Anda #TeamHenry atau #TeamZizang? Saksikan Oh My Ganu 2!

12:48 am



Selepas kejayaan dan maklumbalas positif terhadap telefilem Oh My Ganu yang ditayangkan pada bulan November 2013, Astro dengan bangganya memeriahkan kehadiran tahun baru 2016 dengan sambungan telefilem tersebut, Oh My Ganu 2! yang akan bersiaran secara eksklusif pada 16 Januari 2016, jam 9 malam di Astro TVIQ (Saluran 610) dan juga dalam definisi tinggi (HD) di Astro Maya HD (Saluran 135).




Oh My Ganu 2! adalah telefilem kelima dalam siri Oh My English selepas Oh My Ganu!, Oh My English – Hello America, Oh My English: Villa Isabellaaa! dan Oh My Goat – Come Baaack!! Telefilem ini menyaksikan kemunculan semula Zizan Razak sebagai Zizang, musuh lama Mr Henry Middleton (Zain Saidin) yang turut sama ingin memikat Cikgu Ayu (Tiz Zaqyah). Istimewanya kali ini, Astro membawakan pengalaman tontonan yang nyata berbeza di mana dua versi pengakhiran cerita ini telah pun dirakamkan. Buat pertama kalinya dalam Oh My English, penonton diberikan kuasa untuk memilih pengakhiran yang mana menjadi pilihan mereka; dengan mengundi sama ada Cikgu Ayu akan bersama Zizang ataupun Mr Henry Middleton. So anda berada di #TeamHenry atau #TeamZizang?




Kisah bermula apabila Cikgu Ayu dan Mr Henry sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan mereka. Namun, sesuatu yang tidak dijangka berlaku, CIkgu Ayu hilang ingatan selepas terlibat dengan satu kejadian yang tidak diingini. Hal ini telah membuka peluang kepada saingan lama Henry, Zizang yang merancang merampas kembali cinta Cikgu Ayu. Adakah Cikgu Ayu berjaya mendapatkan kembali ingatannya dan meneruskan perkahwinannya bersama Henry ataupun sebaliknya menerima Zizang sebagai pasangan hidupnya? Semuanya terletak di tangan penonton dan peminat Oh My English!




Di tayangan perdana eksklusif Oh My Ganu 2! tempoh hari, dari sesi pendaftaran media lagi kami dah diminta untuk mengundi sama ada #TeamHenry atau #TeamZizang dengan makan fish finger untuk #TeamHenry ataupun keropok lekor untuk #TeamZizang lepas tu kami pacak kan bendera di ruangan yang disediakan. saya makan je dua-dua haha! dasar lalang!


Tapi hasil undian ramai hari tu, #TeamHenry menang. so kami pun dapat la menonton pengkahiran Oh My Ganu 2! part Henry. entah macam mana la kalau #TeamZizang menang kan? Overall telemovie kali ni memang best, lawak gila sampai penat lah nak gelak je. haha!





Izzue Islam, akan kembali memainkan watak Aiman, adik kepada Cikgu Ayu. Bekas pelajar SMK Ayer Dalam sebelum ini seperti Azlin (Izara Aishah) dan Jibam (Akhmal Nazri) akan turut bersama memeriahkan telefilem ini bersama-sama wajah-wajah kelas 5 Merah yang disayangi ramai; See Yew Soon (Roax Tan), Zack (Juzzthin), Mazlee (Zhafir Muzani) dan Jojie (Nadiya Nisaa), yang di dalam misi membantu Cikgu Ayu mengembalikan kembali ingatannya. Penonton juga pasti akan terhibur dengan penampilan istimewa Dato Rahim Razali sebagai Tok Kadi.


Penonton boleh memilih untuk menentukan pengakhiran telefilem versi Henry (#TeamHenry) ataupun pengakhiran telefilem versi Zizang (#TeamZizang) dengan menyertakan hashtag pilihan mereka di akaun Twitter masing-masing ataupun dengan cara mengundi di laman sesawang rasmi Oh My English, www.ohmyenglish.com.my. Mereka boleh mengundi berulang kali bermula 27 Disember 2015 lalu jam 7 petang sehinggalah ke hari tayangan perdana Oh My Ganu 2!, 16 Januari 2016 jam 9 malam. Keputusan undian terkini boleh dilihat di laman sesawang Oh My English dan juga Astro TVIQ, namun 2 jam sebelum tayangan, ianya akan dirahsiakan bagi memberi debaran kepada semua penonton. Pengakhiran cerita dengan undian tertinggi akan dimainkan di akhir telefilem.


Saya #TeamHenry. Anda?

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S