468x60

.

Majlis Pelancaran Caliph Cereal For Eyes

Thursday, January 28, 2016



Sambutan menggalakkan daripada pengguna makanan tambahan kanak-kanak Jus Caliph membuatkan produk keluaran syarikat Raffelina Sdn. Bhd. baru-baru ini melancarkan Cereal Caliph- Nutrition For Eyes. Cereal Caliph- Nutrition For Eyes merupakan produk membantu menajamkan penglihatan dan meningkatkan imunisasi tubuh badan kanak-kanak.


Beta Karotena menyediakan 50% Vitamin A yang diperlukan dalam diet. Vitamin A adalah baik untuk penglihatan mata dan memberi imunisasi yang kuat terhadap kesihatan tubuh badan kanak-kanak. Ia juga menghindar daripada penyakit cirit-birit, asma dan demam.

Susu Kambing pula mengandungi kalsium, fosforus,magnesium dan protein yang membantu kanak-kanak menguatkan tulang. Manakala Maltodekstrin adalah gula kurang manis yang bertindak sebagai makanan tambahan yang menyediakan tenaga dalam badan.




“Setiap bahan yang terkandung dalam Cereal Caliph mempunyai kehebatan tersendiri yang mampu membantu kanak-kanak membesar dengan kuat dan sihat. Antara bahan-bahan penting yang terdapat dalam produk ini ialah Beta Karotena, Susu Kambing dan Maltodekstrin. Yang penting, produk ini dijamin halal dan selamat,” - Muhammad Rafi’e bin Ramli, Pengarah Urusan Raffelinna.



Sementara itu, pelakon kanak-kanak popular, Mia Sara dan Fynn Jamal merupakan duta produk Caliph. Pemilihan Mia dibuat berdasarkan pengaruhnya terhadap golongan kanak-kanak selain merupakan seorang yang matang dan bijak. Manakala Fynn Jamal pula mempunyai pengaruh yang kuat di laman sosial, lebih-lebih lagi Fynn rajin berkongsi cerita cara dia membesarkan anaknya, Arjuna yang mempunyai penyakit Autisme yang dilihat sesuatu yang menarik untuk diketengahkan.

Mengenai Jus Caliph pula, ia merupakan makanan tambahan dengan kandungan Serat, Kalsium, Vitamin dan Mineral yang membantu untuk tumbesaran dan perkembangan otak kanak-kanak. Jus Caliph mengandungi kurma, kismis, Madu, Delima, Buah Tin, Aprikot, Omega 3 dan Omega 6. Kesemua bahan yang terkandung dalam Jus Caliph ini memiliki kehebatan tersendiri antaranya mampu menjadi penawar pelbagai penyakit selain menggalakkan perkembangan minda. Ianya juga adalah sebahagian daripada makanan sunnah yang sangat digalakkan dalam amalan pemakanan umat Islam termasuk kepada kanak kanak.

Jom try Caliph Cereal ni? Bagus untuk anak-anak :) 



0 comments:

 
Design Downloaded from Free Blogger Templates | Free Website Templates