Quick Update : merepek meraban

2:27 am


Hola belog. sejak ketiadaan internet berukben di rumah, saya dah tak boleh update belog macam biasa. sangat sedih. maka dengan menggunakan internet di office selepas penat lelah bekerja, ini saya buat quick update sepantas mungkin.


last week, Mala kawan dari Singapore datang melawat saya di Kuala Lumpur. terima kasih sayang. dah dua tahun kita kenal, selama ni dating di skype je. kali ni dapat jumpa in real life. terima kasih jugak sebab hadiahkan Tamagotchi. seronok sangat main!


macam biasa, ini peneman tengok wayang. dia teman saya tengok wayang, saya teman dia jumpa client. kami menonton Sherlock Holmes tapi sebab cerita tu bosan sangat, saya tidur je. terus jadi malas nak review movie tu. tak payah tengok weyh! tak best.


dan sempena cuti Krismas, saya pulang ke kampung menghadiri kenduri kendara. bawak hati yang lara jauh-jauh ke negeri Perak. ramai betul kahwin. tapi best sebab jumpa sepupu-sepupu yang comel-comel.


mamat teddy bear ni saya jumpa di tengah-tengah Jaya Jusco. makin comel dia ni. rasa nak tepuk-tepuk je perut gebu dia tu. tarik pipi kasi lagi chubby. see? terpaksa buat pipi macam tu sebab nak kasi pipi kami sama. hahaha..


Ozil dah dapat rumah baru kaler pink. tapi hari pertama dia dah panjat keluar. tanda protes mama dia ni suruh dia jadi gay yang foreveralone. hehehehe...

ok, ini entry bosan,. tapi nak update jugak. eh eh semua orang dalam office dah balik. ok, chow!

You Might Also Like

2 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook