Review: Alvin and The Chipmunk 3 Chipwrecked

7:47 pm


first day keluar filem Alvin and The Chipmunk 3, saya terus beli tiket dan tengok sorang-sorang di TGV 1Shamelin Mall. sekuel Alvin ni, memang saya tunggu sebab saya geram sangat dengan tupai. nak bela sugar glider tak mampu puleks kan? 

so semua Chipmunks and Chipettes (officemate saya tanya kenapa cipet? haha) pergi bercuti naik kapal mewah sebelum pergi buat persembahan kat malam anugerah muzik antarabangsa. tapi, Alvin dan geng chipmunk yang lain ni cuba buat kapal mewah ni macam playground dia. dan disebabkan kenakalan mereka, akhirnya mereka 'ter'fly ke tengah laut dan terdampar di tengah-tengah pulau yang entah dimana. Dave dan uncle Ian mereka cuba mencari. di pulau tersebut, mereka bertemu dengan perempuan gila yang tanpa mereka sangka sebenarnya orang jahat yang sedang cari harta karun. dapatkah mereka bertemu semula dengan Dave? macam mana mereka nak survive dalam pulau tanpa makanan dan tempat berteduh?



kecomelan mereka, kenakalan mereka akan buat anda gelak ketawa. saya geram tengok Theodore dari dulu lagi. comel, pendek, gebu dan ala-ala bodoh je. rasa nak cubit pipi dia bila  dia takut dan buat mata comel. Alvin yangd ari dulu nakal akhirnya jadi macam ala-ala bapak Dave jugak bila tengok Simon berubah personaliti lepas kena sengat labah-labah. elemen cinta monyet antara Simon dan awek Chipetts jugak macam comel. filem yang ketiga ni sedikit berbeza dari dua filem Alvin and the Chipmunks sebelum ni. Chipwrecked lebih penuh dengan aksi, gelak ketawa dan macam-macam lagi. siapa yang dah selalu follow filem ni dari mula, wajib tengok filem ni. mereka sangat comel! kawaiii~ berapa bintang? 4/5 bintang!

by the way, saya ingat saya seorang je yang foreveralone. ada budak cina dalam linkungan 8 atau 9 tahun lagi foreveralone dan berani. atok dia tua terbongkok-bongkok hantarkan dia dalam cinema. siap mintak izin abang jaga tiket tu nak masuk sekejap hantar cucu. lepas tu dia keluar. katanya tak mampu beli tiket tapi cucu nak sangat tengok Alvin and The Chipmunk ni. so atok tu tunggu luar. cucu dia siap bawak beg galas, sweater...dan tengok sorang-sorang. budak ni tengok cerita tu sorang-sorang punya happy. siap tepuk-tepuk tangan tak duduk diam. betapa happynya dia. habis wayang, rasa risau jugak tengok budak ni keluar cinema macam mana? terus dia keluar, tercari-cari atoknya tak jumpa. but last-last jumpa la. aihhh~ rasa sangat sedih tengok pengorbanan atok kat cucu dia ni. sobbbs....yang musykil, mana parent budak ni? ;'(

nota kaki: Mission Impossible: Ghost Protocol baru tengok semalam. next entry, review filem tu.

You Might Also Like

2 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S