468x60

.
 Banner

Review: Ombak Rindu

Friday, December 02, 2011


seminggu sebelum Ombak Rindu di pawagam, saya dan Cikmin dah plan nak tengok cerita ni tapi last-last saya sorang tengok. beliau hanya sempat sampai 30 minit sebelum filem ni tamat sebab kesesakan jalan raya. dah lah hati tengah jiwa kacau, tengok pulak ombak rindu. jangan tanya lah kan saya nangis ke tak. memang ye, saya menangis sengsorang.



so, ceritanya begini. Izzah lakonan Maya Karin, dijual oleh bapa saudaranya kepada bapak ayam dalam club entah mana. fuhh kalau siapa yang baca timeline twitter saya memang setiap scene saya tweet. mula cerita dah ada babak izzah seksi berkemban atas katil. masa tu pelanggan pertama dia, Hariz lakonan Aaron Aziz. Hariz terus beli dia untuk dijadikan perempuan simpanan. tapi Izzah minta untuk menikah dengan Hariz. lepas tu, Hariz pun menikahi Izzah di Siam. banyak kali juga adegan ranjang Hariz bersama Izzah dalam filem ni. ada kekasaran juga mula-mula tapi akhirnya Hariz sayang juga pada Izzah. cinta mereka terus berputik walaupun mak Hariz dah dapat tahu masa tu yang Hariz ada perempuan simpanan kononnya. sebenarnya Hariz ni dah ada makwe sebelum ni nama Mila lakonan Lisa Surihani. tapi Hariz cuba nak batalkan perkahwinan mereka sebab dah sayangkan Izzah. tapi, Mila tetap nak berkahwin. atas desakan ibunya, hariz akhirnya mengahwini Mila. tapi macam-macam hal terjadi lepas tu. apakah ending cerita ni? macam mana dengan nasib Izzah?



kalau siapa yang baca novel, mesti agak tak puas hati sebab berlainan dari novel. tapi bagi saya, filem ni pun terbaik jugak. antara filem melayu yang terbaik. ok lah dari filem Nur Kasih The Movie tu. sedih pun ada (mungkin sebab saya jiwa kacau) sampai saya menangis. lagu latar belakang tu pun memainkan peranan sebab sangat sedih lagunya. dua jam lebih filem ni, rasa berbaloi jugak lah untuk ditonton. dan saya rasa kalau ada orang ajak tengok sekali lagi, saya akan tonton lagi dengan syarat orang tu belanja la kan. suka sangat view dalam cerita ni, dah konpem korang rasa aaron konon sweet sebab berapa kali menangis entahnya. geram jugak tengok Lisa berlakon watak antagonis rasa nak bagi penyepak. tapi tak berapa setuju Maya bawa watak Izzah. amcam pelik pun ada. berapa bintang kesedihan untuk korang menangis tonton filem ni? 4/5 bintang.


lepas tengok Ombak Rindu lepak dengan Cikmin kat Signatures Food Court level 2, KLCC. yeay! dapat dua jenis kek, macarons 9 ketul, and pavlova yang penuh dengan buah-buahan. omaigod, cikmin memang tahu faveret saya apa. nyum nyum, terima kasih sayam. macarons kaler macam ni memang lah eyra geram betul nak makan. ngeee~

saya melalui hari-hari yang sukar sejak akhir-akhir ini bak petikan filem Ombak Rindu, "Cinta tak kejam, cuma manusia yang tidak tahu menghargai cinta" . eh apa kena mengena petikan tu dengan masalah saya pun saya tidak tahu. bai korunkk~

nota kaki: jangan lupa RETWEET, LIKE, +1 dan COMMENT entry ini





6 comments:

  1. cite tu buat air mata jantan sy jatuh..

  1. 100 kali lg best dr filem nur kasih

  1. fiqah said...:

    wow cam menarik neh

  1. Norfa said...:

    Semua cko ombak rindu best.. meleleh leleh air mata,. air hidung je tak.. meh tengok pulak Galaxy Tab 7.7 Plus vs Ombak rindu.. hehe

    Contest Pandrvie 8GB .. anda bakal memiliknya.!!

  1. reezluv said...:

    rasanya ko elok buat satu blog khas review la..hahaa..buat aku terasa nak tengok cite ni plak dah..demmit

  1. Cikmin said...:

    hahaha...ada jugak terselit kat sini nama i ya sayam... :P apa2 pun even 30 minit last...enjoy jugak..menangis dalam hati jugak lah...hihihi.. :P

    p/s masa tengok dengan hubby baru ni i rasa ada je babak2 romen terlampau tu...

 
Design Downloaded from Free Blogger Templates | Free Website Templates