Review: Mission Impossible - Ghost Protocol

10:15 am


i am not mission impossible's fan pun sebenarnya so nak tahu apa reaksi lihat poster Ghost Protocol for the first time? dalam hati berdetik: "eh ini cerita hantu baru ke" #facepalm. baru tahu itu sekuel filem mission impossible rupanya. dari jauh tengok poster Ghost Protocol ingatkan cerita pasal ghost. *efek cengkerik berbunyi*. so, sebagai foreveralone-yang-menonton-wayang-secara-tegar, saya berjaya menghabiskan masa tanpa dirancang untuk menonton filem ini. dengan perasaan konpidennya beratur ak beli tiket padahal dah tahu cerita hot begini pasti jualan tiket boleh kalahkan makcik yang jual pisang goreng di tepi jalan.

Filem Mission Impossible : Ghost Protocol ialah filem aksi yang mengisahkan Agen Ethan Hunt yang dah keluar dari penjara dan dapat misi baru untuk merampas semula file yang mengandungi kod penting yang boleh mencetuskan perang nuklear. tapi misi beliau telah gagal malah telah disalah anggap sebagai pengebom Kremlin. Dianggap sebagai memalukan negara, tanpa apa-apa bantuan beliau mesti membersihkan semula nama baik agensi beliau bersama agen-agen perisik yang lain. beliau mesti cari jalan bagaimana untuk menentang musuh yang akan membuat serangan nuklear dan kucar-kacirkan keadaan.


Maka, Agen Hunt dan rakan-rakan terpaksa bekerjasama dalam mencari siapa pengebom yang sebenar, bersihkan nama baik dan reputasi agensi mereka serta selamatkan dunia dari serangan nuklear. dengar macam mustahil je misi ni lebih-lebih lagi hanya empat agen yang akan cuba menyelesaikan misi mustahil ni. sepanjang dua jam lebih menonton, berapa kali saya menjerit: "oh, shit! oh, shit man! dammit!" akibat kepantasan adrenalin tak tertahan lagi ketika menonton filem ni. apa ke saspen sangat semua scene? lagi-lagi bila tengok Agen Brandt kacak tu macam nak kena kisar dah dengan kipas turbin laju semacam. lepas tu tengok pulak Agen Hunt mendaki Burj Khalifa, Dubai dengan sarung tangan macam kena lekat dengan gam gajah. macam tak percaya je Tom Cruise buat aksi stunt tu sendiri dengan jayanya. esok-esok nak suruh Tom Cruise daki office saya di KLCC pula. heh? by the way, BMW i8 dalam filem ni sangat cool! berapa bintang? 5/5 bintang yeay!

nota kaki: pulang dari menonton, saya terasa macam terbawa-bawa misi mustahil ke luar wayang. gigih mencari entrance pintu belakang Times Square tak jumpa, lepas tu escalator dah off, terpaksa turun naik tangga macam orang gila, lepas tu cuaca dengan hujannya, saya terjatuh pulak macam cempedak busuk tepi jalan. sakit tahu berlari tengah hujan memakai wedges? ngeee~

You Might Also Like

2 comments

  1. hee...memang best filem ni...bukan saja aksi, malah kelakar pun ada...haha..

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S