliner, creme brulee eyeshadow and ultimate mascara.

table ketiga kami pergi, kami diajar tentang lips. everything about lips. ada jugak lah buat lips spa jugak. suka sangat part ni! sebab masa #octtwtfest dulu dah buat dah. terasa best je lips lepas lips spa. meh nak cium semorang yang baca entry ni! chup chup chup. ok, lepas lips spa, kami cari pulak color yang sesuai untuk lips masing-masing. ouh, saya suka rasberry ice sebab rasa berangin je. nama pun ice. tapi saya pilih toffee untuk warna saya! eh penat nak tulis. jum tengok gambar secara pukal.











sebenarnya, rasa macam beza sikit je sebelum dan selepas. mungkin sebab tak suka pun mekap beriye-iye ni. selalu saya keluar tepek bedak johnson baby, letak eyeliner and mascara terus siap dah. eh? hehe.... tapi for me Mary Kay product adalah sangat awesome untuk dipakai. rasa soft je semua benda. takde lah berat sangat rasa muka kena tepek macam-macam. more in natural way. harga pun masih affordable. beriye saya percaya je selama ni orang kata Mary Kay adalah sangat mahal. biasa je harga? by the way, sangat enjoy dengan event ni. next time ada event lagi nak pergi lagi, boleh kan Mary Kay Malaysia? heh?


sebelum pulang, sempat makan subway. memang dasar pemakan subway yang rakus saya ni. sebulan adalah dekat 5 kali makan subway memanjang. haihhh~ terus hilang lipstic masa lepas makan subway, terus saya sapu lips butter saya je. oh yeay!


nota kaki: Lin, aku rasa betul lah kita bukan kena pergi makeup clinic tapi makeup hospital. kronik sangat kita tak tahu macam mana nak mekap ni. atau kita kena pergi buat plastic surgery barulah pergi makeup clinic?

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook