EUPHONIOUS 2011

4:46 am


EUPHONIOUS 2011 : Inter-University Band Competition telak diadakan di Chancellor Hall, UTP pada 17 June 2011, 7:45pm - 11:45pm. Harga tiket masuk ke Konsert Euphonious ni ialah RM6. tapi kalau beli kat pintu masa malam tu RM8. doorsale mahal sikit la. hanya ada 6 finalist yang berjaya ke Final daripada 24 band yang berentap. 6 finalist adalah dari band-band UTP dan UiTM. Guest Performance ialah Pesawat dan Stonebay. woot woot!



6 band finalist untuk Euphonious 2011 adalah Stereopop, UiTM Vocstic, Threnody, Morven, Voodoo Child dan juga 30 Days. setiap band diberi color yang berlainan untuk proses vote dari audience untuk People Choice Award malam tu. agak penuh semua island dalam Chancellor Hall malam tu yang datangnya dari pelajar UTP, UiTM, UniKL dan lain-lain.


saya ke sana bersama Pisyek Kumar. ye, hanya berdua. di sana saya bertemu dengan Admiral Hafiz, Jackie Koh, Amirul Abu, Ryzal Yusoff dan lain-lain. ahh! nama-nama sama yang saya selalu lepak bersama juga. siapa lagi yang ada bukan? tujuan utama mahu ke Euphonious hanya nak tengok Pesawat dan Stonebay. yeay!







Euphonious 2011 dimulakan dengan nyanyian oleh UTP Alumni. memang terbaik suara-suara mereka. pernah dengar sebelum ni so memang admire habis. kemudian semua band-band yang bertanding di Grand Finale Euphonious 2011 ini. masa dengan Voodoo Child buat persembahan, masa tu semua meremang bulu roma. seriously, mereka memang rock star! kedua-dua lagu yang mereka perform sangat tidak mengecewakan. semua juri pun bangun tepuk tangan tau! betapa hebatnya penangan mereka.





Pesawat berjaya landing atas stage Chancellor Hall malam tu. ini memang ditunggu-tunggu tapi rasa tak cukup je 3 buah lagu. nak lagu lain jugak! sedih. malam tu nak lepak makan RBTM dengan diorang and Stonebay pun tak sempat. (saya merajuk lagi ni ye korang!)


Tahniah diucapkan kepada Voodoo Child yang berjaya memenangi Champion Euphonious 2011 dan juga People Choice Award. lain-lain award pun ada anggota band Voodoo Child menang. mereka memang terbaik! 1st Runner-up ialah Morven. Tahniah semua. 


ini kembar saya Pisyek Kumar. spec je kembar. dah sedia untuk lihat aksi-aksi blogger terlampau lepas ni? bukan saya tapi Pisyek yang gila kamera.


bersama Pisyek Kumar, Jackie Koh, dan Admiral Hafiz. blogger-blogger terlampau malam tu. tengok saja muka Pisyek yang sengal itu.


apa motip amek gambar ni pun tatau la. layankan je eksaited jumpa banner besar tu. masa ni Stonebay tengah perform, kami menggedik di luar dewan.


perasaan teruja jumpa seorang lagi blogger terlampau iaitu Muje Hebat malam tu. semua nak lompat kat Red Carpet tu. saya tolong cucuk bontot Jackie je.


Jackie dan Pisyek bercadang untuk tubuhkan satu band. siapa nak join mereka? tengok Pisyek dah semangat habis tu. Jackie tetap maintain macho.


gambar terakhir sebelum masing-masing kelaparan dan memecut ke kedai mamak berhampiran. ini saya, Pisyek dan Jackie yang active buat liputan secara langsung #euphoutp di Twitter malam tu. sekian, berita melaporkan.

You Might Also Like

13 comments

  1. kah kah kah kah kah. dating tergendala. :P

    Entri terkini: Pesawat Live di Euphonious 2011 UTP

    ReplyDelete
  2. ape hal entri ko ni banyak typo? nak tiru obe ke hape? :P

    Entri terkini: Pesawat Live di Euphonious 2011 UTP

    ReplyDelete
  3. pisyek; aku taip dlm gelap. bangun tido terus taip hahah

    admirAL; JELES heh?

    ReplyDelete
  4. ini x adil!!!!! xde backlink tu shaye~~ fineee

    oiii..asl aim kat bontot ak?? hahahha

    euwww..ak malas nak hupdate sbb dlm gmbar ak nmpak gomok.. [xnak terima kenyataan]

    ReplyDelete
  5. hahahahah aku tak sedar la... baru letak link. maap, taip dlm gelap

    ReplyDelete
  6. semangat nak taip malas pi bkk lampu haha

    ReplyDelete
  7. niceeee ada gambar aku... :P

    ReplyDelete
  8. kau bloggerterlampau lah muje. harus ada

    ReplyDelete
  9. kah kah kah. muje blogger terlampau? :P

    Entri terkini: Pesawat Live di Euphonious 2011 UTP

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook